TERIMA KASIH MAHATHIR, INI BERMAKNA KOREA SELATAN SEMAKIN JAUH DARI KITA


Bekas menteri kewangan berkata beliau bimbang mengenai Malaysia dan memberi contoh Korea Selatan yang telah mendahului Malaysia dalam KDNK per kapita dari 1980 dan seterusnya.

Beliau memberi contoh pembangunan Korea Selatan dibandingkan dengan Malaysia.

Beliau berkata keluaran dalam negara kasar per kapita negara itu adalah sebanyak USD1,711 pada tahun 1980 manakala Malaysia adalah USD1,770.

"Kita adalah lebih tinggi."

Pada tahun 1990, beliau berkata KDNK per kapita Korea Selatan adalah sebanyak USD6,642 dan kita adalah sebanyak USD2,549.

Beliau berkata kini KDNK per kapita Korea Selatan telah meningkat kepada USD27,000.

Jika anda melihat kadar pertumbuhan KDNK per kapita , bagi tempoh keseluruhan di antara tahun 1980 hingga 2009, kadar pertumbuhan KDNK per kapita  Korea Selatan adalah lebih tinggi daripada Malaysia - kecuali 2 tahun pada tahun 1993 dan 2003.

Ini bermakna bahawa Korea Selatan semakin jauh daripada kita.

Terima kasih banyak, Mahathir.

Hanyalah dari tahun 2010 dan seterusnya, Malaysia telah mengalami tempoh di mana pertumbuhan KDNK kita lebih tinggi daripada Korea Selatan di mana kita merapatkan jurang.

Bagi tahun 2016 dan 2017, kita juga perlu mempunyai pertumbuhan KDNK per kapita yang lebih tinggi daripada Korea Selatan di mana mereka dijangka meningkat 2.8% dan 2.7% masing-masing manakala Malaysia dijangka mencatat 4.2% dan 5%.

---
https://www.google.com/publicdata/explore?ds=d5bncppjof8f9_&met_y=ny_gdp_pcap_cd&idim=country:KOR:JPN:USA&hl=en&dl=en#!ctype=l&strail=false&bcs=d&nselm=h&met_y=ny_gdp_pcap_kd&scale_y=lin&ind_y=false&rdim=region&idim=country:KOR:MYS&ifdim=region&tstart=278006400000&tend=1445616000000&hl=en_US&dl=en&ind=false

Facebook Comment