Jealousy believed to be motive behind woman’s murder

Jealousy believed to be motive behind woman’s murder

Police believe jealousy was behind the murder of a 32-year-old woman in her rented room at Parkcity Commercial Square.
Following a distress call from a member of the public around 7.30am on Monday, Nora Jelinang’s bruised body was found clad only in underwear.
A police source revealed there were no wounds on her body and no traces of blood were found on the floor or walls.
The body was later taken to the Bintulu Hospital mortuary for a post-mortem.
Tenants of nearby rooms told police they heard the victim arguing with a man on Sunday between 6.30pm and 8.30pm.
This led police to arrest a 31-year-old man at the compound of the Bintulu Police One Stop Centre around 9.14am to assist with the investigation.
Police also seized three mobile phones, keys and a screwdriver from him.
During interrogation, the suspect confessed to beating and kicking Nora on Sunday around 6.30pm and leaving her at 10.20pm.
The suspect is a relative of the victim and had known her since childhood.
He is married with a child while the victim, a widow also had one child.
The case is being investigated under Section 302 of the Penal Code for murder.
Read More

Pesawat bawa pasukan bola sepak Brazil terhempas

Pesawat bawa pasukan bola sepak Brazil terhempas

Sebuah pesawat yang membawa sembilan kakitangan dan 72 penumpang termasuk pasukan bola sepak Brazil, Chapecoense dilaporkan terhempas,

Menurut laporan CNN, pesawat yang dalam perjalanan ke Colombia berkenaan menghantar isyarat kecemasan ketika berada di antara La Ceja dan La Union.

Pesawat tersebut dipercayai terhempas beberapa minit sebelum 12 tengah malam waktu tempatan.
Ketika ini, angka korban tidak dapat dipastikan dan 'mereka yang cedera' sedang dipindahkan.

Sementara itu, Angkatan Udara Colombia terpaksa membatalkan misi menuju ke lokasi pesawat terhempas kerana cuaca buruk.

Lokasi pesawat terhempas hanya boleh dilawati menggunakan jalan darat ketika ini.
Read More

MAYAT WANITA HANYA BERSELUAR DALAM DAN COLI DI TEMUI DI PARKCITY BINTULU

MAYAT WANITA HANYA BERSELUAR DALAM DAN COLI DI TEMUI DI PARKCITY BINTULU

Mayat seorang wanita yang hanya memakai coli dan seluar dalam ditemui di dalam bilik sewanya di Parkcity, Bintulu lebih kurang jam 7 pagi tadi. 

Difahamkan, rakan mangsa yang tiba ke bilik berkenaan menemui mangsa terbaring di lantai sebelum menghubungi pihak polis. 

Susulan itu, polis telah menahan teman lelaki mangsa yang berusia 31 tahun untuk membantu siasatan.
Read More

JANGAN JADI ZOMBIE KEPADA SERANGAN BERITA PALSU (FAKE NEWS) RBA DAN PAKATUN MENJELANG PRU14 TELAH BERMULA

JANGAN JADI ZOMBIE KEPADA SERANGAN BERITA PALSU (FAKE NEWS) RBA DAN PAKATUN MENJELANG PRU14 TELAH BERMULA


DAP telah pun memberi amaran.

Bersiap sedia lah.

Seperti dijangka RBA dan PakaTun akan melakukan propaganda dengan menyebarkan propaganda palsu dan pembohongan menjelang pilihanraya umum akan datang.

Satu contoh adalah semasa PRU-13 pada tahun 2013 apabila ramai rakyat Malaysia benar-benar yakin dengan propaganda palsu 40,000 pengundi hantu warga Bangladesh dan 'Blackout'.

Akhirnya dibuktikan tidak benar oleh BERSIH dan DAP sendiri sebulan kemudian selepas perhimpunan Blackout505 yang hambar, dan mengeluarkan laporan bahawa tidak ada perkara tersebut berlaku dan tidak ada bukti.

Walaupun begitu, ramai rakyat Malaysia masih percaya propaganda ini tetapi tidak boleh menjawab mengapa pembangkang tidak berjaya untuk menangkap walau seorang pun pengundi hantu Bangladesh daripada 40,000 itu dan tidak dapat menjawab apabila tanya di mana lokasi blackout yang sebenar berlaku.

Mereka menuduh bekas MB Selangor Khalid Ibrahim adalah yang paling korup dan dengan itu ditukat - akhirnya  Pakatan kalah kes fitnah dan membuat permohonan maaf tanpa syarat dan menarik balik semua tuduhan kepada Khalid.

Apa jadi dengan kisah GST akan dinaikkan sehingga 10% jika BN menang pilihan raya Sarawak?

Dan GST yang akan dinaikkan kepada 8% jika BN menang Pilihanraya Kecil Sungaj Besar dan Kuala Kangsar?

Macamana dengan kisah "Malaysia akan bankrap" disebarkan oleh DAP sejak 1960-an, 1970-an, 1980-an, 1990-an, 2000-an, 2010-an tetapi pengasas DAP menjual syarikatnya kepada Felda untuk RM1.2 bilion pada tahun 2013 dan Setiausaha Agong DAP duduk di dalam Mercedes S-Class setiap hari dan tinggal di banglo berjuta ringgit ?

Apa kisah rumah besar White House Ipoh milik Pengerusi DAP negeri Perak?

Seolah-olah hanya Malaysia yang muflis manakala pemimpin DAP semua menjadi semakin kaya. Kenapa?

Hari-hari ada saja berita palsu kenaikan pelbagai barang dan perkhidmatan

---
Read More

NAJIB KESAL USAHA BAWA PELABUR MASUK DIANGGAP GADAI NEGARA

NAJIB KESAL USAHA BAWA PELABUR MASUK DIANGGAP GADAI NEGARA

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kesal dengan tindakan segelintir pihak yang sering kali mencari pelbagai alasan untuk mengecam beliau termasuk usahanya mencari pelaburan asing.

Najib, yang juga Presiden UMNO berkata, usaha beliau untuk meningkatkan ekonomi negara dengan membawa pelabur asing ke Malaysia turut dikecam dan dilabel sebagai cuba menggadai negara.

"Kalau kita tak bawa masuk pelaburan dia kata kita gagal, tapi kalau kita bawa masuk pelaburan dia kata kita menggadaikan negara. Ini mainan politik.

"Bila masa bawa masuk pelaburan jadi soal kedaulatan? Selama ini tak timbul apa? Apa beza pelaburan dari Jepun, Amerika Syarikat, Eropah dan dari China?" katanya pada program Soal Jawab Khas sempena Perhimpunan Agung UMNO 2016.

Rancangan yang bersiaran selama sejam itu diperantarakan oleh Hamdan Ahmir dan disertai Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkefli Hamzah dan pengacara RTM, Sayed Munawar Sayed Mohd. Mustar.

Najib yang juga Menteri Kewangan turut memberi jaminan pelaburan asing di negara ini adalah mengikut kandungan tempatan seperti ditetapkan dasar kerajaan.

"Janganlah termakan dengan dakyah seperti itu (menuduh pelaburan asing sebagai menggadai negara) sebab dakyah tersebut tak masuk dalam aliran pemikiran yang rasional," katanya.

Ditanya mengenai Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) yang dikritik sebagai mahal, Najib menafikannya dan menyifatkan projek bernilai RM55 bilion itu unik daripada segi topografi atau muka bumi.

Menurut Najib, kerajaan akan membuat penanda aras dan penilaian berdasarkan projek di tempat lain serta penilaian pengurusan agar ECRL itu mempunyai nilai untuk wang.

Katanya, pakej projek yang menarik termasuk pembiayaan Exim Bank of China dengan terma yang menarik menjadikan ECRL projek yang mampu merangsang ekonomi negeri-negeri pantai timur sehingga 1.5 peratus.

