Makanan Tradisional Sarawak - Ruya Ubi - Randau Sarawak

Breaking

Tuesday, September 27, 2016

Makanan Tradisional Sarawak - Ruya Ubi

Masakan tradisional masyarakat Bidayuh. Enak buat minum petang.

RUYA UBI SARAWAK.

Bahan-bahan
1kg isi ubi kayu yang telah dibuang kulitnya.(dipotong dalam bentuk kiub)
4 helai daun pandan muda
Gula pasir secukup rasa
Beras pulut atau pulut hitam

Cara-cara
- Isi ubi yang telah dipotong dadu, dimasukkan ke dalam periuk bersama air secukup sukatan.
- Masakkan ubi tersebut sepeti masak bubur. Setelah airnya mendidih, bolehlah masukkan beras pulut segenggam pun boleh.
- Setelah isi ubi dan beras pulut menjadi lembut, perlahankan api.
- Setelah itu, masukkan gula pasir. Rasa manisnya sehingga secukup rasa. Kacau gula di dalam periuk itu sehingga sebati dengan 'Ruya Ubi' itu tadi.
- Setelah itu, bolehlah masukkan daun pandan. Biar naik aroma bau pandan.
- Tuang di dalam bekas/mangkuk yang muat. Sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!!!

No comments:

Post a Comment