Sultan Selangor nikah Norashikin Abdul Rahman - Randau Sarawak

Breaking

Friday, September 2, 2016

Sultan Selangor nikah Norashikin Abdul Rahman

KLANG: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selamat diijabkabul dengan pembaca berita RTM, Norashikin Abdul Rahman di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang, 31 Ogos lepas.

Perkara itu disahkan Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor Datuk Munir Bani dalam satu kenyataan hari ini.

"Majlis pernikahan telah selamat disempurnakan pada pagi 31 Ogos di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang secara sederhana dan ringkas," menurut kenyataan itu.

Majlis ijabkabul disempurnakan oleh Datuk Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Datuk Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid.

No comments:

Post a Comment