Najib berkata, pelaksanaan ECRL itu juga dapat mengurangkan jurang pembangunan antara kawasan pantai barat dan pantai timur.

Pembinaan ECRL sepanjang 600 kilometer diumumkan Najib sewaktu membentangkan Bajet 2017 bulan lalu, dan akan menghubungkan Kuala Lumpur dan Lembah Klang dengan Kuantan, Pahang sehingga ke Terengganu serta Tumpat di Kelantan.

---------
ECRL rapat jurang ekonomi - Najib

Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) yang akan dimulakan tahun depan, berupaya merapatkan jurang ekonomi antara negeri di Pantai Barat dan Pantai Timur negara, kata Datuk Seri Najib Razak. 

Perdana Menteri berkata, dengan unjuran pertambahan pertumbuhan sehingga 1.5 peratus, kegiatan ekonomi di Pahang, Terengganu dan Kelantan mampu dirangsang terutama selepas mempunyai hubungan terus dengan Pelabuhan Klang. 

Beliau turut menafikan projek bernilai lebih RM50 bilion itu terlalu mahal seperti didakwa sesetengah pihak kerana pelbagai faktor sudah diambil kira terutama dari segi topografi, selain pembinaan terowong di kawasan berbukit dan pembinaan di kawasan berpaya. 

"Bagaimanapun, sebagai kerajaan, kita akan buat penanda aras dan penilaian berdasarkan projek di tempat lain. 

"Kita juga akan buat pengurusan nilai dan memastikan harga projek ini boleh kita pertahankan dan mendapat nilai kepada wang. 

"Kita perlukan sambungan ini (antara Pantai Barat dan Timur) kerana kalau tidak, jurang akan berlaku. 

Jadi, kita perlu mengimbanginya dan ini salah satu projek besar yang boleh merapatkan jurang itu," katanya dalam wawancara khas bersama media di Seri Perdana, hari ini. 

ECRL membabitkan laluan kereta api sepanjang 688 kilometer dari Pelabuhan Klang, Selangor ke Tumpat, Kelantan. 

Ia berupaya mengurangkan kos perjalanan dan pengangkutan kargo ke Pantai Timur yang dianggar mempunyai 4.43 juta penduduk.
Read More

HUBUNGAN TEGANG UMNO DAN PAS SEMAKIN KENDUR - NAJIB

HUBUNGAN TEGANG UMNO DAN PAS SEMAKIN KENDUR - NAJIB

Hubungan tegang antara UMNO dan Pas yang berlaku suatu ketika dahulu, kini semakin kendur termasuk di peringkat akar umbi, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, ini berikutan Pas pada masa ini lebih terbuka dan komited bekerjasama dalam memperjuangkan perkara khususnya yang melibatkan kepentingan ummah di negara ini.

"Begitu juga UMNO, UMNO pun bersikap sedemikian dalam banyak hal bila melibatkan soal ummah, soal masa depan negara.

"Ada bab-bab di mana kita memang mempunyai pendapat yang sama tetapi kita belumlah macam tahun 1974 dalam bentuk satu kerajaan campuran dan sebagainya," katanya sewaktu Program Soal Jawab Khas bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2016, di sini, malam tadi.

Najib menegaskan, UMNO dan Pas berjuang menerusi wadah parti masing-masing.

"Kita bergerak dalam kumpulan, kelompok masing-masing, dalam parti masing-masing. Ada masa kita berbeza pendapat, ada masa kita tak sama pendirian tetapi ada kala juga kita boleh mempunyai pendirian yang sama," kata Perdana Menteri.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini menegaskan, parti itu mempunyai hak untuk menjalin kerjasama dengan sesiapa sahaja atau mana-mana parti politik termasuk UMNO.

Abdul Hadi berkata, kerjasama dengan UMNO adalah lebih tertumpu kepada soal untuk menegakkan syiar Islam demi kepentingan umat Islam di negara ini dan jalinan itu bukan atas kepentingan politik.
Read More

MAHATHIR PEMIMPIN ‘SUPER EGO’ – NAJIB

MAHATHIR PEMIMPIN ‘SUPER EGO’ – NAJIB

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Mahathir Mohamad sebagai seorang pemimpin yang mempunyai 'super ego' yang besar.

"Kalau dia bertarung dia mesti nak menang, cuba nak menang. Sekarang dia tak berjaya dia akan lebih agresif dengan kata-kata dan sebagainya," katanya pada program Soal Jawab Khas sempena Perhimpunan Agung Umno 2016.

Rancangan yang disiarkan kira-kira sejam itu diperantarakan oleh Hamdan Ahmir dan disertai Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkefli Hamzah dan pengacara RTM, Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar.

Najib yang juga Presiden Umno berkata, usaha Mahathir menjatuhkan beliau menerusi Deklarasi Mahathir juga tidak berhasil kerana ia tidak sah di sisi undang-undang dan Perlembagaan sehingga ditolak oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja, bulan lalu.

Sehubungan itu, Najib berkata, Mahathir tidak mempunyai pilihan selain daripada menyerangnya kerana beranggapan untuk menumbangkan Umno, presiden parti perlu ditumbangkan terlebih dahulu.

Waktu Mahathir jadi Presiden Umno, orang yang sama duduk keliling dia pada Isnin mengata dia lagi teruk sebenarnya. Kalau kita tengok balik 'tape-tape', video lama mereka mengutuk Mahathir lagi dahsyat.

"Ini proses politik, mainan politik. Jadi sekarang ini dia tak berjaya dia akan jadi lebih agresif lagilah dengan kata-kata dan sebagainya," kata Najib.

Ketika diminta berkongsi rahsianya menghadapi pelbagai kecaman dengan tenang, Najib berkata :"Saya dah faham dengan pemimpin seperti Mahathir, kaedah dan mesej (yang beliau gunakan)".

Selain itu, Najib berkata, sokongan padu daripada anggota parti selain Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) juga merupakan antara faktor beliau terus bertahan.

"Saya lihat parti PAS pun tak bersama dengan dia. Dalam pembentangan Bajet 2017, PAS tidak menyokong pembangkang (Pakatan Harapan) menolak bajet," katanya.

Read More

DAKWAAN MALAYSIA BANKRAP SEKADAR SERANGAN POLITIK - NAJIB

DAKWAAN MALAYSIA BANKRAP SEKADAR SERANGAN POLITIK - NAJIB

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan dakwaan kononnya Malaysia akan bankrap dan sebuah kerajaan yang gagal hanyalah sebagai serangan politik kerana ia tidak disokong fakta dan kenyataan yang sahih. 

Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membidas tanggapan sedemikian berkata, dakwaan oleh sekumpulan kecil itu dilihat lebih bermotifkan politik.

Katanya, rakyat perlu lebih bijak menilai dengan menganalisis fakta dan kenyataan yang datangnya dari pihak yang tidak berkepentingan seperti agensi penarafan, Bank Dunia dan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF).

"Inilah yang perlu kita jelaskan kepada rakyat bahawa mereka tidak boleh percaya apa yang tidak disokong dengan kenyataan dan fakta...kenyataan dan fakta ini mestilah datang daripada pihak yang tiada kepentingan.

"Ulasan mereka (pihak yang tiada kepentingan), analisis mereka itu adalah sebenarnya lebih tepat daripada apa sahaja yang didakwa oleh mana-mana pihak yang bermotifkan politik," katanya pada program Soal Jawab Khas bersempena Perhimpunan Agung Umno 2016 di sini, Isnin. 

Najib yang baru-baru ini pulang daripada menghadiri persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) menyatakan beliau ada bertemu dengan wakil agensi penarafan seperti Moody's dan juga Pengarah Urusan IMF Christine Lagarde ketika di Lima, Peru.

