DATUK DIDAKWA ROGOL CUCU


SIBU: Seorang lelaki ditahan polis kerana didakwa merogol cucunya baru-baru ini. Lelaki berusia 56 tahun itu ditahan oleh polis di rumahnya di Jalan Lanang, petang Ahad lalu. Ibu bapa mangsa membawanya ke balai polis untuk membuat laporan selepas mangsa menceritakan perbuatan terkutuk datuknya itu kepada mereka.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Saiful Bahri mengesahkan kejadian itu dan berkata, suspek kini ditahan reman selama empat hari untuk membantu siasatan. Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang warga emas hilang rantai emas bernilai RM7000 selepas menjadi mangsa ragut, pagi Ahad lalu.

Menurut mangsa yang berumur lingkungan 70 tahun dari Jalan Hua Ping, kejadian itu berlaku di hadapan rumahnya pada pukul 9 pagi selepas dia pulang dari pasar, apabila seorang lelaki meragut rantai emasnya dari belakang sebelum melarikan diri dengan rakannya menggunakan motosikal. Katanya, dia tidak melihat nombor plat motosikal kerana kejadian ragut tersebut berlaku dengan pantas.

Facebook Comment