‘DATUK’ DITEMBAK PENGAWAL PERIBADI SENDIRI - Randau Sarawak

Breaking

Friday, December 2, 2016

‘DATUK’ DITEMBAK PENGAWAL PERIBADI SENDIRI

GEORGE TOWN: Suspek yang melepaskan tembakan dan membunuh seorang Datuk serta dua yang lain di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu telah ditangkap.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, penembak tersebut merupakan pengawal peribadi kepada Datuk yang ditembak dan turut berada bersama di dalam kereta mangsa.

"Seorang lagi penumpang di dalam kereta itu cuba melarikan diri, namun suspek terus melepaskan tembakan ke arahnya," katanya pada sidang media Khamis malam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan individu yang bergelar Datuk itu di ialah Ong Teik Kwong, 32.

Polis masih menyiasat punca kejadian berlaku.

Seramai empat orang turut tercedera dalam kejadian itu.

No comments:

Post a Comment