HUS CARI WARIS PESAKIT : IDENTITI MASIH BELUM DIKENALPASTI

Pihak Hospital Umum Sarawak (HUS) memohon kerjasama orang ramai untuk memaklumkan ahli keluarga atau waris kepada seorang pesakit lelaki (gambar seperti dalam lampiran) yang tidak diketahui identitinya dan kini ditempatkan di Wad Pembedahan Neuro HDU (Neurosurgery HDU Ward)  hospital tersebut.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak HUS, pesakit telah diambil ambulan HUS di tepi jalan bandar raya Kuching pada 29 Disember 2016 setelah mendapat panggilan telefon daripada orang awam.
Pihak HUS tidak menjumpai sebarang pengenalan diri dan tidak dapat mengetahui perkara sebenar yang terjadi memandangkan beliau masih dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Sehubungan itu, pihak HUS memohon jasa baik orang ramai yang mengenali ahli keluarga atau waris pesakit tersebut agar menghubungi Pegawai Kerja Sosial Perubatan HUS, Aime Yusup di talian 082-245 043 dengan segera.

Facebook Comment