"Kalaulah kita menjurus kepada ekonomi yang akan bankrap, sudah tentu badan penarafan seperti Moody's, wakilnya di situ akan beritahu mereka melihat keadaan ini memang akan membawa kepada kemudaratan kalau kita tidak melakukan sesuatu.  

"Lagarde (juga) tidak membayangkan bahawa kita dalam keadaan krisis," kata beliau. 

Pada sesi dialog tidak rasmi pemimpin APEC bersama Lagarde di Peru minggu lepas, IMF menyokong langkah yang diambil ke atas mata wang Malaysia, selain menyatakan pergerakan nilai ringgit adalah di luar kawalan.

Lagarde menyokong apa yang Malaysia lakukan iaitu pengapungan mata wang sebagai barisan pertahanan terbaik disebabkan apa yang berlaku pada ringgit adalah di luar kawalan.

Najib turut berkongsi perbualannya dengan bakal Presiden Amerika Syarikat Donald J. Trump pada Ahad (27 November) yang menyifatkan Malaysia mempunyai ekonomi yang baik berikutan perkembangan ekonomi negara yang berkembang 4.3 peratus pada suku ketiga tahun ini. 

Ketika ditanya sama ada prestasi ekonomi tidak menentu tahun depan dan selanjutnya akan meninggalkan kesan mendalam kepada rakyat dan mempengaruhi sentimen politik rakyat, Najib berkata apa yang berlaku pada ekonomi global adalah di luar kawalan. 

Sebaliknya, beliau berkata kerajaan telah melakukan apa yang terbaik untuk rakyat bagi mengurangkan kesan ketidaktentuan ekonomi global selama ini.

"Saya percaya rakyat akan faham bahawa hari ini apa yang kita lakukan adalah yang terbaik untuk rakyat dan kita merupakan pihak yang boleh memenuhi harapan rakyat berbanding dengan alternatif yang ada," kata Perdana Menteri.

Atas dasar itu, beliau berkata Barisan Nasional pernah memenangi pilihan raya pada zaman kemelesetan ekonomi serta menang besar pada Pilihan Raya Negeri Sarawak pada Mei lepas walaupun sesetengah pihak meramal akan kalah berikutan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). 

Selain itu, BN juga menang besar pada pilihan raya kecil Parlimen Sungai Besar di Selangor dan Kuala Kangsar di Perak, katanya.

Najib dalam pada itu berkata subsidi kerajaan juga dikekalkan antaranya untuk kesihatan dan pendidikan bagi menangani kos sara hidup rakyat.

Read More

"PERBEZAAN ANTARA MAHATHIR DAN SAYA..."

"PERBEZAAN ANTARA MAHATHIR DAN SAYA..."

EKSKLUSIF

Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, perbezaan di antaranya dengan Tun Dr Mahathir Mohamad ialah beliau mempunyai hubungan secara langsung dengan kepimpinan Umno bahagian.

"Itulah yang membezakan saya dengan Tun Dr Mahathir," katanya sambil menambah, "Dr Mahathir bergerak secara basisnya menerusi menteri-menteri besar dan ketua menteri yang merupakan ketua-ketua badan perhubungan Umno negeri yang kemudiannya mempunyai pengaruh ke atas ketua-ketua bahagian."

"Sebaik sahaja seorang menteri besar itu tidak lagi berkuasa, beliau (Dr Mahathir) tidak mempunyai hubungan dengan ketua-ketua bahagian ini lagi malah beliau tidak mengenali sebahagian besar daripada kepimpinan bahagian. Anda akan terkejut jika saya katanya nama-nama ketua bahagian pun beliau tidak tahu..," kata Najib dalam temuramah khas dengan Kumpulan Media Star di Seri Perdana, pada Sabtu.

Najib menjelaskan demikian ketika ditanya, bagaimanakah beliau berhadapan dengan cabaran dan tekanan serta kritikan demi kritikan terutamanya daripada pemimpin veteran seperti Dr Mahathir sejak setahun yang lalu.

Menurut Najib, berbeza dengan Dr Mahathir, beliau adalah sebahagian daripada mereka (kepimpinan Umno di peringkat bahagian).

"Saya membesar di dalam politik bersama-sama mereka sejak 40 tahun yang lalu. Saya adalah sebahagian daripada mereka dan mereka melihat saya bukan sahaja sebagai ketua tetapi sebagai sahabat dalam politik. Misalnya esok (Ahad) saya akan bertemu 300 hingga 400 pemimpin dari peringkat bahagian. Sesetengahnya adalah ketua bahagian dan ada juga yang terdiri daripada timbalan ketua bahagian".

Menurut Najib lagi, beliau tidak bergantung semata-mata kepada menteri besar dan ketua menteri tetapi hakikatnya beliau mempunyai hubungan secara langsung dengan kepimpinan bahagian.

"Saya menyertai politik pada usia 23 tahun. Jadi sudah lebih 40 tahun saya berkecimpung dalam politik dan ini memberi banyak kelebihan kerana saya bergaul dengan lebih daripada dua generasi kepimpinan parti," ujarnya.

Bagi Najib, inilah sebab mengapa Dr Mahathir gagal untuk menjatuhkannya sebagai perdana menteri dan presiden Umno - sebahagian daripada sebabnya adalah kerana faktor tersebut.

Tegas Najib lagi, Dr Mahathir juga memerintah dengan "fear factor".

"Beliau perintah dengan menerapkan faktor ketakutan. Sebaik sahaja tidak lagi menjadi presiden parti dan faktor takut kepadanya itu tidak ada lagi, dan keupayaan untuk mengawal kepimpinan parti juga sudah tiada, beliau tidak dapat menentukan perkara-perkara penting dalam parti.

"Ya terdapat rasa hormat tetapi bukan rasa takut," jelas perdana menteri.

 Menurut Najib ketika beliau bertemu dengan Lee Kuan Yew pada 2009, bekas perdana menteri Singapura itu menyamakan Dr Mahathir sebagai seorang peninju heavyweight yang akan terus dan terus menumbuk lawannya sehingga lembik.
 

"Beliau (Dr Mahathir) obses dalam melakukan sesuatu mengikut caranya. Saya sudah menjangkakan yang beliau akan menyerang saya tapi apa yang saya tidak jangkakan ialah kekikiran reaksinya ke atas saya.

"Saya andaikan bahawa itu adalah sebahagian daripada sikap sebenar beliau. Melainkan beliau memiliki kekuasaan sepenuhnya, kita boleh jangkakan yang beliau tidak akan berhenti menyerang.

"Dan analisis Lee Kuan Yew terhadapnya adalah yang paling tepat," kata Najib lagi.

Menurut Najib, itu adalah merupakan contoh terbaik politik Machiavellian.

Kemuncak kepada hipokrasi ini dapat dilihat apabila Dr Mahathir berkongsi pentas dengan Lim Kit Siang dan berjabat tangan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, jelas Najib.

Read More

PEMIMPIN DAP SARAWAK DIPANGGIL POLIS, MUNGKIN DIDAKWA MENGHASUT

PEMIMPIN DAP SARAWAK DIPANGGIL POLIS, MUNGKIN DIDAKWA MENGHASUT

KUCHING: Tujuh pemimpin DAP, termasuk 3 wakil rakyat dipanggil untuk dirakamkan kenyataan mereka mengenai bantahan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada pagi Rabu.

Pada hari itu, kira-kira 30 orang berkumpul di luar bangunan DUN Sarawak bagi membantah penggantungan pemimpin DAP negeri Chong Chieng Jen daripada persidangan dan menuntut lebih ketelusan dalam melaporkan aspek kewangan kerajaan negeri.

Tiga wakil rakyat yang diambil keterangan mereka hari ini ialah Adun Pending Violet Yong, Dr Ting Tiong Choon (Pujut) dan David Wong Kee Woan (Pelawan).

