DUA MAUT KEMALANGAN JALAN KUCHING-SERIAN

KUCHING : Dua terbunuh dan dua cedera parah dalam satu kemalangan melibatkan sebuah lori, van  dan motosikal di Batu 12, Jalan Kuching-Serian malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Padawan, Superitendent Aidil Bolhassan mangsa Chung Loong Fuat, 41 dan Anslem Andrio, 16 Wilson dikatakan memasuki laluan bertentangan dari arah Serian dan dilanggar oleh sebuah lori jenis toyota.

Manakala pemandu lori, Abdul Khalid Hussein, 40 dan penunggang motosikal Adrian Bonki, 20 cedera parah.

Adrian dipercayai melanggar belakang lori berkenaan yang tiba-tiba berhenti secara mengejut akibat pelanggaran dengan van berkenaan.

Chung maut ditempat kejadian dan Anslem disahkan meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak sekitar pukul 9 malam tadi.

Manakala seorang lagi mangsa dalam van cedera parah dikeluarkan oleh pihak Bomba dan penyelamat daripada BBP Siburan diketuai PBK II Jude Ak. Reiny.

Kes disiasat dibawah seksyen 41, kurungan 1, akta pengangkutan jalan 1987.


Facebook Comment