Tahun 2017, Tahun Paling Gagal Bagi Rally Pakatan

Tahun 2017, Tahun Paling Gagal Bagi Rally Pakatan
Pre-rally TURUN2 Dec 16 dan Dec 23 di Sogo untuk turunkan harga petrol dan turunkan Najib tiada sambutan langsung.

Paling ramai cuma 10-20 orang.

Tiada liputan media untuk pre-rally sampai maxau pun tak berani post gambar-gambar pre-rally itu kat FB.

Hari ini mahu hijack sambutan tahun baru di Dataran Merdeka pula tapi sudah tahu mereka tak akan dapat sambutan.

Oleh itu, mereka awal-awal bagi alasan konon phone sudah kena hack.

Hello! Phone hacked takde kena-mengena dengan berapa ramai yang akan hadir rally lah.
Tahun 2017 boleh dikatakan tahun yang paling FAIL untuk rally-rally Pakatan.

Tiada satu pun yang berjaya. Tahun ini, mereka pun tak berani buat rally anti-GST 1 Mei seperti tahun-tahun sebelum ini dimana sokongan semakin merosot.

Juga tiada himpunan BERSIH dianjurkan tahun ini.

Yang paling FAIL pula ialah rally Klepet bulan Oktober dimana 100,000 disasar tetapi 5,000 yang hadir.

Amat pelik kerana ini merupakan tahun sebelum Pilihanraya Umum tetapi Pakatan tidak mampu mengadakan sebarang rally yang berjaya.

Apa sudah jadi?



---
Rujukan:
Penganjur demo harga minyak dakwa disabotaj
Read More

Pengasas Parti Cap Bunga Pernah Memberitahu Bahawa Ahli Mereka Berkualiti Rendah

Pengasas Parti Cap Bunga Pernah Memberitahu Bahawa Ahli Mereka Berkualiti Rendah
Selepas berinteraksi dengan anggota PPBM dan penyokong dalam talian untuk beberapa lama dan melihat "kualiti" mereka, saya tidak syak lagi apa yang dikatakan Cikgu Kamarul setahun yang lalu adalah 100% benar.


PPBM adalah parti berkualiti rendah yang dipenuhi oleh orang yang berkualiti rendah. Inilah yang dikatakan oleh pengasas Cikgu Kamarul hanya beberapa bulan sebelum dia keluar dari PPBM dan meletak jawatan.

-------
“Memang betul elemen negatif Umno meresap ke dalam PPBM. Saya bimbang mengenai perkara itu kerana dari hari pertama, kami kata mahu jadi lain daripada Umno.


“Ramai antara yang meninggalkan Umno untuk menyertai kami semata-mata hendak jawatan yang tidak diperoleh ketika di dalam Umno.

“Tapi itu tidak bagus untuk parti, dan saya bimbang mereka yang menyertai kami ialah kualitinya rendah, dan akhirnya menjadikan PPBM lebih teruk daripada Umno,” katanya.

Kamarulazman juga meluahkan kebimbangannya terhadap hala tuju parti pada masa ini, kerana keputusan nampaknya dibuat tanpa pengetahuan atau persetujuan barisan kepimpinan.

Pemimpin Parti Cap Bunga Mengakui Ahli Parti tiada Kualiti


----------
“Mind you, plenty of those who are and have left Umno to join us came for positions which they did not get in Umno.

“But that’s not good for the party, and I’m worried those coming in are the ones who are of low quality, which may end up making PPBM worse than Umno,” said PPBM supreme council member Kamarulazman Habibur Rahman.

Kamarulazman also expressed concern over the direction of the party now, as decisions appeared to be made without the knowledge or agreement of the leadership.

Leave the Umno baggage behind, says PPBM leader



---
Rujukan:
Pemimpin Parti Cap Bunga Mengakui Ahli Parti tiada Kualiti



Leave the Umno baggage behind, says PPBM leader
Read More

Lelaki Cuba Letupkan Kompleks ICQS Rantau Panjang Ditahan

Lelaki Cuba Letupkan Kompleks ICQS Rantau Panjang Ditahan
Niat jahat seorang lelaki yang ingin meletupkan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, gagal selepas ditahan dalam sekatan jalan raya malam tadi.

Suspek yang berusia 30-an itu menunggang motosikal sebelum ditahan di sekatan jalan raya Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM) Chabang Empat Salam, Rantau Panjang berikutan kelihatan mencurigakan, jam 11.30 malam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan, berkata suspek yang berasal dari Pandamaran, Klang bertindak agresif dan bergelut ketika ditahan.

“Hasil soal siasat dibuat suspek mengaku ingin meletupkan Kompleks ICQS Rantau Panjang dan pondok kawalan AKSEM.

“Pemeriksaan lanjut dalam beg sandang yang dibawa suspek mengandungi lima plastik bijian, satu plastik serbuk kuning, sebilah pisau, gunting, pemutar skru, lilitan watar tembaga, bateri dan pasport milik suspek,” katanya ketika sidang media, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat, hari ini.

Beliau berkata, suspek dalam senarai dikehendaki untuk kes di bawah Seksyen 6 (1) Akta Senjata Berbahaya dan turut mempunyai rekod berkaitan dadah.

Hasil saringan mendapati suspek positif methampethamine dan kini ditahan untuk siasatan lanjut sama ada mengalami masalah mental atau tidak.

Terdahulu Hasanuddin menghadiri majlis serah terima tugas Ketua Polis daerah Tumpat baharu iaitu Superintendan Ab Rashid Mat Daud menggantikan Superintendan Mohamed Zulmazi Che Daud.

Ab Rashid sebelum ini bertugas sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah Lipis, Pahang.


Read More

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ ADUN Lepar Meninggal Dunia

 إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ    ADUN Lepar Meninggal Dunia
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lepar, Datuk Mohd Shohaimi Jusoh meninggal dunia di kediamannya, dekat Sungai Isap Damai, kira-kira 4 pagi tadi.

Allahyarham yang berusia 55 tahun mula dipilih mewakili kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lepar dalam Parlimen Paya Besar, sejak 2008.

ADUN Panching, Datuk Mohd Zaili Besar yang juga sahabat baik Allahyarham antara yang terawal mengunjungi kediaman keluarga itu, pagi ini.

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Sungai Isap Perdana jam 11.00 pagi ini untuk solat jenazah.

Allahyarham yang dikatakan menghidap penyakit kencing manis mengadu kurang sihat sejak minggu lalu, namun masih mengadakan pelbagai program turun padang di kawasannya.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sri Fajar, Jalan Kuantan-Gambang, selepas solat Zohor hari ini.


Read More

Semuga segera sembuh, Kit Siang - Najib Razak

Semuga segera sembuh, Kit Siang - Najib Razak
Semuga segera sembuh, Perdana Menteri Najib Razak memberitahu saingan politiknya, Lim Kit Siang, di Facebook hari ini.

"Saya mendapat tahu pagi tadi bahawa Lim Kit Siang, pemimpin DAP dan Ahli Parlimen Gelang Patah, telah menjalani pembedahan untuk membuang tumor ginjal. Pembedahan berjaya dan beliau telah discaj dari hospital. Saya berharap beliau akansegera pulih," kata Najib dalam bahasa Cina pada halaman peminat Cinanya di Facebook.

Anak lelaki Kit Siang, Lim Guan Eng, semalam berkata ahli politik berusia 76 tahun itu dijangka pulih sepenuhnya selepas menjalani 'laparoscopic partial nephrectomy' pada 19 Disember.

"Tumor itu dikesan semasa rutun pemeriksaan kesihatan terhadap Kit Siang.

Sementara itu, PM Najib Razak mengucapkan tahniah kepada Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembedahan Global Persatuan Pembedahan Antarabangsa (International Society of Surgery - ISS) bagi tempoh 2017-2021.