Yong mengesahkan keterangan mereka diambil oleh pihak polis petang tadi di Simpang Tiga One Stop Centre.

Turut dirakam kenyataan adalah Mordi Bimol di Balai Polis Gita. Mordi adalah bekas calon DAP bagi kerusi Tasik Biru pada pilihan raya negeri tahun ini dan kerusi Parlimen Mas Gading pada 2013.

Pada petang Rabu lepas, ahli DAP Bong Kuet Vui, Dr Kelvin Yii dan Abdul Aziz Isa dipanggil bagi merakamkan kenyataan mereka

Bong adalah pembantu peribadi Adun Padungan Wong King Wei, manakala Yii dan Aziz berkhidmat sebagai pembantu khas kepada pemimpin DAP Sarawak Chong Chieng Jen.

Aziz adalah bekas calon bagi kerusi DUN Batu Kitang.

Polis berkata pemimpin boleh disiasat kerana melanggar Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012 dan Akta Hasutan. Hukuman kerana melanggar PAA 2012 adalah maksimum denda RM10,000 manakala kes hasutan umum membawa hukuman maksimum 7 tahun.

Hukuman penjara setahun atau denda lebih RM2,000 akan menghalang seseorang daripada politik selama 5 tahun.

Isnin lepas, Chong digantung Speaker Datuk Awang Asfia Awang Nasar bagi sesi semasa keseluruhan, yang berlangsung sehingga 30 November.

Asfia digantung Chong kerana membuat "tuduhan tidak berasas" mengenai dana projek-projek kecil luar bandar (MRP) negeri yang dibentangkan tahun lalu. Menurut Chong, RM250 juta daripada jumlah RM905 juta dana, tidak diambil kira.

Selepas penggantungan, Chong memberitahu media beliau diberi layanan tidak adil kerana tidak menarik balik soalannya mengenai isu itu.

Read More

[VIDEO] PASANGAN BIA'DAP GANGGU ANGGOTA MBSA DICEKUP DAN DAKWA

[VIDEO] PASANGAN BIA'DAP GANGGU ANGGOTA MBSA DICEKUP DAN DAKWA

Sepasang lelaki dan wanita yang didakwa mengganggu seorang anggota penguatkuasa wanita Majlis Perbandaran Shah Alam (MBSA) kerana mengeluarkan saman, akhirnya ditahan polis selepas video mereka melakukan perbuatan itu tersebar di laman sosial. 

Penahanan itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supritenden Dr Abdul Aziz Awang Darus pada pagi Jumaat. 

"Mereka ditahan dan kes itu dirujuk kepada timbalan pendakwaraya awam untuk tindakan lanjut," katanya. 

Difahamkan pasangan itu akan didakwa di Mahkamah Shah Alam mengikut Seksyen 183 Kod Penal kerana mengganggu tugas penjawat awam. 

Klip video berdurasi dua minit yang menunjukkan seorang anggota penguatkuasa wanita MBSA didakwa dikasari seorang lelaki dan pasangannya menjadi viral di laman media sosial. 

Dalam video itu, pasangan itu dlihat cuba menghalang tugas anggota penguatkuasa wanita itu termasuk menarik pakaian dan mengepungnya. 

Berlaku sedikit pergelutan ketika pegawai wanita itu cuba meninggalkan pasangan tersebut tetapi dihalang lelaki berkenaan sambil mengambil gambar mangsa. 

Mangsa turut kedengaran mendapatkan bantuan rakan sekerjanya yang cuba meleraikan keadaan. 

Di akhir video tersebut, seorang lelaki yang memakai topi keledar berwarna merah dilihat cuba membantu dua pegawai berkenaan. 

Rakaman tersebut berakhir selepas pegawai itu berjaya melepasi halangan pasangan berkenaan. 

Difahamkan insiden tersebut berlaku di Bukit Rahman Putra dekat Sungai Buloh disebabkan pasangan berkenaan tidak berpuas hati disaman anggota penguatkuasa itu.




Read More

[VIDEO] VIRAL PASANGAN BIA'DAP TARIK BAJU, KEPUNG PENGUATKUASA WANITA MBSA

[VIDEO] VIRAL PASANGAN BIA'DAP TARIK BAJU, KEPUNG PENGUATKUASA WANITA MBSA
Biadab, itulah perkataan yang sesuai untuk mengambarkan kelakuan sepasang lelaki dan wanita yang menghalang tugas pegawai penguatkuasa wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) termasuk menarik pakaian dan mengepung pegawai tersebut.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku berhampiran Restoran Selera Kampung Subang, Sungai Buloh disebabkan pasangan tersebut tidak berpuas hati disaman pegawai penguatkuasa berkenaan.

Melalui paparan video berdurasi 2 minit 10 saat, pasangan tersebut dilihat mengepung pegawai penguatkuasa wanita berkenaan, menarik baju, mengambil gambar dan cuba menyentuh tubuh.

Kelihatan seorang lelaki dipercayai orang awam cuba meleraikan kejadian itu sambil diperhatikan seorang pegawai penguatkuasaan yang lain.



Read More

BUANG BAYI DALAM SEMAK DI MIRI

BUANG BAYI DALAM SEMAK DI MIRI

MIRI: Bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui di dalam semak di Jalan Tudan, Lutong di sini, petang tadi.
Bayi yang masih bertali pusat itu ditemui pada 2 petang oleh orang awam yang terdengar tangisan bayi itu.
Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Khoo Leng Huat berkata, sepasukan anggota polis ke lokasi selepas menerima panggilan orang awam berhubung kejadian itu.
Menurutnya, bayi berkenaan dipercayai baru dilahirkan antara dua hingga empat sebelum dibuang.
"Bayi berkenaan kemudiannya dihantar ke Hospital Miri untuk rawatan lanjut. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi polis bagi membantu siasatan," katanya.


Read More

SAYA CABAR AMBIGA UNTUK MELAKUKAN AFIDAVIT UNTUK MENAFIKAN KAITAN BERSIH DAN CIA

SAYA CABAR AMBIGA UNTUK MELAKUKAN AFIDAVIT UNTUK MENAFIKAN KAITAN BERSIH DAN CIA

SAYA CABAR AMBIGA UNTUK MELAKUKAN AFIDAVIT UNTUK MENAFIKAN BERIKUT:

Selepas Perang Dunia II, berhadapan dengan ancaman kepada sekutu Amerika Syarikat dan tanpa apa-apa mekanisme untuk menyalurkan bantuan politik, pembuat dasar AS terpaksa secara rahsia cara, diam-diam menghantar penasihat, peralatan, dan dana untuk menyokong akhbar dan pihak di bawah pengepungan di Eropah.

Apabila didedahkan pada lewat tahun 1960-an bahawa American Private Voluntary Organizations (PVOs) telah menerima dana rahsia CIA untuk melancarkan peperangan idea di forum-forum antarabangsa, Pentadbiran Johnson membuat kesimpulan bahawa pembiayaan itu perlu dihentikan, mencadangkan penubuhan  "a public-private mechanism" untuk membiayai aktiviti di luar negara secara terbuka.

Dipihak Capitol Hill, Ahli Kongres Dante Fascell (D, FL) memperkenalkan rang undang-undang pada bulan April, 1967 untuk mewujudkan Institut Hal Ehwal Antarabangsa, satu inisiatif yang akan memberi kuasa kepada pembiayaan terang-terangan bagi program promosi "nilai-nilai demokrasi" - dengan itu The National Endowment for Democracy ( NED) ditubuhkan.

Itulah sebabnya NED dikenali sebagai sayap terang-terangan (atau terbuka) dibawah CIA.

NED distrukturkan untuk bertindak sebagai yayasan penerima grant, menyalurkan dana kepada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan persendirian bagi maksud memperkenalkan demokrasi di luar negara.

