SOKONG NAJIB UNTUK PEMBANGUNAN LEBIH PROGRESIF-ADENAN SATEM - Randau Sarawak

Breaking

Saturday, September 17, 2016

SOKONG NAJIB UNTUK PEMBANGUNAN LEBIH PROGRESIF-ADENAN SATEM


Rakyat di negeri ini dan Sabah harus meneruskan sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Najib Tun Razak bagi pembangunan lebih progresif serta menyeluruh pada  masa hadapan.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem menjelaskan, sejak menerajui tampuk pemerintahan negara, Najib kerap mengadakan lawatan kerja bagi meninjau sendiri akan program pembangunan yang dirancang kerajaan pusat dan kerajaan negeri bagi memajukan negeri ini dalam pelbagai aspek.
“Terbaharu ialah kerajaan pusat meluluskan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo sememangnya menjadi impian rakyat di negeri ini sejak dulu lagi bagi menghubung seluruh kawasan di negeri ini termasuklah kawasan pedalaman,” ujarnya.
Beliau berucap demikian dalam Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2016 yang diadakan bertempat di tapak lapangan terbang lama Bintulu, di sini malam Jumaat lalu.
Jelasnya, sejak menyertai Malaysia pada 53 tahun lalu, nasib rakyat di negeri ini tidak pernah dipinggir malah banyak pembangunan dilaksana menjadikan negeri ini sebagai sebuah negeri paling cepat membangun di Malaysia sebagai mana dapat dilihat pada masa sekarang.
“Cuma saya selaku mewakili rakyat di negeri ini (Sarawak) berharap agar lebih banyak lagi pembangunan akan dilaksanakan.
“Jika boleh dipercepat lagi mengikuti keperluan dan kehendak rakyat iaitu mewujudkan apa ada di Semenanjung Malaysia bagi memastikan Sabah dan Sarawak mencapai status pembangunan yang sama seperti Semenanjung Malaysia,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment