DERA BAYI, PENGASUH DITANGKAP

Pengasuh kepada bayi lelaki berusia lima bulan
telah ditahan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Padawan kira-kira 1.45 pagi tadi selepas kanak-kanak itu koma dipercayai didera.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Aidil Bolhassan berkata, tangkapan tersebut diketuai  Inspektor Mohamad Rafi telah menangkap wanita tersebut berusia 57 tahun di sebuah rumah di Matang Jaya Fasa II.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

"Pemeriksaan awal dijalankan pihak hospital semalam mendapati mangsa mengalami kecederaan otak, dalam daging otak dan pendarahan dalam mata," katanya.

Semalam, ibu bapa bayi itu telah membawa anak mereka ke hospital selepas dimaklumkan tidak sedarkan diri kira-kira pukul 11 pagi.

Bayi itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Kanak-kanak Hospital Umum Sarawak (HUS) yang dilaporkan masih koma dan dalam keadaan tidak stabil.


Facebook Comment