Endowment berfungsi sebagai organisasi payung di mana separuh daripada pembiayaan NED diperuntukkan setiap tahun kepada empat organisasi utama Amerika: 
- American Center for International Labor Solidarity (ACILS), 
- Center for International Private Enterprise (CIPE), 
- National Democratic Institute for International Affairs (NDI), dan
- International Republican Institute (IRI).

Kedua-dua Ambiga dan Maria Chin mengakui bahawa selain daripada menerima dana daripada OSF milik George Soros, BERSIH juga telah menerima pembiayaan daripada NDI.

Dalam temu bual pada Ogos 2011, Ambiga berkata memberitahu Malaysiakini dimiliki 29% oleh Soros:

"Mengenai dakwaan dana asing, Ambiga berkata kedua-dua organisasi asing itu - National Democratic Institute (NDI) dan Open Society Institute (OSI) - memberikan bantuan kewangan kepada BERSIH 2.0 tetapi khusus untuk projek masa depan yang berkaitan dengan persempadanan semula dan bukannya untuk perhimpunan tersebut." 

Maria Chin juga beberapa kali mengakui perkara ini.

Oleh kerana NDI dibiayai sepenuhnya oleh NED, menerima dana daripada NDI adalah sama seperti menerima dana secara langsung daripada NED, sayap terang-terangan CIA.

Ini juga mengapa NED dan NDI diharamkan di Rusia.

Ini juga jelas membuktikan bahawa BERSIH mempunyai hubungan dengan CIA, seperti yang didakwa oleh Annuar Musa.

Selain itu, saya mencabar Ambiga untuk menjawab perkara berikut mengenai dokumen dalaman OSF yang dibocorkan oleh DC Leaks:

1. Apa komen beliau tentang tuntutan OSF bahawa mereka telah menjadi pemandu "Program Malaysia"?

2. Apa komen beliau tentang tuntutan OSF bahawa mereka kini bukan sekadar  pembiaya tetapi juga telah mengaktifkan "network of networks" mereka, telah melantik sebuah agensi PR antarabangsa dan juga mula melobi politik di Amerika Syarikat untuk "Program Malaysia"?

3. Apakah pandangan beliau apabila Rusia mengharamkan OSF dan aktiviti-aktiviti mereka di negara mereka?

4. Adakah Ambiga bersetuju bahawa OSF dan NED telah berkali-kali dituduh k negara-negara yang berbeza kerana menghasut dan membiayai untuk perubahan rejim di seluruh dunia?

-----

Read More

Rundingan autonomi, penurunan kuasa kepada Sarawak capai kejayaan

Rundingan autonomi, penurunan kuasa kepada Sarawak capai kejayaan

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing berkata kejayaan besar telah dicapai antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan berhubung autonomi dan penurunan kuasa kepada Sarawak.
Beliau berkata fasa pertama rundingan membuahkan hasil positif antaranya pengambilan lebih ramai rakyat negeri ini bekerja dengan jabatan-jabatan persekutuan dan sekolah-sekolah, operasi Petronas di Sarawak serta memperkasakan pegawai perundangan negeri untuk melakukan dakwaan ke atas kesalahan melanggar undang-undang negeri.
Kejayaan lain dicapai menurut beliau termasuk melaksanakan projek-projek pembangunan luar bandar seperti bekalan elektrik luar bandar oleh agensi-agensi negeri seperti Sarawak Energy Berhad dan pelaksanaan serta pengurusan dana-dana daripada kerajaan persekutuan untuk membangunkan projek Lebuh Raya Pan Borneo.
“Fasa kedua (rundingan) merangkumi isu-isu berkaitan pemberian geran khas dan pendapatan lain seperti termaktub dalam Jadual 10 Perlembagaan Persekutuan, minyak dan gas, perundingan, pendidikan dan latihan, perundangan buruh anak syarikat bagi memenuhi pasaran dan keadaan buruh yang ‘pelik’ di Sarawak dan sebagainya.
“Usaha ini adalah berterusan dan di bawah pertimbangan aktif jawatankuasa teknikal dipengerusikan ketua hakim persekutuan bersama wakil-wakil daripada Kerajaan Sarawak dan Sabah sebagai ahli,” jelasnya.
Masing berkata demikian dalam satu kenyataan di bawah Perintah Tetap 11(1)(i) yang dibaca bersama Perintah Tetap 22 (DUN) yang dibaca pada Persidangan DUN semalam.
Menurutnya lagi, pembentangan Rang Undang-Undang Pengagihan Gas 2016 dan telah diluluskan Dewan Isnin lepas merupakan manifestasi kejayaan yang telah Sarawak capai.
Sekarang ujarnya, Sarawak perlu menunggu laporan jawatankuasa teknikal mengenai perkara-perkara utama berkaitan isu-isu kewangan serta minyak dan gas.
“Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) secara terbuka dalam satu majlis di Kota Kinabalu 12 November lepas, mengatakan beliau bersedia membincangkan Perjanjian Malaysia 1963 dan sebarang salah tafsir peruntukan perlembagaan.
“Beliau (Najib) juga memberitahu beliau tidak akan mengambil hak-hak Sabah dan Sarawak tetapi akan mempertahankannya. Beliau juga bersetuju Rang Undang-Undang Pengagihan Gas 2016 dibentangkan dalam Dewan ini,” ujarnya.
Masing yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan menambah, rang undang-undang itu adalah satu penegasan Ketua Menteri  (Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem) ketika sambutan Hari Malaysia di Bintulu iaitu kita (Sarawak) tidak boleh berpuas hati hanya sebagai pemerhati dalam industri minyak dan gas.
Sebaliknya tambah beliau Ketua Menteri mahu rakyat Sarawak terlibat aktif dalam industri minyak dan gas di negeri ini.
“Undang-undang baharu ini akan membolehkan kerajaan negeri mengawal selia rangkaian dan industri pengagihan gas di Sarawak supaya lebih ramai rakyat dan syarikat tempatan berpeluang terlibat dalam semua segmen perniagaan pengagihan gas termasuk membekalkan gas kepada industri, hospital, komersial dan isi rumah,” jelasnya.
Masing berkata rakyat Sarwak telah memberi mandat yang jelas dan kukuh kepada kerajaan negeri untuk melindungi autonomi dan perlindungan perlembagaan ke atas hak-hak serta kepentingan khas negeri ini.
Beliau memberi jaminan keyakinan dan mandat yang diberikan oleh rakyat kepada kerajaan negeri tidak akan dipersia-siakan.
ADUN Baleh itu menegaskan, dengan jaminan Najib ‘pintu’ beliau sentiasa terbuka untuk membincangkan kebimbangan rakyat negeri ini mengenai hak-hak Sarawak yang semakin ‘terhakis’ disebabkan salah tafsir MA63, kerajaan negeri akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa persekutuan dalam proses rundingan bagi memastikan hasil positif dicapai.
“Ini adalah proses yang panjang dan membosankan, Ketua Menteri yang pernah mengingatkan rakyat Sarawak mengenai perkara ini…Kita harus sedar Rome tidak dibina dalam masa sehari,” katanya.
Read More

MARIA CHIN'S SOSMA DETENTION - FACT VS FICTION

MARIA CHIN'S SOSMA DETENTION - FACT VS FICTION
Don't be fooled by false propaganda about her arrest which are designed to get sympathy for her.


 --------------------------------------

IGP: Maria could have asked for mattress but did not

Inspector-General of Police Tan Sri Khalid Abu Bakar said that Maria Chin Abdullah’s solitary confinement should not have been an issue, while insisting that her detention under Sosma is in line with lockup rules and the Prisons Act 1995

SEPANG, Nov 23 — The police have denied that Maria Chin Abdullah was treated badly under detention such as being denied a mattress, saying that the Bersih 2.0 chair could have asked for one but refused to do so.

