Abg Jo Anti rasuah - Randau Sarawak

Breaking

Wednesday, January 25, 2017

Abg Jo Anti rasuah



Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg telah mengetuai ahli-ahli kabinet dan menteri-menteri muda melafaz serta menandatangani ikrar integriti di Wisma Bapa Malaysia pagi tadi.

Upacara bacaan dan menandatangani ikrar telah disaksikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Persekutuan, Datuk Paul Low Seng Kwan dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad.

Ikrar ini mencerminkan ketelusan dan kejujuran anggota kabinet negeri dalam mentadbir jentera kerajaan untuk rakyat Sarawak.

Sebaik selesai acara tersebut, Abang Johari mempengerusikan mesyuarat kabinet negerinya yang pertama sejak dilantik sebagai ke jawatan itu pada 13 Januari 2017 lalu.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri

Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing, menteri-menteri, menteri-menteri muda dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

No comments:

Post a Comment