DIJEL 13 TAHUN ROGOL KANAK-KANAK 12 TAHUN

DARO: Perbuatan terkutuk seorang lelaki warga emas yang bertindak merogol seorang kanak-kanak perempuan bawah umur pada tahun lalu terbalas apabila dia menerima hukuman penjara 13 tahun oleh Mahkamah Sesyen Sarikei, di sini semalam. Warga emas berasal dari Kuala Matu yang bekerja sebagai nelayan itu menerima hukuman tersebut bermula semalam elepas mengaku bersalah di hadapan Hakim Maris Agan.

Ketua Polis Daerah Matu Daro, DSP Wagner Lisa Libut ketika mengesahkan perkara tersebut berkata, mengikut pertuduhan pertama, lelaki bernafsu buas itu didakwa merogol mangsa ketika berusia 12 tahun di bawah pokok mempelam sekitar jam 3 petang selepas seminggu Hari Raya Aidilfitri tahun lalu di kebun miliknya.

Katanya, tertuduh telah mengajak mangsa ke kebun untuk memetik buah-buahan sebelum merogolnya.

Pada hari kejadian tertuduh telah mengajak mangsa ke kebunnya untuk memetik buah mempelam dan meminta kebenaran daripada keluarga mangsa. Sampai di kebun mereka berdua telah memetik buah mempelam dan berehat sebelum lelaki berkenaan mengajak mangsa melakukan hubungan seks, namun mangsa telah menolak pelawannya dan bertindak menggugut mangsa meninggalkannya seorang diri di kebun.

Kemudian lelaki terbabit terus menolak dan merogol mangsa serta menyerah duit RM10 serta mengugut mangsa agar tidak memberitahu keluarganya selepas kejadian tersebut.

hubungan lelaki berkenaan dengan keluarga mangsa adalah rapat. Menurut beliau, bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa merogol mangsa di tempat sama di bawah pokok rambutan ketika itu.

Tidak cukup dengan itu, mangsa terus mengajak mangsa setiap dua minggu ke kebunnya untuk melepaskan nafsunya dan menyerahkan duit RM10 bagi menutup mulut kanak-kanak terbabit sehingga hujung November tahu lalu.

Sehingga awal tahun 2016 remaja tersebut yang kini berusia 13 telah melanjutkan pelajaran di sebuah sekolah agama di sini dan tinggal di asrama.

Semasa mangsa balik dari cuti sekolah, ibu mangsa telah melihat muka anaknya kelihatan pucat serta mengandung. Ibu dan keluarga mangsa terus memaksa remaja tersebut untuk menceritakan apa yang berlaku sehingga menyebabkannya mengandung.

Pada malam tersebut juga remaja terbabit terus dibawa ke Hospital Daro oleh keluarganya untuk membuat pemeriksaan dan hasil pemeriksaan doktor, mangsa di dapati mengandung.

Keluarga mangsa turut membuat laporan polis di IPD Daro dan beberapa anggota polis bahagian siasatan jenayah IPD Daro diketuai Sarjan Chee berjaya menangkap warga emas tersebut di kawasan perumahan di Kuala Matu dan ditahan reman selama seminggu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut sehingga mengakibatkan kanak-kanak malang terbabit melahirkan bayi lelaki pada Jun tahun ini seberat 3.11 kilogram.

Hasil keputusan DNA darah bayi tersebut adalah 99.9999 anak warga emas tersebut.

Terdahulu, tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (D) Kanun Keseksaan kerana merogol gadis bawah umur yang memperuntukkan hukuman penjara 13 tahun. Kes tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, DPP Mohd. Shazmeer Zamhari manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Facebook Comment