Pengumuman itu dibuat oleh ISS pada 25 Disember. Ia merupakan pengiktirafan terhadap keyakinan masyarakat antarabangsa dalam Perkhidmatan Awam Malaysia sebagai satu kecemerlangan tambah beliau.

Dr Noor Hisham berkata pelantikan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembedahan Global merupakan sebahagian daripada peranannya sebagai Ahli Majlis mewakili Jawatankuasa Eksekutif ISS.

Beliau adalah rakyat Malaysia pertama yang menerima pengiktirafan di peringkat ini.

"Ini menunjukkan penghormatan kepada negara untuk memimpin dan berkhidmat terhadap masyarakat global." kata Dr. Noor Hisham dalam satu kenyataan.



GET well soon,Kit Siang 🙏
虽然彼此政见立场不同,但首相还是衷心祝福林吉祥早日康复👍
------
首相拿督斯里纳吉祝愿民主行动党国会领袖兼振林山国会议员林吉祥早日康复。

他今日在脸书专页“阿Jib哥”贴文说,他早上得悉林吉祥日前进行了切除肾脏肿瘤手术,欣慰的是林吉祥的手术成功并已经出院修养。

他也在另个帖文提到,卫生总监拿督诺希山将出任全球外科委员会主席,这是国际医学界最杰出和最有声望的权威组织国际外科学会(ISS/SIC)属下的重要机构,诺希山肩负的是巨大及伟大的责任及使命。

他说:“我国官员被委以要职,是国际社会、医学领域对我国极具信心而付以重托的有力证明。在此要恭喜拿督诺希山。”
---------
GET well soon, Prime Minister Najib Razak told his political rival, Lim Kit Siang, on Facebook today.

"I learnt this morning that Lim Kit Siang, DAP leader and Gelang Patah MP, had undergone surgery to remove a kidney tumour. His operation was successful and he has been discharged from hospital. I wish him a speedy recovery," Najib posted in Chinese on his Chinese fan page on Facebook.

Kit Siang’s son, Lim Guan Eng, yesterday said the 76-year-old politician was expected to make a full recovery after undergoing a laparoscopic partial nephrectomy on December 19.

"The tumour was a fortunate incidental discovery, following a routine medical check-up on Kit Siang.

Meanwhile, PM Najib Razak congratulated Director-General of Health Datuk Dr Noor Hisham Abdullah who appointed as the Chair of the Global Surgery Committee of the International Society of Surgery (ISS) for the 2017-2021 term.

The announcement was made by ISS on Dec 25.It was a recognition of the confidence of the international community in the Malaysian Civil Service which he added was par excellence.

Dr Noor Hisham said the appointment as the Chair of the Global Surgery Committee was part of his role as the Councillor at Large of the ISS Executive Committee.

Dr Noor Hisham is the first Malaysian to receive such a recognition at this level.

"This adds to the honour for the country; to lead and serve this renowned global society," Dr Noor Hisham said in a statement.


#PMNajib #DatukSeriNajibTunRazak #NajibRazak #首相纳吉
#LimKitSiang #Cancer #GetWellSoon #DrNoorHisham

**************
Rujukan:
https://facebook.com/ahjibgor/posts/1758675507510203
https://facebook.com/ahjibgor/posts/1758684344175986
Read More

Tidak Wajar Perlekeh Mufti - Azmin Ali

Tidak Wajar Perlekeh Mufti - Azmin Ali
Ini bukan aku kata, ini Azmin Ali kata:

"Tidak wajar mana mana individu mempersendakan dan memperlekehkan mufti kerana kepentingan politik. Kita boleh berbeda pandangan tetapi jangan aibkan orang lain."

"Memfitnah mufti adalah satu tindakan yang keterlaluan. Taubat nasuha. Hentikan sandiwara."

Nampaknya, Azmin dah mula langkah dia untuk menyingkirkan Mahathir sebagai calon PM.

PS: DAP tentu suka, Melayu 'skrew' Melayu. 



----
https://twitter.com/AzminAli/status/947098361840123904

https://twitter.com/AzminAli/status/947093302817333249


Mahathir Gelar Mufti Kafir Sebab Tak Tegur Hadi
https://portalpakdin.wordpress.com/2017/12/31/mahathir-gelar-mufti-kafir-sebab-tak-tegur-hadi/
Read More

Mahathir Gelar Mufti Kafir Sebab Tak Tegur Hadi

Mahathir Gelar Mufti Kafir Sebab Tak Tegur Hadi
Mahathir Mohamad mendakwa amanat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah punca berlakunya tragedi berdarah Memali.

Pada masa sama, bekas perdana menteri itu menempelak sikap mufti yang membisu ketika ‘Amanat Hadi’ dikeluarkan semasa peristiwa itu berlaku.

“Mufti kafir sebab mufti tidak tegur PAS ketika Amanat Hadi dikeluarkan. Mufti pun bukan orang PAS, jadi mufti pun kafir.

“Saya harap mufti juga kena bertanggungjawab terhadap peristiwa Memali kerana tidak berani bercakap tentang Amanat Hadi,” tegasnya.

Bagaimanapun Dr Mahathir tidak menamakan mufti berkenaan.

Mengimbas kembali tragedi yang berlaku pada November 1985 itu, Pengerusi Pakatan Harapan itu menyifatkan ‘Amanat Hadi’ berjaya meracuni penyokongnya menjadi taksub dengan dakyah orang Islam lain sebagai kafir sehingga menyebabkan empat orang anggota Polis terbunuh.

Beliau berkata demikian pada ucapan pergulungan di Perhimpunan Agung Tahunan PPBM di Shah Alam, Sabtu.

Justeru, Dr Mahathir mendakwa Hadi adalah orang yang perlu bertanggungjawab sehingga berlakunya tragedi berdarah tersebut yang didakwa memperalatkan Islam untuk kepentingan peribadi dan PAS.

Sebelum ini, PAS meminta kerajaan menubuhkan Suruhanjaya DiRaja (RCI) bagi menyiasat tragedi berdarah Memali, pada 19 November 1985 yang mengorbankan 18 orang, termasuk empat anggota polis, berpuluh cedera dan penahanan beratus ahli parti itu.

Sesi pergulungan itu juga dilihat telah dipergunakan Dr Mahathir untuk melepaskan geram terhadap PAS susulan tindakan parti itu yang mengambil pendekatan mesra UMNO dan memutuskan tidak menyertai PH pada PRU ke-14 nanti.


Read More

[Video] Mahathir U-Turn Lagi, Minta Maaf Hanya Adat Orang Melayu

[Video] Mahathir U-Turn Lagi, Minta Maaf Hanya Adat Orang Melayu


https://youtu.be/FUgGnlGAtf4

Mesti menjadi U-Turn terpantas dalam politik Malaysia. Mahathir sekali lagi melakukan U-turn beliau mengenai meminta maaf atas kesilapannya dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agong Parti.

Sekarang kita kembali kepada pendirian terdahulu bahawa dia tidak pernah melakukan sebarang kesilapan ketika dia menjadi Perdana Menteri.
Lihat sini: 2015: Saya tak pernah buat salah masa jadi PM, kata Dr Mahathir
https://sg.news.yahoo.com/saya-tak-pernah-buat-salah-masa-jadi-pm-102148575.html



*********
Hours after apology, Dr M says it's only 'customary''

Hours after issuing an apology for the mistakes he made throughout his political career, Bersatu chairperson Dr Mahathir Mohamad said his apology was merely part of Malay custom.

“I am a Malay. The is Malay custom to apologise often because we don’t know where we might have done wrong. That’s customary, and as a Malay we should be humble.