Inspector-General of Police (IGP) Tan Sri Khalid Abu Bakar also said that her solitary confinement should not have been an issue, while insisting that her detention under the Security Offences (Special Measures) Act 2012 (Sosma) is in line with lockup rules and the Prisons Act 1995.

“I deny that we’re treating her badly. Whatever treatment we give her is the same as other detainees,” Khalid told reporters here.

“Allegedly she was not given a mattress. She has to request for it, lah. I did not get any information that she did request it,” he added, saying that Maria had only requested it today after a visit by the Human Rights Commission of Malaysia (Suhakam).

He also explained that solitary confinement is not mandated for Sosma arrests, and had depended on the detention facility available at the moment.

“Why is her solitary confinement being disputed? If we put her with another person she would make noise, if we put her alone, she would get mad,” Khalid said.

Khalid said Maria has access to medical attention, adding that doctors have already visited her three times since the start of her detention.

Suhakam confirmed earlier today that Maria is being held in solitary confinement and denied a bed as she previously alleged, saying it verified this during a visit to the undisclosed location where Maria is being detained for 28 days under the Sosma.

The commission added that while Maria appeared to be in good health and the cleanliness of her cell was acceptable, the conditions were as she had described to her lawyers on Sunday.

Suhakam did not comment on other aspects of Maria’s allegations such as the cell being windowless or that two lights were kept permanently lit.

Maria also did not complain of any ill-treatment by the authorities, but informed Suhakam that she has only been interrogated for three hours since being arrested on Friday.

Police detained Maria on November 18 under Section 124C of the Penal Code that criminalises the attempt to commit activities detrimental to parliamentary democracy, and invoked Sosma for the arrest.

The law permits the police to hold individuals for up to 28 days without trial.

Outrage over Maria’s detention under the Sosma was further exacerbated by her allegation that she was being held in a permanently lit and windowless cell measuring 15x8 feet, conditions that the Malaysian Bar have called “oppressive, inhumane and degrading”.
Read More

MARIA CHIN DITAHAN DIBAWAH SOSMA: MENGAPA PEGUAM NEGARA DAN KETUA POLIS MEMBISU?

MARIA CHIN DITAHAN DIBAWAH SOSMA: MENGAPA PEGUAM NEGARA DAN KETUA POLIS MEMBISU?
Sangat luar biasa mengapa Maria Chin dikenakan tahanan SOSMA sedangkan semua orang lain yang ditahan sudah keluar.



Kemungkinan ia adalah disebabkan oleh siasatan berkaitan dokumen DC Leaks dimana OSF milik Soros 'mendakwa mereka adalah pemacu utama Program di Malaysia, memainkan peranan penting dalam membawa beratus-ratus ribu orang turun untuk berhimpun dalam demonstrasi BERSIH dan OSF bukan hanya sekadar membiayai.

Lanjutan dari pendedahan DC Leaks, BERSIH dan Majlis Peguam juga mengaku menerima dana daripada Soros dan juga NDI (di mana dana dari NED adalah terang-terangan daripada CIA).



Sejarah Maria juga menarik kerana arwah suaminya menyertai PLO sehingga ke tahap menjadi pengawal peribadi Yasser Arafat.

Dan apabila mereka kembali ke tanah air, mereka telah mengasaskan dua gerakan NGO dimana ejen CIA mendiang Philip Agee yang telah mendedahkan sebagaj kerja dalaman CIA.

Harus ingat bahawa siasatan PDRM bermula lebih awal dan apabila polis menyerbu pejabat BERSIH, mereka mengambil dokumen.

Polis dan Peguam Negara tidak bodoh dan memahami kesan persepsi besar meletakkan ibu tunggal pertengahan umur dibawah tahanan jika mereka tidak mempunyai maklumat siasatan yang kukuh dan pendakwaan yang konkrit.

Walau bagaimanapun, kita masih menunggu Polis dan Peguam Negara untuk menjelaskan hasil siasatan mereka dan asas mereka untuk melakukan penahanan dibawah SOSMA.

Tetapi setakat ini mereka tidak mendedahkan apa-apa dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

Mungkin ia adalah kerana sensitiviti kepada siasatan ini kerana melibatkan negara luar atau mungkin kerana kesalahan yang serius?
Philip Agee obituary in the NY Times:
http://www.nytimes.com/2008/01/10/obituaries/10agee.html

MENGENALI SIAPA MARIA CHIN SEBENARNYA
Maria Chin Abdullah (Mary Chin Cheen Lian) 

Maria Chin berkenalan dengan Yunus Lebai Ali di London pada tahun 1979 dan berkahwin.

Yunus Lebai Ali dan Hishamuddin Rais adalah aktivis berfahaman sosialis Universiti Malaya pada tahun 1970-an yang sama-sama melarikan diri ke luar negara kerana takut ditangkap polis.

Maria Chin dan Yunus pulang ke Malaysia sekitar akhir tahun 1980-an dan terlibat dengan NGO dinamakan NIEI (National Institute for Electoral Integrity). NIEI dan MAFREL (Malaysians for Free and Fair Elections) ditaja oleh Asia Foundation merupakan jaringan NAMFREL (The National Citizens' Movement for Free Elections) dan ANFREL (Asian Network for Free and Fair Elections).

Bekas pegawai CIA, Philip Agee mendedahkan NAMFREL dan ANFREL adalah 'tool CIA' bertopeng di sebalik slogan 'kuasa rakyat'.

Modus Operandi CIA kini telah diambil alih oleh badan baharu yang dinamakan NED (National Endowment For Democracy).

Maria Chin juga terlibat dalam NGO-NGO hak asasi manusia dan feminisme yang pro LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender). Antaranya; WDC (Women Development Collective), EMPOWER (Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor) dan SIS (Sister In Islam)...antara aktivis SIS adalah MARINA MAHATHIR...

Ternyata beliau bukan orang biasa tapi merupakan seorang yang punyai Latar Belakang yg perlu di teliti lebih lanjut..

ResearchUCCmsia
Read More

50 WANITA DIPERKOSA ASKAR MYANMAR

50 WANITA DIPERKOSA ASKAR MYANMAR

MAUNGDAW, RAKHINE: Sekurang-kurangnya 50 wanita di dua kampung di sini dirogol tentera Myanmar kelmarin sementara 25 penduduk lelaki ditahan.

Kejadian berlaku selepas sekumpulan 200 tentera Myanmar memasuki Kampung Kyar Gaung Taung pagi Ahad lalu. Mereka menggunakan pembesar suara, memanggil penduduk keluar, kononnya untuk menemui mereka. Penduduk lelaki yang bimbang ditangkap melarikan diri.

Mereka yang tidak melarikan diri diarah berkumpul di kawasan sawah, bersama penduduk wanita.

Di situ, tentera berkenaan mengganggu dan ada yang merogol wanita terbabit, sementara penduduk lelaki dan kanak-kanak didera.

"Kira-kira 50 wanita diperkosa oleh tentera itu. Dua puluh lima penduduk lelaki ditahan. Mereka masih ditahan dan tentera belum lagi meninggalkan kampung berkenaan," kata seorang penduduk, semalam.

Seorang penduduk, Amir Hussein pula melaporkan, seekor kerbaunya dicuri tentera Myanmar sebelum mereka membakar rumahnya.

"Mereka menyembelih kerbau saya dan memakannya," kata Amir.

Pada masa sama, sekumpulan 300 tentera mengepung kampung Myaw Taung sebelum merogol penduduk wanita dan mendera lelaki tua.

Read More

MAHATHIR DAHULU LEBIH KEJAM GUNA ISA

MAHATHIR DAHULU LEBIH KEJAM GUNA ISA

Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad semasa zaman pemerintahannya lebih kejam jika dibandingkan semasa era pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang lebih terbuka dan banyak bertolak ansur.

