JUMPA PISTOL DAN 50 PELURU DI MIRI

MIRI: Sepucuk pistol jenis Smith & Wesson bersama 50 peluru ditemui ditinggalkan di dalam beg plastik di tebing Sungai Lutong, di sini, pagi tadi.

Pistol berkenaan ditemui pada 9.50 pagi oleh seorang pesara polis lelaki berusia 64 tahun ketika memancing di kawasan sungai itu.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Khoo Leng Huat berkata, lelaki terbabit kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Lutong dan menyerahkan pistol berkenaan.

Menurutnya, setakat ini polis masih sedang melakukan siasatan berhubung penemuan pistol itu.

"Setakat ini, belum dapat dipastikan pemilik pistol berkenaan dan kenapa ia ditinggalkan," katanya.


Facebook Comment