“After we speak or done something, we apologise because there is the possibility that what we did is wrong in somebody’s opinion. That is all,”
---
https://www.malaysiakini.com/news/407065
Mahathir Bapa U-Turn
http://pakdin.my/mahathir-bapa-u-turn/
Read More

Mampu Melancong Walau Tak Cukup Makan

Mampu Melancong Walau Tak Cukup Makan

Bagi 10 bulan pertama (Januari - Oktober) tahun 2017, Jepun melaporkan bahawa 322,683 rakyat Malaysia melawat negara mereka.

Ini adalah pertumbuhan 12.6% berbanding tempoh yang sama pada 2016 sebanyak 286,543 dan 50% lebih berbanding 215,702 bagi tahun 2015.

Pada tahun 2009 apabila Najib pertama kali menjadi PM, hanya 65,010 rakyat Malaysia melawat Jepun bagi tempoh Januari -Oktober.

Ini bermakna peningkatan 400% rakyat Malaysia melawat Jepun pada tahun 2017 berbanding tahun 2009.

GST Jepun meningkat dari 5% kepada 8% pada tahun 2013 tetapi itu tidak menghalang rakyat Malaysia yang mahu melawat Jepun.

Sejumlah 249,521 rakyat Malaysia telah menikmati Sushi asli di sana pada 2014 berbanding 176,521 pada tahun 2013.

Mari kita lihat jika peningkatan GST yang dirancang hingga 10% pada Oktober 2019 akan menghalang rakyat Malaysia yang mahu melawat Jepun. Saya yakin tidak akan berlaku.
https://www.japantimes.co.jp/news/2017/08/05/national/politics-diplomacy/abe-reaffirms-plan-complete-doubling-consumption-tax-2019/#.WkczVEqWbIU

Sementara itu, 242,405 rakyat Malaysia melawat Korea Selatan dalam tempoh 11 bulan pertama tahun 2017 - peningkatan lima kali ganda berbanding hanya 52,260 rakyat Malaysia dalam tempoh yang sama tahun 2009 untuk menikmati kadar GST 10% Korea.

Selama 8 tahun berturut-turut, semakin ramai rakyat Malaysia setiap tahun ratibnya mengenai Malaysia terjerumus ke arah kebankrapan dan kezaliman GST 6% tetapi mampu membayar ribuan Ringgit (mungkin dari menjual organ mereka) untuk bercuti ke Jepun atau Korea dan menikmati kadar GST 8% atau 10% negara tersebut, yang tentunya tidak kejam.


LSS.
Read More

Mahathir Bapa U-Turn

Mahathir Bapa U-Turn
Selepas dua tahun dia U-Turn.

Bapa U-Turn segala U-Turn.

Kit Siang, DAP, Anwar, Sodomy, GST, BR1M, pelaburan asing, subsidi - semua sudah U-Turn.

Hari ini U-turn lagi.

Mana boleh percaya orang tua ini?


---
Rujukan:

2015: Saya tak pernah buat salah masa jadi PM, kata Dr Mahathir
https://sg.news.yahoo.com/saya-tak-pernah-buat-salah-masa-jadi-pm-102148575.html

2017:
Mahathir mohon maaf atas 'dosa' silamnya
https://m.malaysiakini.com/news/407030
Read More

Alasan Kitar Semula Kenaikan Harga Barang KeperluanTahun Baru Cina

Alasan Kitar Semula Kenaikan Harga Barang KeperluanTahun Baru Cina

Peniaga barangan Tahun Baru Cina mengitar semula alasan mereka untuk menaikkan harga.

Tahun lepas mereka berkata bahawa barangan untuk perayaan Tahun Baru Cina (CNY) telah meningkat disebabkan oleh Ringgit yang lemah.

Tahun ini, mereka masih menggunakan alasan yang sama tetapi terlupa membuat perbandingan dengan satu tahun yang lalu, Ringgit kita sebenarnya telah mengukuh sebanyak 10%.

Berbanding setahun yang lalu, Ringgit lebih kukuh berbanding USD dan Renminbi Chinq tetapi mereka masih menggunakan alasan bahawa Ringgit yang lemah akan membawa kepada kenaikan harga 10% hingga 20% untuk barangan sambutan Tahun Baru Cina tahun ini?

Pergi cari alasan lain lah.

Tetapi jangan gunakan GST sebagai alasan kerana GST dah hampir 3 tahun dilaksanakan. Tahun ini GST 6%, Tahun Baru Cina tahun depan pun tetap GST 6%, tahun lepas pun GST 6% .

LSS.
-----
Rujukan dari Portal milik DAP:





Read More

MITI: Lapan Kilang MNC Tutup Kedai, Separuh Daripadanya Di Pulau Pinang

MITI: Lapan Kilang MNC Tutup Kedai, Separuh Daripadanya Di Pulau Pinang

Zombi akan membaca tajuk utama dan mengulas bahawa Malaysia akan muflis, ramai akan kehilangan pekerjaan dan syarikat multinasional (MNC) tinggalkan Malaysia.

Sekiranya mereka benar-benar membaca keseluruhan berita, akan melihat bahawa:
- Melibatkan 6,142 pekerjaan dan RM5.4 bilion FDI hilang.
- 2016, 153,060 peluang pekerjaan baru diwujudkan melibatkan RM207.9 bilion FDI baru.

Antara sebab penutupan operasi:
- Pasaran yang lemah dan gangguan kerana teknologi (baru),
- Pengambilalihan oleh syarikat lain dan
- Penstrukturan semula bagi memastikan persaingan antarabangsa.

Dalam perniagaan. Kilang dibuka dan tutup sepanjang masa dan menjadi lumrah.

8 kilang tersebut adalah
Rubicon Technology Inc,
Seagate Technology PLC,
British American Tobacco (BAT), Samsung,
Amphenol Corp,
Fairchild Semiconductor International Inc,
STR Holdings Inc dan
SunEdison Semiconductor Ltd.

Separuh daripada yang ditutup terletak di Pulau Pinang:
Rubicon,
Seagate,
Amphenol dan
FairChild.

Mungkin RBA harus meminta penjelasan Kerajaan DAP Pulau Pinang kenapa kilang tersebut ditutup.

*********
MITI: Lapan Kilang MNC Tutup Kedai

Kerajaan mengesahkan lapan syarikat multinasional (MNC) telah menutup kilang mereka di Malaysia.

Lapan syarikat itu ialah Rubicon Technology Inc, Seagate Technology PLC, British American Tobacco (BAT), Samsung, Amphenol Corp, Fairchild Semiconductor International Inc, STR Holdings Inc dan SunEdison Semiconductor Ltd.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mendedahkan hal ini dalam jawapan bertulis parlimen kepada anggota parlimen Ranau Datuk Ewon Ebin yang meminta pengesahan terhadap laporan beberapa MNC telah menutup operasi mereka di Malaysia.

Kementerian itu berkata tiga syarikat yang disebut Ewon iaitu Japan Tobacco International (JTI), Suzuki Motor Corporation dan Western Digital masih memiliki kilang yang beroperasi di negara ini tetapi syarikat tersebut telah distruktur semula.

Sayap perniagaan komponen kereta Suzuki telah menutup operasi peruncitannya di Malaysia tahun lalu. Buat masa ini, tiada pengedar rasmi kenderaan Suzuki di Malaysia.

Kementerian berkata penutupan lapan kilang itu melibatkan terlepas pelaburan FDI sebanyak RM5.4 bilion dan kehilangan pekerjaan kepada 6,412 orang.

Menurutnya, antara sebab penutupan operasi berpunca daripada pasaran yang lemah kerana teknologi (baru) yang menimbulkan gangguan, pengambilalihan oleh syarikat lain dan penstrukturan semula bagi memastikan persaingan antarabangsa.

Bagaimanapun, MITI berkata terdapat hikmah disebalik perkara ini kerana 2016 menyaksikan hampir 5,000 projek baru melibatkan pelaburan FDI sebanyak RM207.9 bilion.

Pelaburan itu, tambahnya, akan mewujudkan 153,060 peluang pekerjaan baru.
Read More

老马和安华竟然把人民血汗国家前途拿去“赌”‼️

老马和安华竟然把人民血汗国家前途拿去“赌”‼️
开着限量跑车,住大屋,游艇环游世界的是老马的子子孙孙 😡
而“債”留子民和接棒者替他“擦屁股”
“Aktiviti pertukaran wang asing spekulatif, dengan bahasa yang lebih mudah,
adalah sejenis aktiviti "perjudian" untuk mendapatkan pulangan yang cepat”

👉分辨炒外汇活动与有效管理外汇市场的差别
👉炒外汇具有赌博性质
👉国行在炒汇案面对巨额损失,政府当时被逼将马电讯及国能股份,以每股1令吉转让给国行
👉平衡马币市场的供应与需求;监督外汇交易见成效
------------
第二财长拿督斯里佐哈利表示,国家银行有责任向市场释放资金,以平衡马币市场的供应与需求。

佐哈利今日发表一封公开信,回应前首相敦马哈迪指国行动用外汇储备金拯救令吉的指责表示,公众必须懂得分辨炒外汇活动与有效管理外汇市场的差别。

他说,炒外汇具有赌博性质,而有效管理外汇市场则是平衡市场上马币的供应与需求。

他也指出马哈迪任内的炒外汇案,任政府不得不采取激烈手段,包括转让股份给予国行来掩盖炒外汇亏损的事实。

他说,由于国行在炒汇案面对巨额损失,政府当时被逼将马电讯及国能股份,以每股1令吉转让给国行。

他说,国行之后重新评估马电讯及国能的股份价值,分别为每股22令吉10仙及19令吉30仙。

“此外,国行被逼以每股8令吉的价格,转让马航股份给予第三者。国行也以每股10令吉的价格出售国际船务公司(MISC)的股票给予公积金局。”

他说,假设国行炒外汇亏损不是事实,政府根本无需采取如此激烈的手段,藉此来赚取盈利,这明显违背国行管理外汇储备的原则。

“国行1994年1月21日的内部稽查报告已清楚列明,国行银行部涉及操作超出被允许的外汇交易数额,即每月平均交易额从1992年的1400亿令吉,提高至1993年的7500亿令吉。”

他说,该稽查报告也点出当时国家银行的股东基金只有44亿令吉,外汇储备金约439亿8000万令吉,如此具有投机性质的炒外汇活动,明显抵触抵触1958年国家银行法令第4条文。

他强调,国行之后进行全面改革,以全面监督外汇交易活动,并已初见成效。

“尽管面对马币及资金流不稳定的问题,不过国家经济的基本面依然保持韧性与强劲。截至今年11月,国家的外汇储备达到1019亿美元,足以融资7.5个月的保留进口。”
---------
Kehadapan Tun,

1. Ramai sahabat saya yang menjadi pembaca blog Tun, telah menghubungi saya untuk mendapatkan penjelasan mengenai penulisan terbaru Tun berjudul "Dear Mr Johari" mengenai isu urus niaga pertukaran mata wang asing. Pada mulanya saya memberitahu mereka bahawa saya sudah banyak kali menjawab mengenai perkara ini dan saya tidak mahu memanjangkan perbincangan mengenai isu ini terutamanya kerana sudah ada pasukan bebas di PDRM menyiasat perkara ini. Perkara berkaitan tukaran asing ini kadangkala terlalu teknikal untuk difahami orang awam terutama berkaitan dengan peranan Bank Negara Malaysia (BNM) dalam pengurusan rizab antarabangsa negara. Bagaimanapun, saya merasakan cara terbaik adalah melalui perbincangan dengan meletakkan perkara itu dalam perspektif mudah supaya dapat difahami.

2. Adalah sangat penting bagi orang ramai memahami perbezaan antara aktiviti pertukaran mata wang spekulatif dan pengurusan pasaran pertukaran asing yang teratur. Aktiviti pertukaran wang asing spekulatif, dengan bahasa yang lebih mudah, adalah sejenis aktiviti "perjudian" untuk mendapatkan pulangan yang cepat. Namun, pengurusan pasaran pertukaran asing yang teratur sangat jauh berbeza yang mana kemudahan mudah tunai oleh BNM kepada pelabur di negara ini untuk mengurangkan ketidakseimbangan yang berkaitan dengan penawaran dan permintaan ringgit di pasaran.

3. Untuk melihat perkara ini secara perspektif, ia boleh dilihat melalui Laporan Audit Dalaman yang disediakan oleh Juruaudit Dalaman BNM bertarikh 21 Januari 1994 yang mana Bahagian Operasi Pertukaran Asing Jabatan Perbankan di BNM terbabit dalam aktiviti perdagangan tukaran asing yang banyak sehingga pembelian matang dan urus niaga pertukaran mata wang bulanan yang berjumlah purata RM140 bilion pada tahun 1992 telah meningkat kepada RM750 bilion pada tahun 1993! Sebahagian besar urus niaga itu bersifat spekulatif dan tidak mencerminkan mandat BNM untuk mengekalkan keadaan teratur dalam pasaran pertukaran asing mengikut Seksyen 4 Ordinan Bank Negara Malaysia 1958.

4. Laporan Audit Dalaman itu juga menekankan bahawa magnitud urus niaga spekulasi pertukaran asing dianggap sangat berlebihan memandangkan dana pemegang saham BNM hanya RM4.4 bilion dan rizab antarabangsa negara itu hanya RM43.98 bilion pada masa itu. Aktiviti spekulatif ini menyebabkan BNM mengalami kerugian urus niaga pertukaran asing berjumlah RM31.5 bilion dalam tempoh itu.

5. Laporan Audit juga menyatakan bahawa aktiviti perdagangan pertukaran mata wang asing spekulatif yang dijalankan oleh bank pusat pada masa itu telah dilakukan oleh Bahagian Pertukaran Asing Jabatan Perbankan BNM, yang diketuai oleh penasihat / pengurusnya, Encik (Tan Sri) Nor Mohamed Yakcop, yang kemudiannya menjadi Menteri Kewangan Kedua.

6. Dengan skala kerugian aktiviti spekulasi pertukaran asing yang besar, Kerajaan dipaksa untuk memindahkan sahamnya di Telekom dan Tenaga Nasional Berhad kepada BNM pada nilai nominal RM1 sesaham dan saham-saham ini telah dinilai semula oleh BNM pada RM22.10 setiap saham dan RM19.30 sesaham untuk Telekom dan TNB. Di samping itu, BNM terpaksa melupuskan saham Malaysia Airlines kepada pihak ketiga dengan harga RM8 sesaham dan saham MISC pada RM10 sesaham kepada Kumpulan Wang Pencen untuk mendapatkan keuntungan. Jika kerugian pertukaran asing spekulatif ini tidak nyata, Kerajaan tidak akan mengambil tindakan drastik ini untuk menutup kerugian BNM pada masa itu.

