DUA SUSPEK CUBA ROGOL PELAJAR TINGKATAN 4 DI MIRI DITAHAN


MIRI - Polis menahan dua suspek lelaki bagi membantu siasatan cubaan merogol seorang pelajar tingkatan empat semalam.

Ketua Polis Miri ACP Khoo Leng Huat berkata, kedua-dua suspek itu berusia 18 dan 19 tahun berasal dari Taman Promin Jaya Miri.

"Kedua-dua suspek akan direman hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tidak pula diyatakan di mana kedua-dua suspek ditahan.

Pelajar perempuan tersebut patah kaki kiri dalam cubaan menyelamatkan diri semalam apabila melompat dari kereta yang ditumpangi bersama dua lelaki.

Seorang daripada suspek duduk bersama dengan mangsa di belakang kereta dan seorang lagi memandu ke arah Batu 1 Baram dan enggan menghantar mangsa balik ke rumah.

Author:

Facebook Comment