HUKUMAN MATI MENANTI PENJAWAT AWAM TERLIBAT RASUAH



BANGKOK: Kerajaan Thailand bakal melaksanakan hukuman mati ke atas penjawat awam yang didapati terlibat dalam kegiatan rasuah sekiranya usul berkaitan undang-undang baharu itu diluluskan.

Berdasarkan usul berkenaan yang telah dibentangkan dalam mesyuarat Persidangan Memacu Pembaharuan Negara (NRSA), penjawat awam yang didapati bersalah dengan kes rasuah melebihi 1 bilion baht (RM125 juta), akan dikenakan hukuman gantung.

Usaha NRSA yang dipengerusikan oleh Seree Suwanpanont, merupakan sebahagian daripada laporan pelaksananaan peraturan dan penelitian terhadap kerajaan dalam menggunakan kuasa mereka.

NRSA juga mempertimbangkan usul untuk pelarasan dalam pengambilan pesuruhjaya agensi bebas.

Selain mengkaji tindakan tegas terhadap ahli politik, jawatankuasa tersebut juga mahu penjawat awam dikenakan tindakan sama jika melibatkan kes rasuah.

Di bawah usul berkenaan, kes rasuah yang melibatkan jumlah 1 juta hingga 10 juta baht (RM1.25 juta) dan 10 juta hingga 100 juta baht (RM12.5) perlu dikenakan hukuman 10 dan 20 tahun penjara bagi setiap kesalahan.

Manakala pihak yang menyebabkan kerugian kepada kerajaan sejingga 100 juta baht sehingga 1 bilion baht (RM125 juta) perlu dikenakan hukuman penjara seumur hidup.

Jawatankuasa terbabit juga mencadangkan jika laporan NRSA kemukakan, usul itu perlu diserahkan kepada Kabit, Sidang Parlimen Negara dan Suruhanjaya Pindaan Perlembagaan untuk tindakan lanjut.

Author:

Facebook Comment