Ketua Bahagian UMNO Ampang, Datuk Ismail Kijo berkata jika demonstrasi diadakan oleh BERSIH semasa era Dr Mahathir sudah pasti mereka semua ditangkap bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan ditahan tanpa bicara.

"Tun Dr Mahathir Mohamad perlu sedar akan perbuatan beliau yang dahulunya lebih kejam jika dibandingkan dengan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Jika dahulu, sesiapa sahaja yang menentang tindakan beliau, tindakan ISA akan dikenakan iaitu tahanan tanpa bicara," kata Ismail dalam satu kenyataan pada Selasa.

Ismail mengulas tindakan Dr Mahathir yang menyertai himpunan jalan pada Sabtu lalu dan turut menyertai himpunan malam tadi di Dataran Merdeka bagi membantah penahanan Maria Chin Abdullah.

Menurutnya, tindakan Dr Mahathir itu memperlihatkan betapa terdesaknya beliau dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan sehingga sanggup bersekongkol dengan pembangkang yang suatu ketika dahulu beliau lawan.

"Semalam, saya lihat bekas perdana menteri itu beria-ia melaungkan 'Bebas Maria, Bebas Maria' bersama penyokong di Dataran Merdeka malam tadi.

"Saya fikir jika Dr Mahathir berada di tempat Datuk Seri Najib, sudah lama Maria Chin dipenjarakan tanpa dibicara.

"Tapi hanya kerana nak menghalalkan niat jahat Tun Mahathir untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib, beliau sanggup untuk bersekongkol dengan pembangkang bagi mencapai hasratnya," ujarnya.

Ismail menggesa supaya Dr Mahathir menghormati undang-undang seperti mana beliau sendiri ketika membuat tangkapan terhadap musuh-musuh politik, malahan lebih kejam berbanding dengan tindakan kerajaan sekarang.

"Seperti dahulu Dr Mahathir ketika menjadi perdana menteri menyuruh rakyat menghormati undang-undang, beliau sepatutnya mengambil langkah sama dengan menyuruh orang ramai menghormati undang-undang dan bukannya mengambil kesempatan demi semata-mata kepentingan peribadi.

"Dr Mahathir hormati lah undang-undang dan diingatkan supaya tidak terlalu asyik hendak memikirkan diri sendiri yang akhirnya negara tergadai," katanya.

20161123-mahathir-tahan-isa-reformasi

Malaysia: Malaysia: three reformasi ISA detainees released (22/06/2013)
http://www.omct.org/urgent-campaigns/urgent-interventions/malaysia/2003/06/d16311/

Bukti kukuh tahan 7 aktivis reformasi (20/04/2001)
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0420&pub=Utusan_Malaysia&sec=Parlimen&pg=pa_01.htm

Lima ditahan bawah ISA — Disyaki berkomplot rancang demonstrasi jalanan secara besar-besaran (11/04/2001)
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0411&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Read More

MAHATHIR FROM MY 'CONTACT LENS'- A PERSON WHO WILL DO ANYTHING FOR HIS PERSONAL 'DENDAM' AND SON

MAHATHIR FROM MY 'CONTACT LENS'- A PERSON WHO WILL DO ANYTHING FOR HIS PERSONAL 'DENDAM' AND SON


It is very ironic that a person who had publicly announced withdrawing support for Najib in August 2014 and wrote that one of the main reasons was that Najib abolished ISA against his advice is now the person sitting on the road-side to protest against Maria Chin's detention during the investigation of her role in Soros' Malaysia Program.

Mind you, this is Aug 2014 - just a little more than 2 years ago and now Pakatan supporters think he has taubat and is a different person?

Using ISA, this person had also thrown dozens of leaders in jail for leading and participating in the Reformasi protests - including our current Deputy Prime Minister Zahid.

Many of these people ended up staying in jail for one to two years.

This is Mahathir for you. A person who will do anything for the sake of his personal dendam and his desire to want his son to rise.

---
http://chedet.cc/?p=1438

If you notice, in this Aug 2014 blog-post where he first publicly stated his withdrawal of support form Najib, he only gave 3 reasons:
1. Najib abolished ISA.
2. Najib was too friendly to Singapore.
3. Najib did not take care of the "kaum and parti" who had helped save the govt in GE13. (Mahathir had previously blamed Najib of being too nice to the Chinese in GE13).
4. Najib allows more imports at the expense of local products (a chief complaint of his Proton then).

There was nothing about 1MDB or SOSMA or RM2.6b or anything like that when Mahathir withdrew support.

Now, this comes on the heels of his son Mukhriz's second straight defeat in UMNO party elections just 9 months earlier which Mahathir had blamed on Najib and UMNO too.
Read More

"URBAN VOTERS" SASARAN SEBENAR UNTUK "BATTLEGROUND PRU14"

"URBAN VOTERS" SASARAN SEBENAR UNTUK "BATTLEGROUND PRU14"


SUDAH selesai himpunan BERSIH 5.0 yang membuktikan kepada kita bahawa sokongan bangsa Melayu terhadap demonstrasi jalanan berkenaan semakin merosot teruk dari tahun ke tahun.

Sekarang ini tumpuan kita mula terjurus kepada Perhimpunan Agung UMNO 2016 yang dijadualkan bakal mengamatkan PWTC bermula 29 November hingga 3 Disember 2016.

Ramai yang meramalkan PAU 2016 kali ini adalah yang terakhir sebelum  menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) dalam beberapa tahun sahaja lagi.

Oleh yang demikian, wajarlah PAU 2016 kali ini menjadi sebuah medan peperangan idea, maklumat dan percambahan minda untuk pemerkasaan parti keramat bangsa Melayu itu.

Bagaimana UMNO mahu menang bergaya dalam PRU14 akan datang? Sebelum kita pergi jauh, eloklah kiranya kita menaakul kembali keputusan PRU13 yang mendapat jolokan sebagai ‘Tsunami Politik Cina’.

Semasa PRU13 lalu, sebanyak 43 kawasan Parlimen telah diletakkan sebagai kawasan berstatus bandar (urban). Daripada jumlah besar ini, 88.4 peratus adalah dimenangi dan dikuasai oleh parti pembangkang (kini Pakatan Harapan) yang dikuasai DAP.

Ini bermakna, Umno hanya berjaya berkuasa di 5 kawasan Parlimen bandar iaitu Setiawangsa, Titiwangsa, Putrajaya, Johor Bahru dan Pulai. Manakala parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain semuanya tidak berjaya menguasai kawasan urban ini.

Adakah ia suatu petanda baik buat sebuah parti tunjang kepada Kerajaan Malaysia? Jawapannya semestinya tidak.

Oleh sebab itu, PAU 2016 kali ini mahu tidak mahu, seramai 5,732 perwakilan yang menjadi ‘wakil suara orang Melayu’ dari seluruh negara harus fokus dan serius bagi mencari solusi kemenangan di kawasan bandar, tanpa mengkesampingkan kawasan yang sedia ada dimenangi sekarang ini (luar bandar).

Selain daripada pelbagai isu rakyat yang sedang diusahakan penyelesaiannya oleh pihak Kerajaan Malaysia pimpinan Datuk Seri Najib Razak, di peringkat parti khususnya UMNO pula perlu memberi fokus kepada kesedaran orang Melayu yang berada di bandar untuk mendaftar pemilih dan keluar mengundi semasa PRU14 akan datang.

Tidak sedarkah kalian bahawa, sebagai contoh di Kuala Lumpur orang Melayu menjadi majoriti penduduknya iaitu kira-kira 50 peratus. Ini jauh lebih besar dari peratusan orang Cina di ibu negara. Namun, orang Melayu yang mendaftar diri sebagai pengundi di Kuala Lumpur hanyalah sebanyak 37.5 peratus.

