WARGA ASING CABUL KANAK-KANAK 6 TAHUN DI MIRI


Memang tak sayang nyawa....bila seorang lelaki warga asing dengan berani mencabul seorang kanak-kanak perempuan di sebuah pasar raya di Miri semalam.Lelaki itu bukan saja telah menarik kanak-kanak itu ke kawasan yang kurang pelanggan yang menempatkan peralatan barangan dapur tapi turut juga menggosok kemaluannya di belakang kanak-kanak itu dan membuka zip seluar dan memasukkan tangannya kedalam seluar mangsa.

Orang awam yang melihat kejadian itu telah bertindak menghampiri suspek dan terus memukulnya sebelum di bawa ke pejabat pengawal keselamatan di pasaraya tersebut.

 Ketua Polis Daerah Miri ACP Khoo Leng Huat berkata, tangkapan ke atas suspek dibuat berikutan satu laporan polis dibuat bapa mangsa di Balai Polis Lutong.

Dalam aduannya, bapa mangsa, 42, juga seorang warganegara Indonesia mendakwa telah diberitahu seorang pekerja pasar raya terbabit ternampak seorang lelaki dipercayai warganegara Indonesia membawa anaknya (mangsa) ke tingkat atas di bahagian menempatkan peralatan dapur.
“Lelaki terbabit dilihat menggosok kemaluannya di belakang badan kanak-kanak perempuan itu sepanjang masa menuju ke kawasan kurang pelanggan.
“Suspek turut membuka zip seluar kanak-kanak itu dan memasukkan tangan ke dalam seluar dalam mangsa,” katanya.
“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas suspek juga mendapati dia tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan sah yang membenarkan dia masuk ke negeri ini,” katanya.

Sehubungan itu kata Khoo, suspek telah ditangkap mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabut dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) kerana masuk ke negeri ini secara haram.

Facebook Comment