7. Sejak episod kerugian yang dialami pada 1993, BNM dan negara telah berjaya mengambil pelbagai langkah menambahbaikan , terutamanya dalam melaksanakan pembaharuan serta langkah semak dan imbang yang perlu berkaitan aktiviti urus niaga hadapan pertukaran mata wang asing. Hasil daripada pembaharuan ini, walaupun berlaku ketidakstabilan aliran modal dan ringgit dalam tempoh yang lalu, ekonomi kita terus kekal berdaya tahan dan keupayaan BNM untuk menjaga kestabilan kewangan dan ekonomi masih tidak dapat dikompromi. Malah, rizab antarabangsa terus kukuh dan pada akhir November 2017 rizab berjumlah AS$101.9 bilion dan kerajaan dapat mengekalkan 7.5 bulan import tertangguh. Saya rasa sudah cukup untuk saya menjelaskan mengenai subjek ini dan jika ada pihak yang masih tidak mahu menerima dan memahami kebenaran, maka tiada ada apa lagi yang dapat saya katakan.

8. Saya berharap agar Tun sekeluarga terus berada dalam kesihatan yang baik dan Selamat Tahun Baru saya ucapkan. Semoga Tahun Baru ini membawa lebih banyak rahmat dan kemakmuran kepada kita semua rakyat Malaysia.

Yang Benar,

Johari Abdul Ghani

26/12/2017



#BankNegara #Forex #Loses #BNM #Mahathir #TUNM #PakaTUN
#JohariAbdulGhani #Ringgit #MYR
Read More

DAP Putus Hubungan Dengan PAS Sebab Berprinsip ?!

DAP Putus Hubungan Dengan PAS Sebab Berprinsip ?!



 Are you kidding Tokong❓

🙄️脸皮厚我谁都不服,就服林神‼️

勾搭伊党捅娄子火烧屁股就急忙跳船
明明是无能还能把自己夸成有原则呢‼️

用完哈迪转身抱紧老马大腿,行动党谈原则❓

无论在外怎样吃不到葡萄说葡萄酸各种攻击首相纳吉
见到时候还不是低头哈腰 。行动党谈原则❓
------------
行动党秘书长林冠英今日再度引述唐诗赠马华总会长拿督斯里廖中莱,直言“不经一番寒彻骨,焉得梅花扑鼻香”,要求对方讲到做到,若坚持原则,就应与伊党合作的巫统断交。

他坚称,他将不会向廖中莱道歉,“我还是在等他来(对我采取行动)”。

他说,当初伊党变质选择和巫统合作,行动党站稳原则,毅然与伊党断交,证明行动党言行一致。

“断交要拿出勇气,虽然这会把大选时的在野力量分散,但我们(希盟)还是有信心面对三角战,毕竟人民还是要换政府。”

林冠英也是槟州首长。他今早在威北安邦惹惹花园移交拨款给麦曼珍社委会后,向媒体这么说。

他日前把廖中莱比喻为华社“吴三桂”,并指廖中莱已与伊党主席拿督斯里哈迪阿旺一唱一和,谎称林吉祥有意成为首相。

之后,廖中莱要求林冠英和林吉祥,在48小时内就“引伊斯兰党入关出卖华社”一事,向华社道歉,否则他们就是无可救药的政治人物。
---------
DAP mencabar MCA agar memutuskan hubungan dengan Umno kerana sudah ada tanda-tanda menunjukkan Umno semakin hari semakin rapat dengan Pas.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, DAP sendiri tidak ingin lagi bersama dengan Pas dalam Pakatan Rakyat kerana partinya mempunyai prinsip.

"Apa yang DAP cakap akan terus dilakukan. Buktinya, apabila DAP ingin putuskan hubungan Pas kerana Pas memilih untuk berbaik-baik dengan Umno, DAP terus putus hubungan dengan parti Islam ini," katanya seperti dipetik dalam China Press.

Kata Guan Eng, DAP perlu berani membuat keputusan walaupun ia akan merugikan pakatan pembangkang ketika PRU.

"Bagaimanapun, kami (Pakatan Harapan) masih mempunyai keyakinan yang tinggi untuk menghadapi pertandingan tiga penjuru. Rakyat inginkan perubahan dan mahu tukar kerajaan. Itulah keyakinan kami bahawa kami akan capai kemenangan dalam PRU akan datang," katanya.

Guan Eng berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang ingin menjadi perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan baharu dalam PRU akan datang.

Sambil memberikan kata-kata nasihat kepada MCA, kata Guan Eng, MCA sekiranya ingin menjadi parti yang kuat, pemimpinnya mestilah berani menanggung tanggungjawab dan buat keputusan bijak.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong membidas kenyataan Guan Eng itu kerana semata-mata ingin mengalih perhatian mengenai kerjasama DAP dengan Pas dalam kerajaan negeri Selangor ketika ini.

Menurut Ka Siong, Guan Eng perlu menyalahkan dirinya sendiri kerana DAP pernah mengadakan kerjasama yang baik dengan Pas pada PRU lalu, malahan memberitahu kepada pengundi bahawa undi Pas bermakna undi DAP.

"Kenapa DAP ingin bekerjasama dengan Pas dalam PRU lalu? Kenapa sekarang pula nak membidas MCA? Guan Eng perlu rasa malu kerana pendiriannya telah berubah dengan membuat U turn," kata Ka Siong.

Read More

Mansuh Tol Batu 3 & Sg Rasah – Pamer Sikap Sebenar Pemimpin PKR Selangor

Mansuh Tol Batu 3 & Sg Rasah – Pamer Sikap Sebenar Pemimpin PKR Selangor

KENYATAAN MEDIA OLEH
YB DATUK MAT NADZARI AHMAD DAHLAN
TIMBALAN PENGERUSI UMNO / BN SELANGOR

MANSUH TOL BATU 3 & SG RASAH – PAMER SIKAP SEBENAR PEMIMPIN PKR SELANGOR

1. Pemansuhan kutipan tol di Batu Tiga dan Sungai Rasah di Shah Alam yang akan berkuatkuasa Isnin ini ternyata memberi jawapan kepada sikap retorik Pakatan Harapan di Selangor yang ternyata akan menabur apa sahaja janji demi mendapat sokongan.

2. Acapkali Pembangkang (Pakatan Harapan) akan memberi ‘harapan’ kepada rakyat Malaysia untuk melasanakan itu dan ini, termasuklah penghapusan tol, pendidikan percuma, rumah mampu milik namun hakikatnya di Selangor, sudah dua penggal menggalas amanah rakyat, apa yang dijanjikan itu tidak terlaksana. Sebaliknya jika ada polisi dan dasar tertentu yang dilaksana kerajaan pusat dan mendapat sokongan, maka mereka cepat-cepat memutar belit fakta kononnya ia ditiru.

3. Justeru, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tampil mengumumkan penghapusan tol di Batu Tiga dan Sungai Rasah setelah mengambil kira apa yang diperjuangkan UMNO Shah Alam sejak tahun 2011, maka tampil lah apa yang yang orang kata ‘lembu punya susu sapi dapat nama.’

4. Adun Batu Tiga daripada PKR tanpa segan silu mengajak orang ramai menghadiri sambutan khas ‘Tamat Tol, Bebas Rakyat’ dengan mendabik dada kononnya penghapusan kutipan tol yang ditinggalkan ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad itu ada kena mengena dengan perjuangan mereka.

5. Hakikatnya ia adalah iltizam kerajaan pusat yang mendengar rintihan rakyat dan pengguna lebuh raya berkenaan melalui suara UMNO Shah Alam. Maka konsesi PLUS di dua tol berkenaan yang hanya akan berakhir pada tahun 2038 ditamatkan.

6. Rakyat sebenarnya tidak buta untuk menerima bulat-bulat fakta songsang yang diputar-belit pemimpin PKR di Selangor yang ternyata suka mendakwa hanya mereka yang terbaik dan orang lain semuanya salah. Melalui carian di internet, apa sahaja maklumat mengenai perjuangan pemansuhan tol berkenaan boleh dicerap dan rakyat mampu menilai siapa sebenarnya yang cakap serupa bikin.