Bagaimana UMNO mahu menang jika perkasa asas sebegini tidak diberi fokus utama?

Bukanlah niat mahu memperkecilkan sesiapa atau menuduh tidak buat kerja, namun persoalannya sampai bila UMNO mahu bergantung kepada sokongan orang Melayu di luar bandar?

Melayu bandar nampaknya mulai rasional dan matang untuk membuat keputusan dalam PRU14 nanti. Ada antara mereka ini juga pengundi luar yang akan buang undi di Kelantan, Kedah dan Terengganu.

Mereka ini juga sudah mengalami dan merasai sendiri bagaimana rasanya berada di bawah kerajaan pembangkang di Selangor. Mereka juga tidak langsung berjaya ditarik oleh parti bunga untuk turun sertai Bersih 5.

UMNO perlu memikir kaedah dan pendekatan terbaik untuk "engage & embrace" kumpulan sasar Melayu bandar ini. Jika kena caranya maka mereka akan bersama sama dengan UMNO.

PAU 2016 inilah ‘starting point’ untuk UMNO gunakan bagi memecut laju mencari strategi dan melaksanakannya dengan cepat bagi menarik hati dan minda para Melayu bandar untuk memangkah UMNO-BN dalam PRU14 akan datang.

"Urban Voters" perlu dijadikan sasaran sebenar UMNO untuk "battleground PRU14". Dari sekarang UMNO perlu memikir strategi yang betul untuk memenangi hati dan minda pengundi Melayu Bandar.

Tulisan :
Beruang Biru
BB145, Selasa
22 November 2016
Read More

DANA UNIT AMANAH PNB CECAH 210.63 BILION SETAKAT OKTOBER

DANA UNIT AMANAH PNB CECAH 210.63 BILION SETAKAT OKTOBER

SIMUNJAN: Dana unit amanah Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah mencecah 210.63 bilion unit setakat 31 Oktober lalu.

Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, dana amanah tersebut dimiliki oleh 12.86 juta pemegang unit.

"Daripada jumlah itu, 89.5 peratus adalah Bumiputera dan 10.5 peratus bukan Bumiputera. Dalam masa sebulan sahaja kita telah berjaya menjana lebih satu bilion unit dalam edaran," katanya dalam ucapan pada Majlis Perasmian Fiesta Labur PNB di Dewan Mesra Simjunjan, Sabtu.

Majlis dirasmikankan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri yang juga Anggota Parlimen Batang Sadong.

Abdul Wahid berkata, daripada jumlah keseluruhan unit dalam edaran itu, 11 peratus milik pelabur Sarawak.

"Ini menjadikan Sarawak berada di kedudukan yang ketiga. Ini adalah suatu pencapaian yang dapat dibanggakan, saya yakin jumlah penyertaan masyarakat Sarawak dapat dipertingkatkan lagi pada masa akan datang, " katanya.

Fiesta Labur PNB berkonsepkan turun padang bagi mendekati masyarakat terbanyak, khususnya yang tinggal di kawasan luar bandar.

Sementara itu Nancy berkata, sejak 2008 hingga kini PNB telah menganjurkan 650 seminar di negeri ini.

Katanya, seminar tersebut telah menarik penyertaan 60,000 pelabur daripada pelbagai lapisan masyarakat.

"Saya merasa bangga kerana Sarawak menduduki antara tempat teratas dalam profil pelaburan ASNB.

"Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada rakyat Sarawak atas kesungguhan dan keprihatinan merancang kewangan untuk masa depan. Pelaburan di PNB adalah secara sukarela, tiada paksaan, sama ada di pihak PNB mahupun kerajaan," katanya.

Menurutnya, atas dasar kepercayaan dan keyakinan, rakyat Sarawak terus memberi amanah kepada PNB untuk mengurus pelaburan mereka.

"Inilah rakyat Sarawak yang berpandangan jauh dan tidak ketinggalan dalam memajukan diri untuk masa hadapan," katanya.--Bernama


Read More

BERSIH 5 SARAWAK: TANPA BAJU MERAH, KEHADIRAN TURUN 60%

BERSIH 5 SARAWAK: TANPA BAJU MERAH, KEHADIRAN TURUN 60%

Di Sarawak, penganjur bersih berkata 400 hadir bersih 5, berbanding 5,000 pada Bersih 4 tahun lepas.

Kejatuhan 92% kehadiran peserta.

Jangan salahkan polis kerana mengepung mereka atau salagkan baju Merah atas kejatuhan bilangan yang menyertai perhimpunan di Sarawak. Di Sarawak tak ada baju merah.

Ini adalah berkaitan dengan kejatuhan penyertaan perhimpunan sebanyak 60% mengikut anggaran oleh Mkini 100,000 pada bersih 4 dan 40,000 tahun ini.

Kalau ikut anggaran sekretariat Bersih sendiri kejatuhan adalah 80%, daripada 500,000 tahun lepas 100,000 tahun ini.

-----------------
'Sarawak Bersih whimper shows wariness of foreign link'

KUCHING: A former senator says the low turnout at yesterday's Sarawak Bersih rally showed a lack of trust among Sarawakians of an organisation that might have a foreign agenda.

Idris Buang, a Supreme Council member of Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, said Sarawakians had shown political maturity in the face of empty rhetoric by the organisers.

"The rally yesterday was a mere whimper," he told.

Organisers said 400 people turned up, compared to the 5,000 at last year's rally.

Idris, a former senator, said: "It is simply that Sarawakians are matured enough to know that Bersih organisers are not sincere as they have a foreign agenda to fulfill. Police are cracking down on them over reports they have foreign funding, in particular the Open Society Foundations, in which the notorious (George) Soros has been said to have direction and control over it."

Sarawak Bersih leaders have said the local chapter is locally funded through public donations, and some funds from the main office in Petaling Jaya.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2016/11/20/sarawak-bersih-whimper-shows-wariness-of-foreign-link/

Read More

SINGAPURA SECARA TEKNIKAL MENGALAMI KEMELESETAN EKONOMI

SINGAPURA SECARA TEKNIKAL MENGALAMI KEMELESETAN EKONOMI

Daripada akhbar rasmi Kerajaan Singapura, The Straits Times.

Sesuatu yang tidak positif bagi Singapura pada masa ini.

Pada Suku Ketiga (Ogos-Sep), Singapura telah mencatatkan negatif 4.1% penguncupan KDNK mereka dari suku ke suku (bermaksud perubahan Suku Kedua dan Ketiga) .

Jika Suku Keempat (Okt-Dis) juga negatif, maka Singapura akan secara teknikal mengalami kemelesetan oleh itu Singapura berharap Suku Keempat tidak akan terus negatif.

Malangnya, pada Oktober - bulan pertama Suku Keempat, Singapura melaporkan penurunan 12% dalam eksport. Oleh itu kemelesetan secara teknikal iaitu didefinisikan sebagai penurunan KDNK bagi dua suku berturut-turut, ianya seakan berlaku.

Brexit, Cukai Amnesty Indonesia (di mana ramai rakyat Indonesia mengeluarkan wang dari Singapura dan membawa pulang ke Indonesia) dan Trump menang bermakna peluang Singapura terjerumus kepada kemelesetan secara teknikal pada suku keempat adalah hampir pasti.

20161120-ekonomi-singapura-meleset-secara-teknikal


'Technical recession looms' for Singapore

The Singapore economy could sink into a technical recession this year amid fallout from the United States election results, weak global growth and rising market volatility, said OCBC economist Selena Ling.

This could tip over into a full-blown recession next year, given the cloudy outlook, she said at a briefing yesterday.

The economy shrank 4.1 per cent in the July to September period compared with the previous quarter - the biggest slump since 2012.

Read more here http://www.straitstimes.com/business/economy/technical-recession-looms-for-spore

 
Read More