BUAYA MASUK UNIMAS

LINTAS JALAN: Buaya dianggarkan sepanjang tujuh kaki dilihat melintas jalan di UNIMAS malam tadi.

KUCHING: Seekor buaya dianggarkan sepanjang tujuh kaki mengemparkan penghuni sebuah pangsapuri di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kota Samarahan selepas dilihat menyeberang jalan sekitar jam 10 malam tadi.

Difahamkan, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan dikerahkan ke tempat kejadian sebaik sahaja laporan diterima.

"Kita menerima panggilan daripada orang awam mengatakan ada seekor buaya melintas jalan kawasan penginapan penuntut UNIMAS di Taman Desa Ilmu.

"Bagaimanapun sebaik sahaja pasukan bomba sampai ditempat kejadian, buaya tersebut dilaporkan sudah tiada dilokasi dipercayai masuk semula ke dalam parit berhampiran," kata jurucakap Bomba.

Sarawak Forestry Corporation (SFC) telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut untuk tindakan selanjutnya.


Author:

Facebook Comment