7. Untuk itu, kami di BN & UMNO Selangor mengajak rakyat Selangor terutamanya warga Shah Alam & Klang untuk turut serta dalam Majlis Kesyukuran yang akan diadakan pada Ahad ini sempena malam Tahun Baharu 2018 di dua plaza tol berkenaan.




29 Disember 2017
Read More

Adakah Mahathir Akan Berpatah Balik?

Adakah Mahathir Akan Berpatah Balik?

Mahathir Mohamad diminta menjelaskan berhubung dakwaan beliau sedang berunding supaya anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir bertanding atas tiket BN pada pilihan raya umum akan datang.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata mantan perdana menteri itu perlu menjawab kerana ia jelas menunjukkan beliau tidak mempercayai Pakatan Harapan yang diterajuinya.

“Saya lihat Mahathir ini sangat obsesi mahukan anaknya jadi Perdana Menteri. Jadi, beliau sanggup buat apa saja, termasuk pusingan U dan buat rundingan dengan BN untuk Mukhriz bertanding mewakili parti itu.

“Apa yang Mahathir buat ini kerana beliau percaya dengan tiket UMNO dan BN saja anaknya berpeluang untuk menjadi Perdana Menteri,” katanya hari ini di ibukota.

Bekas Naib Presiden Transparency International (IT) itu mengulas laporan Raja Petra Kamarudin diblognya yang mendakwa Dr Mahathir sedang membuat perundingan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bagi menyelamatkan karier politik Mukhriz.

Antara lain, persetujuan itu memerlukan Najib melantik Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri II sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) serta memberinya jawatan Kabinet, sama ada Menteri Kewangan atau Menteri Dalam Negeri.

Sebagai balasan, Mahathir akan berhenti menyerang Najib dan akan beralih kepada BN.

Pada masa sama, Tunku Abdul Aziz meminta penasihat DAP, Lim Kit Siang, memberikan reaksinya berhubung dakwaan itu.

“Penjelasan Kit Siang penting untuk pengundi kerana mereka kini keliru dengan pelbagai taktik luar jangka yang dibuat Mahathir, ” katanya.

Read More

15 Rumah Di Kampung Baru Terbakar, DBKL Sediakan Rumah Sementara- Johari

15 Rumah Di Kampung Baru Terbakar, DBKL Sediakan Rumah Sementara- Johari


https://youtu.be/VJI6g1_i3gw

Sebanyak 15 rumah terbakar di Lorong Raja Muda Musa Enam, Kampung Baru, kira-kira 8 pagi tadi.

Kebakaran membabitkan rumah milik persendirian yang disewa kepada pekerja asing.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.39 pagi.

“Seramai 24 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa, Hang Tuah, Jalan Tun Razak, Keramat, dan Bandar Tun Razak mengawal kebakaran.

“Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

Sementara itu, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa, berkata pihaknya akan memohon kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mendapat penempatan sementara bagi mangsa.

“Saya akan membuat permohonan kepada DBKL untuk memberikan tempat tinggal sementara sehingga rumah yang terbabit dibaiki sepenuhnya,” katanya selepas melawat tempat kejadian.

Menurut pemilik rumah, Jantan Razak, 70, dia dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira jam 9 pagi.

“Apabila tiba, saya tengok rumah dah habis terbakar.

“Penyewa rumah saya itu pergi bekerja dan api dipercayai berpunca daripada rumah belakang, iaitu rumah peninggalan arwah nenek,” katanya.




Read More

Banyak Negara Di Dunia telah Jual Negara Kepada Malaysia

Banyak Negara Di Dunia telah Jual Negara Kepada Malaysia
Mengikut logik Mahathir dan pembangkang, negara-negara USA, UK, Caribbean, Hong Kong, Australia, Indonesia, Nepal, Pakistan, Turki, Bangladesh, Sri Lanka, India, China, Jepun, Nepal dan Cambodia telah jual negara kepada Malaysia.

Tak gitu?

Puak pembangkang dari zaman purba ataupun zaman globalisasi?


--
LSS.
Read More

Tanah Felda Jalan Semarak: Siapa Di Sebalik Syarikat Yang Terlibat - Mahacai Cap Bunga Kena Tahu

Tanah Felda Jalan Semarak: Siapa Di Sebalik Syarikat Yang Terlibat - Mahacai Cap Bunga Kena Tahu



Kedua-dua pemilik Synergy Promenade, syarikat yang didakwa telah merampas tanah RM270mil dari FELDA melalui Felda Investment Corp (FIC), ialah Noraini Soltan dan adiknya, Rahman Soltan.

Noraini Soltan adalah seorang usahawan terkenal yang mendapat pembiayaan dan dilatih oleh PNB untuk memulakan syarikat plastik bernama Spiro Plastics pada tahun 1992 semasa Tun Ismail Mohd Ali adalah pengerusi PNB. Tun ismail Ali adalah saudara ipar Tun Mahathir.

Dengan bantuan PNB, syarikat itu telah berkembang selama bertahun-tahun menjadikan Noraini terkenal sebagai Vendor Proton.

Malah, dia sering mengambil peranan sebagai  pengerusi  penganjur kepada beberapa majlis anjuran Persatuan Vendor Proton (PVA):

Mahathir adalah akrab dengab  PVA dan kerap memberikan ucapan didalam majlis persatuan itu.

Anaknya, Mukhriz juga mempunyai pelbagai kaitan dengan Noraini Soltan

Seorang agi yang mendaoat perhatian ialah Zahid Mat Arip, yang merupakan ahli jawatankuasa PERKASA dan kini merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti, Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Beliau adalah pembantu khas Tan Sri Isa semasa perjanjian tanah Semarak dalam tahun 2014 dan sebelum ini di reman oleh SPRM beberapa bulan lalu kerana peranannya dalam pembelian sebuah Hotel di Kuching dengan harga yang lebih tinggi oleh Felda Investment Corp.

Oleh itu, orang-orang PRIBUMI yang kini cuba mengaitkan saudara dan adik Soltan kepada pemimpin kerajaan sekarang perlu sedar bahawa hubungan mereka dengan Mahathir, keluarganya dan partinya lebih akrab.



LSS.

*********
Rujukan:
https://tinyurl.com/y9vgxm6j

Read More

Macai Mahathir Kata Kod Negeri '71' Dalam Kad Pengenalan Adalah Warga Asing, Termasuk Pemimpin Tertinggi PH

Macai Mahathir Kata Kod Negeri '71' Dalam Kad Pengenalan Adalah Warga Asing, Termasuk Pemimpin Tertinggi PH

Page Facebook Mahathir dan Macai Mahathir Khairuddin Abu Hassan yang tersangat bodoh dan pakar fitnah buktikan kebodohan mereka lagi.

Pada posting terbaru Page Mahathir The Legend, kenyataan Khairuddn yang berjanji akan membuat laporan polis bahawa orang yang merampas tanah FELDA adalah orang asing kerana MyKad mereka menunjukkan kod negeri "71".

Kod "71" ialah untuk warga Malaysia yang dilahir di luar negara. Lihat sini: http://pakdin.my/jpn-perjelas-isu-pengeluaran-kad-pengenalan/

Kalau ikut logik puak Mahathir, maka bakal Timbalan Perdana Menteri mereka Wan Azizah, Menteri Besar Selangor Azmin Ali, Setiausaha Agung PKR dan macai Lim Guan Eng Saifuddin Nasution, Ketua Wanita PKR Zuraida dan budak pseudo-Melayu DAP Zairil Khir Johari semua ada kod negeri "71" di Mykad mereka.

