7.2 Juta Projek Memulihkan Koridor Sg Batang Kayan Lundu - Wan Junaidi

Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar Dato Sri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar merasmikan Majlis Pecah Tanah Rancangan Memulihkan Koridor Sungai Batang Kayan Pekan Lundu, Lembangan Batang Kayan Bahagian Kuching Fasa 1 A di Lundu.

Projek Jabatan Pengairan dan Saliran yang bernilai 7.2 juta ringgit itu dijangka siap pada Julai tahun depan yang meliputi kerja pembinaan tembok sepanjang 165 meter untuk fasa pertama.

Ia bagi memberi perlindungan kepada tebingan sungai daripada hakisan kritikal serta perlindungan terhadap penempatan dan infrastruktur awam di Pekan yang terkenal dengan industri keropok lekor itu.


Facebook Comment