10000 LITER DIESEL DAN 3000 LITER PETROL DIHANTAR KE BARIO UNTUK MENGATASI MASALAH KEKURANG BAHAN API DI KAWASAN TINGGI ITU.


MIRI : Sebanyak 10,000 liter diesel dan 3,000 liter petrol telah dihantar ke Bario kelmarin dibawa melalui Program Penyeragaman Harga.

Menurut Pengarah KPDNKK Sarawak Dato Stanley Tan Punca kekurangan adalah disebabkan program penyeragaman baru yang bermula pada awal tahun.

Melalui program penyeragaman,  kerajaan membayar kos pengangkutan ( subsidi kos pengangkutan supaya harga di pendalaman sama dengan di bandar.)

Dalam satu kenyataan melalui aplikasi Whatsapp pagi tadi, beliau berkata
Kali terakhir penghantaran adalah pada 5 Disember 2016.

Walau bagaimanapun, peruncit di Bario boleh membeli petrol dan diesel di stesen minyak di Miri tanpa menunggu subsidi pengangkutan daripada kerajaan.

Tambahnya Penghantaran kedua akan dilakukan pada hari esok dan akan sampai hari selasa kerana jalan yang kurang baik.

Beliau berharap dengan bermulanya program penyeragaman harga ini yang dilaksanakan oleh kerajaan dapat menyelesaikan masalah kekurangan bekalan di Bario.

KPDNKK Sarawak memaklumkan kepada orang ramai isu kekurangan bekalan telah diatasi oleh Kerajaan melaui program penyeragaman harga.


Facebook Comment