AIR PASANG BESAR DI PETRA JAYA TERKAWAL


KUCHING: Beberapa kawasan di Petra Jaya, Samariang dinaiki air sejak petang tadi ekoran fenomena air pasang besar, namun masih dalam keadaan terkawal.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, keadaan itu bagaimanapun tidak menyebabkan penduduk dipindahkan ke kawasan yang lebih tinggi.

Menurutnya, air mula naik di kawasan rendah sejak jam enam petang tadi ekoran hujan lebat yang menyebabkan air sungai melimpah.

Katanya, setakat ini bomba masih dalam keadaan berjaga-jaga dan aset seperti bot sudah sedia untuk digerakkan sekiranya paras air meningkat.

"Penduduk dinasihatkan untuk tidak cemas dan sentiasa peka dengan paras air di kawasan rumah masing-masing," katanya.

Facebook Comment