Lihat sini dan buat carian sebelum nak kata maklumat berikut adalah diedit atau palsu:

Wan Azizah: http://bit.ly/2pNpZkt

Azmin Ali: http://bit.ly/2lnBJob

Saifuddin Nasution: http://bit.ly/2lmtBoc

Zuraida Kamaruddin: http://bit.ly/2ldIgTo

Zairil Khir Johari: http://bit.ly/2ldIgTo


Maksud macai Mahathir ialah Mahathir sekarang berpakat dengan orang asing untuk rampas Malaysia ke?

Masih nak buat laporan polis ke? .... 

Walaupun kami tak sokong orang yang rampas tanah FELDA tapi kami lebih tak suka puak yang tersangat bodoh macam macai Mahathir.

ooooh... Alangkah bodohnya.


LSS.

---
Rujukan:





Read More

Tahniah: PKR setuju Dr Mahathir jadi PM sementara dengan syarat...

Tahniah: PKR setuju Dr Mahathir jadi PM sementara dengan syarat...

PKR secara prinsip bersetuju dengan cadangan Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai perdana menteri dan timbalan perdana menteri sementara jika gabungan pembangkang berjaya menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut sumber, keputusan itu dibuat pada mesyuarat biro politik PKR pada 19 Disember lalu dan turut mendapat restu daripada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kami setuju menamakan Dr Mahathir dan Wan Azizah tetapi dengan beberapa syarat semasa mesyuarat biro politik.

"Antara syaratnya adalah membebaskan segera Datuk Seri Anwar dan kemudian melantiknya sebagai perdana menteri baru dalam masa enam hingga 12 bulan (selepas kita mengambil-alih kuasa).

"Kami juga mahu (Dr Mahathir) berjanji bahawa beliau hanya akan menjadi perdana menteri sementara sehingga Anwar mengambil alih," kata sumber itu kepada Malaysiakini tanpa mahu namanya didedahkan.
********* https://m.malaysiakini.com/news/406874#zuozcAxA4ipPLWs3.99
Read More

#KE7B :Qabin Berjaya Tempa Nama Sebagai Muslim Termuda Jadi penjelajah Grand Slam

#KE7B :Qabin Berjaya Tempa Nama Sebagai Muslim Termuda Jadi penjelajah Grand Slam





Misi Ekspedisi KE7B Penjelajah Grand Slam Malaysia 2017 yang dilaksanakan oleh Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin (Qobin),36, berjaya mencapai matlamat apabila beliau tiba di titik 90 Kutub Selatan hari ini, tepat pukul 11.05 pagi (waktu Malaysia).


Cabaran cuaca sejuk beku -26 darjah selsius yang hampir menjejaskan misi tersebut dapat diharunginya dengan tabah demi mengharumkan nama negara di pentas sukan ekstrem peringkat dunia.

kspedisi sembilan hari mulai 19 Disember lalu menyaksikan Qobin berski dari Union Glacier, Antartika ke titik 90 Kutub Selatan dengan jarak keseluruhan sejauh 111 kilometer.

Ekoran kejayaan itu, Qobin kini menempa nama sebagai penjelajah Grand Slam iaitu individu yang berjaya mendaki tujuh puncak tertinggi di tujuh benua dunia termasuk Gunung Everest, berski di Kutub Utara dan berski di Kutub Selatan.

Kejayaan itu juga melayakkan Qobin menjadi individu kedua dari rantau Asia Tenggara dan individu Islam ketiga serta termuda diiktiraf sebagai penjelajah Grand Slam dunia.

Setakat hari ini, hanya 70 orang dari seluruh dunia berjaya menamatkan ketiga-tiga ekspedisi tersebut.
PRU14. TV 
Read More

Tanah TRX Tak Sama Dengan Tanah Di Johor Yang Mahathir Dah Gadai

Tanah TRX Tak Sama Dengan Tanah Di Johor Yang Mahathir Dah Gadai

Dakwaan pembangkang bahawa status tanah dalam lingkungan Tun Razak Exchange (TRX) sudah tergadai kepada negara asing adalah tidak benar dan tidak berasas kerana ia dibangunkan atas tanah milik penuh negara Malaysia yang berdaulat.

Hanya kerana banyak syarikat asing melabur di atas tanah tersebut tidak bermaksud ia sudah menjadi milik asing.

Jangan samakan tanah di kawasan itu dengan tanah yang telah digadai oleh bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad pada 24 November 1990 apabila memeterai perjanjian untuk membenarkan Singapura untuk mengambil alih tanah di Johor seluas 54,000 ekar (216 km persegi) untuk membina empangan di Sungai Linggiu seperti didedahkan penganalisis politik Lim Sian See baru-baru ini.

Dalam pendedahan itu, Singapura dikatakan hanya perlu bayar RM320 juta ganti rugi kerana permanent loss of use of the land, premium tanah RM388 juta dan sewa tahunan RM30 untuk setiap 1,000 kaki persegi.

Di bawah perjanjian ini, Singapura turut dibenarkan untuk mengambil air tanpa had dari Malaysia.

Kalau dibuat perbandingan antara 54,000 ekar yang diserah Mahathir kepada Singapura, dengan Menara Exchange yang dibina hasil pelaburan anak syarikat Mulia Group dari Indonesia, kecil sangat bezanya.

Tanah 54,000 ekar itu sudah jadi milik kekal asing sementara pemilikan tanah di TRX tempat Menara berkenaan dibina, langsung tidak berubah, masih milik kita.

Tuduhan Pakatan Harapan (PH) dan penyokong mereka konon tanah di TRX sudah dimiliki oleh pihak asing ini sebenarnya hanyalah bersifat politik semata-mata.

Jika kita semua masih ingat, pada peringkat awal dahulu Pakatan juga yang menuduh tanah TRX gagal mendapat sambutan pelabur dan pembangunan yang dijalankan di atas tanah tersebut hanyalah khayalan semata-mata.

Sekarang bila terbukti pembangunan di atas tanah itu bukanlah khayalan tapi memang benar-benar berlaku termasuk pembinaan Menara yang mengatasi ketinggian Menara kebanggaan Mahathir - KLCC, Pakatan mengubah “pintu gol mereka” (shifting the goal post).

Jelas, semua dakwaan Pakatan bahawa kerajaan hari ini menggadai tanah kepada pihak asing seperti yang didakwa berlaku di TRX, hanya untuk mengalih perhatian rakyat daripada tindakan Mahathir menggadai beribu-ribu tanah Johor kepada Singapura tahun 1990 yang dulu.

Pakatan tahu lambat laun perkara ini akan terdedah dan mereka melakukan apa yang dikenali sebagai teknik pre-emptive strike dengan membuat pelbagai dakwaan tidak berasas seperti ini untuk mencipta persepsi salah di kalangan rakyat demi melindungi Mahathir.

Tidak hairan kenapa kita lihat bukan sahaja tanah di TRX yang jadi sasaran tapi pembangunan di Forest City Johor, taman perindustrian di Kuantan dan sebagainya turutr menjadi mangsa.

Maklum sajalah, ‘bangkai’ yang nak ditutup ni bukan kecil, tapi 54,000 ekar luasnya

Apatah lagi penggadaian tanah di Johor ini turut melibatkan orang kanan Mahathir, Muhyiddin Yassin yang pada ketika itu adalah Menteri Besar Johor.

Muhyiddin sebelum ini mendakwa, sepanjang dia menjadi Menteri Besar, tidak ada seinci tanah Johor yang digadai kepada pihak asing.

Benar apa yang Muhyiddin cakap, bukan seinci cuma 54,000 ekar!!

*************
Rujukan:
54,000 Ekar: Mahathir Jual Negara Kepada Singapura
http://pakdin.my/54000-ekar-mahathir-jual-negara-kepada-singapura/


Beruang Biru
BB717, Khamis
28 Disember 2017
Read More

1MDB Jual Tanah Di Selangor Dan Pulau Pinang Untuk Bayar Hutang? Kerajaan Negeri Luluskan?

