GENG 'BERANI MATI' DAH DI BEBASKAN.



IPOH: Keterangan lima lelaki dan tiga wanita berusia 20 hingga 24 tahun yang memanjat mercu tanda IPOH sudah diambil dan mereka dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, lapan individu terbabit hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh sebelum dibawa ke Balai Polis Kampung Tawas untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan hari ini.

"Mereka ditahan sebelum percakapan mereka dirakam.

"Mereka dibebaskan dengan jaminan polis," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Chang Keong berkata, pihaknya akan melengkapkan siasatan dalam masa terdekat untuk dirujuk kepada pihak atasan.

Sumber :Metro.


Facebook Comment