ENAM RUMAH MUSNAH DALAM KEBAKARAN DI KAMPUNG MASJID, BINTULU

BINTULU: Enam rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Masjid, Jalan Abang Galau, di sini, hari ini.

Semua rumah berkenaan musnah sepenuhnya dalam kejadian kira-kira 10 pagi.

Bagaimanapun, semua penghuninya dilaporkan selamat.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, berkata bomba menerima panggilan kecemasan, pada 10.08 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota bomba dari Bomba dan Penyelamat Bintulu dikerahkan ke lokasi dan kebakaran dapat dikawal pada 10.50 pagi.

"Pihak bomba masih sedang melakukan usaha pemadaman dan jumlah mangsa yang terlibat masih belum diperolehi," katanya.



Author:

Facebook Comment