Hina kematian Tok Nan, remaja perempuan di Mukah, ditahan

Seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun di Mukah ditahan kerana mengeluarkan komen berbaur menghina kematian Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, remaja terbabit ditahan pada jam 10.45 pagi tadi.

Telefon bimbit remaja yang menggunakan akaun Facebook atas nama 'Zera Zera' itu turut dirampas untuk membantu siasatan.

"Beberapa laporan diterima di beberapa daerah terhadap remaja perempuan itu dan dia kini disiasat oleh polis Bintulu mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

"Sehingga hari ini, sebanyak 40 laporan polis dibuat di 12 daerah polis dan siasatan dijalankan terhadap tujuh daripada laporan itu," katanya.

Katanya lagi, sehingga kini lima individu ditahan kerana mengeluarkan kenyataan berbaur menghina kematian Allahyarham Tan Sri Adenan.
BH


Facebook Comment