A&W DAN KFC HANYA BENARKAN KEK HALAL SAHAJA SEMASA MAJLIS HARI JADI


Bukan McDonald’s Malaysia saja menjadi rangkaian restoran makanan segera yang melarang kek tanpa sijil halal dibawa masuk ke restorannya.

Selaras dengan standard Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), A&W Malaysia juga tidak membenarkan pelanggan membawa masuk kek yang tidak mendapat sijil halal, sementara makanan luar dilarang dibawa masuk ke semua restoran KFC Malaysia.

Kedua-dua rangkaian makanan segera itu berkata sebagai mematuhi standard halal, kakitangan juga tidak dibenarkan membawa masuk makanan luar ke dalam restoran, walaupun untuk dimakan sendiri dan restoran menyediakan makanan untuk setiap kakitangan.

Dalam temu bual menerusi emel, Naib Presiden dan CEO A&W Malaysia Samad Mohd Shariff berkata pelanggan yang mahu menyambut hari jadi di A&W akan dimaklumkan mengenai peraturan mengadakan parti di outlet itu.

“Kami tidak jual atau menyediakan kek hari jadi untuk parti, namun kami akan menasihatkan pelanggan membeli kek mereka dari kedai yang mempunyai sijil halal Jakim,” katanya.

Author:

Facebook Comment