70 PENGHUNI TINGGAL SEHELAI SEPINGGAN


MIRI : 70 Penghuni apabila 13 buah rumah setinggan mereka musnah dijilat api dalam kebakaran yang berlaku pada pukul 2.00 pagi tadi di Kampung Muhibbah, Kuala Baram, Miri

16 anggota bomba dan penyelamat dari BBP Lopeng dan BBP Miri bergegas ke lokasi sejauh 25 km dari balai.

Kebakaran melibatkan 15 buah rumah setinggan struktur tidak kekal dan terbakar 100%. Anggota Bomba bertindak membentang sejauh 500kaki aliran untuk ke lokasi kebakaran dan menggunakan sumber air terbuka dan water tanker untuk memadamkan kebakaran tersebut.

Kebakaran melibatkan 15 keluarga dan tiada melibatkan kecederaan mangsa.

Pihak bomba mengjadapi Kesukaran sumber air pili bomba, kesukaran laluan masuk ke lokasi kejadian dan tiada litupan GIRN di lokasi kejadian.

Operasi tamat pada pukul 5.50 pagi.


Facebook Comment