1MDB Jual Tanah Di Selangor Dan Pulau Pinang Untuk Bayar Hutang? Kerajaan Negeri Luluskan?
Mkini kini melaporkan bahawa syarikat-syarikat China disyaki telah "menyelamatkan" 1MDB dengan membantu mereka membayar balik bayaran balik US$602.7 juta (RM2.5 bilion) kepada IPIC minggu lalu dengan membeli tanah milik 1MDB di Pulau Pinang dan Selangor.

Jika ini benar maka saya ucapkan tahniah kepada 1MDB kerana mereka telah membeli tanah Pulau Pinang sebanyak RM1.38 bilion pada tahun 2013 dan tanah Selangor hanya RM295 juta pada tahun 2014 - berjumlah hampir RM1.7 bilion.

Oleh itu, sekiranya benar maka ia adalah keuntungan yang amat besar bagi 1MDB.

Dan entah bagaimana 1MDB berjaya menjual tanah ini tanpa pengetahuan Kerajaan Pulau Pinang atau Kerajaan Selangor walaupun Lim Guan Eng telah menyekat sebarang pindah milik tanah Pulau Pinang sejak beberapa tahun lalu.

Jika 1MDB tidak dapat membayar, mereka akan mengatakan 1MDB bankrap dan tidak mempunyai aset sebenar. Jika mampu membayar, mereka mengatakan 1MDB menjual aset untuk membayar.

Nak bagitau sekali lagi, asasnya 1MDB telah membeli aset ini menggunakan wang dari pinjaman bukan wang milik negara atau yang selalu disebut s3bagai wang rakyat.

LSS.

*************

1MDB : Perincian senarai hutang didedahkan
http://pakdin.my/1mdb-perincian-senarai-hutang-didedahkan/

Akhbar: Firma China selamatkan 1MDB 1MDB


Read More

Kalau PAS Menghasut Maka DAP 1000 Kali Lebih Menghasut

Kalau PAS Menghasut Maka DAP 1000 Kali Lebih Menghasut


Terkini dalam perang DAP vs PAS.

Oleh: Dr. Kamarul Yusoff

Panas berapi-api nampaknya kenyataan media Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, semalam yang menghentam Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di atas tulisan beliau bertajuk “Mengapa Kalau Islam Tidak Boleh?” yang disiarkan pada 22 Disember lalu.

Dengan berpandukan laporan media tertentu kononnya Datuk Seri Abdul Hadi mahukan Menteri Kabinet hanya diisi oleh orang-orang Melayu Islam, tanpa merujuk kepada kenyataan asal beliau, Lim Guan Eng terus menyelarnya dengan pelbagai istilah negatif.

Antara istilah yang Lim Guan Eng gunakan adalah menghasut (seditious), merbahaya (dangerous), perkauman (racist), ekstremis (extremist), tidak berperlembagaan (unconstitutional) dan hanya boleh dikaitkan dengan golongan Taliban (can be identified only with the Talibans).

Seperti dijelaskan oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasruddin Hassan, tiada di mana-mana di dalam tulisan Datuk Seri Abdul Hadi ini yang mahukan Menteri Kabinet hanya diisi oleh orang-orang Melayu Islam.

Melihat kepada kronologi isu politik di Malaysia mutakhir ini, intipati sebenar tulisan Datuk Seri Abdul Hadi ini, pada hemat saya, adalah menjurus kepada persoalan melantik ketua kerajaan (Perdana Menteri) yang, mengikut beliau, mestilah datang daripada penganut Islam.

Apa yang mahu ditunjukkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi adalah bahawa golongan Islam, tidak seperti golongan sekular di pelbagai tempat lain yang hanya melantik golongan mereka sebagai anggota kabinet, turut melantik golongan bukan Islam sebagai anggota kabinet.

Ini di antara lainnya terangkum di dalam ayat Datuk Seri Abdul Hadi ini: “Para ulama Fiqh Politik Islam, di antaranya Al-Mawardi, mengharuskan perlantikan bukan Islam dalam jawatan Wazir Al-Tanfiz (menteri atau ahli kabinet yang melaksanakan pengurusan)”.

Jika Lim Guan Eng menganggap perjuangan Islam PAS sebagai menghasut, merbahaya, perkauman dan ekstremis, maka perjuangan Malaysian Malaysia DAP sebenarnya adalah jauh lebih menghasut, lebih merbahaya, lebih ekstremis dan lebih tidak berperlembagaan.

Matlamat PAS, iaitu “memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah”, adalah selari dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

Matlamat Malaysian Malaysia DAP, untuk mensekularkan Malaysia dan untuk menghapuskan perbezaan antara "Bumiputera" dan "bukan Bumiputera", pula bukan sahaja menghasut malah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, khasnya Perkara 3 dan Perkara 153.

Begitu juga dengan matlamat DAP untuk “memulihkan pilihan raya tempatan”, yang masih menjadi agenda perjuangan DAP, walaupun Mahkamah Persekutuan telah memutuskan dengan jelas pada 14 Ogos 2014 bahawa ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Sukar dibayangkan nasib Malaysia jika DAP memerintah bila sekarang pun Lim Guan Eng sudah berani sifatkan tindakan menyebut apa yang ulama Fiqh Politik Islam seperti Al-Mawardi katakan sebagai menghasut, merbahaya, ekstremis dan tidak berperlembagaan.

*****
Rujukan:
Mengapa kalau Islam tidak boleh?
http://www.harakahdaily.net/index.php/kolumnis/presiden/4493-mengapa-kalau-islam-tidak-boleh

Kenyataan Lim Guan Eng
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1909303645766394&id=127235530639890
Read More

Dua Tahun Azmin Ali Sebagai MB Selangor, Negeri Mengalami Defisit

Dua Tahun Azmin Ali Sebagai MB Selangor,  Negeri Mengalami Defisit
Atas sebab-sebab yang tidak diketahui, perbelanjaan operasi negeri tiba-tiba melonjak 24% daripada RM2.13b kepada RM2.64b manakala hasil negeri jatuh sedikit.

Perbelanjaan Negeri Selangor meningkat 24% dalam satu tahun?

Dan mereka mahu menuduh Kerajaan Persekutuan membazir atau tidak tahu mengawal perbelanjaan?

Mungkin Azmin perlu meminta Khalid Ibrahim kembali untuk membantu beliau dalam hal kewangan.

Mengendalikan kewangan negeri adalah jauh lebih rumit, bukan macam makan ais krim.



Read More

Pemimpin DAP, PKR Enggan Ulas Tuduhan Mahathir Mengenai Kerugian BNM RM160 bilion

Pemimpin DAP, PKR Enggan Ulas Tuduhan Mahathir Mengenai  Kerugian BNM RM160 bilion

Kenapakah lah DAP dan PKR tidak mahu menyokong dakwaan Mahathit dan PRIBUMI yang menuduh Bank Negara Malaysia lesapkan RM160 bilion?

Ketua publisiti DAP Tony Pua, ketika dihubungi oleh The Star untuk memberi komen atas masalah itu, hanya menjawab "tidak" melalui WhatsApp.

Bantu Mahathir untuk memberi alasan mengenai skandal BNM RM31.5b pun tidak mahu. Apakah jenis 'pakatan' lah korang ni?

Amat memalukan bagi Mahathir dan mahacai PRIBUMI.

********
DAP, PKR leaders refuse to comment on Dr M's BNM RM160bil forex reserve 'losses' allegations
https://www.thestar.com.my/news/nation/2017/12/28/dap-pkr-leaders-refuse-to-comment-on-dr-ms-bnm-rm160bil-forex-reserve-losses-allegations/#yhXRDo0uDBp8ZEpL.01

Read More