PAKATAN SULIT MAHATHIR, KIT SIANG

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim hari ini mendedahkan wujud pakatan sulit antara Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang yang dipersetujui dalam perjanjian rahsia dimeterai 3 Disember lalu.
Tunku Abdul Aziz mendakwa perjanjian itu menetapkan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Mukhriz Mahathir dan Kit Siang masing-masing diangkat sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri jika pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Beliau berkata, tindakan Kit Siang yang juga Penasihat DAP menamakan Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin masing-masing sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sementara hanyalah satu cubaan 'political red herring' (politik mengalih tumpuan).
Ini kerana, katanya, Kit Siang percaya pengundi Melayu tidak akan mengundi pakatan pembangkang jika mengetahui pemimpin itu berhasrat menduduki jawatan Timbalan Perdana Menteri.
"Sebagai orang yang pernah berada dalam barisan kepemimpinan DAP sebelum ini, saya tahu mengenai perkara ini dan tahu perancangan Kit Siang sebenarnya.
"Saya mengetahui pakatan sulit antara Mahathir dan Kit Siang ini daripada sumber boleh dipercayai dan saya jangka kedua-dua pemimpin itu tidak akan mengaku bertanggungjawab dalam perkara ini," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Tunku Abdul Aziz yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), berkata beliau yakin pakatan sulit ini tidak disedari pemimpin pembangkang yang lain termasuk Wan Azizah, Muhyiddin dan pimpinan Parti Amanah Negara.
Katanya, beliau yakin pendedahan ini akan mewujudkan pergolakan dalam kalangan pimpinan pakatan pembangkang kerana mustahil perancangan itu dapat diterima secara konsensus dalam kalangan mereka.
20161221-mahathir-krisis-keyakinan-melayu

Author:

Facebook Comment