REMAJA HILANG DITEMUI LEMAS DI LIMBANG



Remaja yang hilang selepas mandi di Sungai Lubai, dekat Rumah Apeng Batu Riau, di Limbang, Rabu lalu, ditemui lemas pada jam 6.40 pagi tadi.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Zon 7 Sarawak, Azman Ibrahim, berkata mangsa, Alexander Albertini Daud,16, ditemui terapung di lokasi kira-kira satu kilometer dari kawasan mangsa dipercayai hilang.

“Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) memulakan operasi jam 6 pagi tadi dan mayat mangsa berjaya ditemui jam 6:40 pagi.

“Seramai 10 anggota bomba termasuk tiga anggota bomba sukarela dan penduduk kampung menyertai operasi berkenaan,” katanya.

Rabu lalu, keseronokan sembilan remaja mandi di sungai berkenaan berakhir tragedi selepas seorang daripada mereka hilang dibawa arus deras sungai.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa dipercayai tidak sedarkan diri selepas dihempap seorang rakannya yang terjun dari atas jambatan.


Author:

Facebook Comment