ABANG JOHARI MULA TUGAS SEBAGAI KM



KUCHING: Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg secara rasmi memulakan tugas hari ini.

Beliau tiba di Pejabat Ketua Menteri Wisma Bapa Malaysia tepat jam 9.10 pagi tadi.

Ketibaannya disambut mesra oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Dr Sim Hui Kian dan Pegawai Pentadbiran Khas Wan Khalik Wan Muhammad.

Abang Johari angkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak pada Jumaat lepas menggantikan Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem yang meninggal dunia pada Rabu.

menandatangani dokumen rasmi sebagai simbolik bermulanya tugas rasmi beliau sebagai Ketua Menteri di Wisma Bapa Malaysia, pagi tadi. Berdiri di samping beliau Wan Khalik.

Author:

Facebook Comment