Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL - Randau Sarawak

Breaking

Monday, October 17, 2016

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL

Malaysia Milk Sdn Bhd telah mengeluarkan arahan penarikan balik jualan produk susu Marigold HL dalam paket 200ml dan satu liter.

Walau bagaimanapun, arahan tersebut adalah terhad kepada produk yang tarikh tamat tempoh sehingga 7 Nov (bagi Semenanjung Malaysia) dan 11 Nov (Sabah, Sarawak dan Labuan).

Menurut syarikat itu, arahan itu adalah disebabkan aduan pelanggan yang menyedari kelikatan coklat susu Marigold HL lebih tinggi daripada biasa.

Mereka berkata, walaupun aduan pelanggan hanya tertumpu kepada susu coklat Marigold HL, syarikat telah mengambil "langkah-langkah proaktif" untuk menarik balik produk-produk lain, termasuk Milk Chocolate Marigold HL, Marigold HL Plain Milk dan Marigold HL Strawberry Milk. Marigold HL Milk dengan Plant Sterols juga merupakan antara produk yang ditarik balik, tetapi hanya untuk pek satu liter.

"Pasukan Unit Kawalan Kualiti dan Pembuatan kami telah mengenalpasti punca masalah ini, dan kemudiannya diperbaiki," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Syarikat itu memohon maaf atas sebarang kesulitan yang disebabkan oleh penarikan produk dari pasaran.

"Kesihatan dan keselamatan pelanggan kami adalah keutamaan kami, dan kami sedang melakukan sebaik mungkin untuk menyediakan seberapa banyak maklumat dan bantuan," katanya.

Pelanggan yang telah membeli produk makanan yang terlibat perlu mengembalikan mereka kepada syarikat unyuk penggantian atau hubungi perkhidmatan pelanggan di talian 1800-88-5587 atau feedback@mmsb.com.my.

No comments:

Post a Comment