[VIDEO] FGV BAYAR RM250JUTA DAN 15% DARI KEUNTUNGAN SETAHUN KEPADA FELDA


Kebanyakan orang termasuk Rafizi, - yang mengatakan Felda tidak akan mempunyai wang untuk penanaman semula - tidak tahu bahawa terdapat satu perjanjian pajakan tanah (Land Lease Agreement- LLA) 99 tahun, dimana FGV melalui FELDA mendapatkan keenaran pajakan tanah peneroka Felda bermula dari 2012 apabila FGV disenaraikan.

Dibawah LLA, bayaran kira-kira RM250 juta setahun perlu dibayar kepada Felda, dimana FGV kena membayar pada setiap suku tahun.

Di samping itu, FGV dikehendaki membayar 15% perkongsian keuntungan daripada keuntungan ladang kepada Felda.

Ini bermakna sama ada FGV membuat keuntungan atau kerugian KESELURUHAN, FELDA akan dibayar wang yang banyak setiap tahun - sekurang-kurangnya RM250 juta setahun ditambah 15% daripada keuntungan operasi.

LLA tersebut adalah aturan luar biasa yang menghukum FGV apabila harga minyak sawit naik atau pengeluaran meningkat kerana FGV terpaksa untuk meningkatkan liabiliti LLA ini apabila ini berlaku - mengurangkan pendapatan FGV.

FGV menjadi satu-satunya perniagaan di Malaysia yang dihukum apabila harga jualan produk mereka meningkat atau apabila pengeluaran mereka meningkat.


Yang pasti, FGV telah beroperasi secara menguntungkan setiap suku tahun. Hanya selepas mengambil kira LLA ini dan lain-lain 'one-off write', FGV mengalami kerugian pada sesetengah suku tahun.

Liabiliti LLA adalah caj perakaunan yang bergerak ke atas dan ke bawah dan boleh menjejaskan keputusan kewangan FGV.

Sebagai contoh, dalam keputusan Q4 2014 FGV, ", tanpa kesan LLA, keuntungan perladangan FGV akan meningkat dua kali ganda bagi suku ketiga,"
http://www.thestar.com.my/business/business-news/2014/11/28/fgv-hit-by-land-lease-plantation-profits-may-be-pulled-down-by-lla-in-the-coming-quarters/



Ini memberikan gambaran yang tidak adil dan mengelirukan keputusan tahunan FGV - maka FGV mahu struktur semula dan merundingkan semula LLA ini:
http://www.thestar.com.my/business/business-news/2016/07/30/fgv-felda-still-working-on-restructuring-land-lease-deal/

Video mngenai LLA.
https://www.youtube.com/watch?v=sZmo4KCVJfY



Author:

Facebook Comment