Nahas Kota Belud: Angka maut meningkat 8 orang

KOTA BELUD: Angka maut nahas membabitkan empat kenderaan di Jalan Kota Belud, pagi tadi, meningkat kepada lapan orang.

Mangsa kelapan adalah Neta Ramlan, 37, ibu kepada dua lagi mangsa yang maut, Nursukah Abd Jumat, 3 dan Aidil Abd Jumat, 8.

Kemalangan kira-kira jam 5.55 pagi di Jalan Kota Belud - Kota Marudu di Kampung Keguraan itu membabitkan sebuah PROTON Saga, PROTON Gen2, PERODUA Kancil dan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.

Mangsa yang maut ialah lima penumpang PROTON Saga, Nursukah, Aidil, Neta, Hamirah Mohamad Salleh, 39 dan Vera Alira Jalius, 6.

Turut maut, pemandu dan penumpang PROTON Gen2, Frenwell Jeffery, 31; adiknya, Herlin Naxe, 26 serta Ellyzek Johnny, 28, semuanya dari Kampung Parapat Darat, Kudat.

Sarini Body, 21 dan tunangnya, yang juga pemandu PROTON Saga, Alibasa Alibaba, 24, parah.

Pemandu PERODUA Kancil cedera ringan manakala pemandu Toyota Hilux tidak cedera.

Senarai mangsa maut
#Penumpang PROTON Saga Nursukah Abd Jumat, 3
Aidil Abd Jumat, 8
Neta Ramlan, 37
Hamirah Mohamad Salleh, 39
Vera Alira Jalius, 6

#Penumpang PROTON Gen2 Frenwell Jeffery, 31 (pemandu)
Herlin Naxe Jeffery,
26 Ellyzek Johnny, 28

Senarai mangsa cedera
Sarini Body, 21, (penumpang PROTON Saga - parah)
Alibasa Alibaba, 24, (pemandu PROTON Saga - parah)
Azimah Jiran, 34, (pemandu PERODUA Kancil - cedera ringan)
_________________________________

Hilang kawalan, rempuh 3 kenderaan

KOTA BELUD: Polis masih menyiasat punca kemalangan sehingga mengorbankan tujuh nyawa, termasuk tiga kanak-kanak di Jalan Kota Belud-Kota Marudu di Kampung Keguraan, di sini, awal hari ini.

Dalam kejadian 5.55 pagi itu, tujuh meninggal dunia, tiga parah manakala dua cedera.

Mangsa terbunuh adalah Frenwell Jefery, 31, (pemandu) adiknya, Herlin Naxe Jeffery, 26, dan seorang lagi rakan mereka iaitu Ellyzek Johnny (L), 28. Mereka menaiki Proton Gen2.

Mangsa maut daripada Proton Saga pula adalah Hamirah Salleh, 39, Nursyikah Jumat, 3, abangnya Aidil Jumat (L), 8 dan Vera Adira Jalius, 6.

Mereka yang adalah Alibasa Alibasa, 24, (pemandu Proton Saga), Neta Ramlan, 37, Sarini Body, 21.

Pemandu Perodua Kancil, Azimah Jiran, 34, dan pemandu Toyota Hilux, Mapinsin Lagung, 45, hanya cedera.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Mohd Zaidi Abdullah, berkata siasatan awal mendapati pemandu Proton Gen 2 dari Kota Belud menghala ke Kota Marudu dipercayai hilang kawalan lalu merempuh tiga kenderaan dari arah bertentangan.

"Akibat pertembungan itu, enam mangsa maut di tempat kejadian, seorang mangsa meninggal di Hospital Kota Belud manakala tiga mangsa parah dan dua cedera.

"Siasatan masih dijalankan bagi mengenalpasti punca sebenar kemalangan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Sehubungan itu, polis amat memohon kerjasama orang ramai terutama saksi kejadian yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu.

"Orang ramai boleh menghubungi Balai Polis Trafik Kota Belud di talian 088-976600 atau balai polis berdekatan bagi membantu siasatan," katanya.


Facebook Comment