LIM KIT SIANG BUAT PUSINGAN U DARIPADA PRIBUMI – MAHATHIR CARI ANWAR - Randau Sarawak

Breaking

Tuesday, September 20, 2016

LIM KIT SIANG BUAT PUSINGAN U DARIPADA PRIBUMI – MAHATHIR CARI ANWAR

Lim Kit Siang dan DAP telah beralih arah (u-turn) daripada Mahathir dan Pribumi. Dia telah diberi amaran bahawa pengundi Cina berpandangan negatif mengenai hubungan DAP dengan Mahathir dan mungkin akan menghukum DAP pada pilihanraya umum akan datang sepertimana mereka lakukan pada tahun 1999. Akhir-akhir ini Lim Kit Siang dan DAP dilihat menjauhkan diri dari Mahathir dan Pribumi.

1. Peringkat awal, diawal tahun 2015 apabila Mahathir mula menyerang Perdana Menteri Najib Razak, pembangkang rasa teruja dan melihat ini sebagai peluang keemasan untuk mempergunakan gerakan Mahathir bagi melemahkan Perdana Menteri, UMNO dan Barisan Nasional.

2. Secara asasnya mereka menggunakan doktrin Machiavelli 'an enemy of my enemy is my friend' – sama seperti Amerika menggunakan Taliban untuk menentang Rusia atau berpakat dengan Saddam Hussien untuk menentang Iraq (kedua-dua langkah tersebut terbukti kesilapan besar).

3. DAP memberi kepercayaan kepada Tony Pua membantu Mahathir menyerang Najib. Tony Pua berterusan menyalak mengenai 1MDB macam anjing dapat tulang dan tak mahu melepaskannya. Ketika itu DAP tidak bimbang mengenai 'backfire' atau berbalik semula kepada DAP kerana Tony Pua menyalak atas kapasiti beliau sebagai ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) bukan atas kapasiti sebagai ahli jawatankuasa DAP.

4. Apabila undi tidak percaya pada Oktober 2015 menemui kegagalan, dan cubaan kedua pada Perhimpunan Agong UMNO pada bulan Disember juga gagal, DAP melupakan semua kegagalan seolah-olah tidak pernah berlaku. Terbukti Najib tidak semudah itu untuk di tumbangkan malah menjadi lebih kuat.

5. Lim Guan Eng menjadi sasaran kerana penyalahgunaan kuasa sebagai Ketua Menteri Kerajaan DAP Pulau Pinang dan di dakwa atas pertuduhan rasuah. Sebelum didakwa Tony Pua mengatakan Lim Guan Eng akan meletakkan jawatan Ketua Menteri sekiranya dia di dakwa tetapi mendiamkan diri apabila Lim Guan Eng ditangkap dan didakwa di mahkamah.

6. Lim Kit Siang sedar serangan terhadap Lim Guan Eng bukannya tuduhan liar. Anak beliau telah ditahan dan di tuduh di mahkamah dan menunggu masa untuk pendakwaan. Keadaan ini menjadi terlalu rumit dan perlu melakukan sesuatu mengelak anaknya didapati bersalah.

7. Lim Kit Siang tahu pegawai tertinggi SPRM seperti Abu Kassim Mohamed, Bahari Mohd Zin dan Mohd Shukri Abdul di pegang oleh Mahathir dan Mahathir boleh memanggil mereka sekiranya beliau mahu. Namun untuk untuk mendapatkan pertolongan Mahathir perlu kepada asas 'aku tolong engkau engkau tolong aku' (you scratch my back and I will scratch yours). Ini bermakna DAP perlu memberikan sokongan kepada apa jua tindakan Mahathir untuk menjatuhkan Najib.

8. Pada peringkat ini, Lim Kit Siang memang skeptikal mengenai kerjasama dengan Mahathir kerana kejayaan pada pilihanraya umum ke 12 dan 13 membuktikan kejayaan mereka adalah kerana bersatu bersama Pakatan Pembangkang yang di ketuai oleh DAP. Kerana Pakatan Pembangkang diketuai oleh DAP maka mereka mendapat undi tertinggi dari kaum China.

9. Kejayaan menghancurkan MCA dan GERAKAN, DAP berjaya menyakin pengundi Cina bahawa kedua parti itu adalah parti pak turut kepada UMNO manakala DAP pula tidak menjadi pak turut dalam Pakatan Pembangkang malahan mengetuai Pakatan Pembangkang.

10. Itulah modal kempen dan taktik DAP dan ini di ketahui oleh Mahathir. Untuk Pakatan Harapan mencapai kejayaan pada pilihanraya umum akan datang mereka terpaksa menunjukkan DAP yang mengetuai Pakatan Harapan tidak menjadi pak turut kepada sesiapa terutama Mahathir yang tidak akan dimaafkan oleh kaum Cina kerana banyak melakukan 'dosa' masa lampau.
Untuk Pakatan Harapan mendapat majoriti undi kaum Cina ianya mesti membuktikan bahawa DAP mengetuai Pakatan Harapan, tiada cara lain selain dari itu.

11. Sekarang masuk peringkat anak Lim Kit Siang akan disumbatkan dalam penjara, perundingan perlu dilakukan samada suka atau tidak. Lim Kit Siang tiada pilihan lain terpaksa bekerjasama dengan Mahathir kerana Mahathir telah memberi jaminan yang beliau boleh menyelamatkan Lim Guan Eng daripada dipenjarakan. Mahathir boleh memberitahu pegawai atasan SPRM seperti Abu Kassim Mohamed, Bahri Mohd Zin dan Mohd Shukri Abdul apa yang patut dilakukan dan mereka akan patuh.

12. Sebagai tolak ansur, Mahathir selamatkan Lim Guan Eng daripada di penjarakan tetapi Pakatan Harapan akan diterajui oleh Prubumi, bukan lagi oleh DAP. Harga yang Lim Kit Siang kena bayar untuk memastikan anak beliau bebas.

13. Najib sedia maklum mengenai permainan politik mereka maka Najib mengambil langkah mengeluarkan ketiga-tiga mereka dari SPRM yang merupakan tali barut Mahathir. Najib kena melakukannya bagi memastikan SPRM melaksanakan tugas mereka untuk negara bukan untuk kepentingan Mahathir. Najib secara asasnya patut mengambil langkah dimana setiap Perdana Menteri melakukan yang sama, menukarkan tali barut Mahathir ke agensi lain.

14. Langkah Najib telah menyebabkan Mahathir gagal menunaikan janji jepada Lim Kit Siang. Sekarang ini Lim Guan Eng mungkin akan dipenjarakan. Lim Kit Siang menyedari sekiranya meneruskan kerjasama dengan Mahathir tidak bermakna kerana bukan sahaja anak beliau bakal dipenjarakan dan yang lebih penting kaum Cina mungkin akan menghukum Lim Kit Siang kerana kerjasama tersebut. DAP tidak akan dapat meraih undi Cina seperti yang diperoleh pada piliharaya umum yang lepas.

15. Tiada pemimpin DAP hadir di mahkamah pada 5 September 2016 yang lalu memberikan sokongan kepada Anwar memberikan isyarat DAP dan Lim Kit Siang telah membuat pusingan U daripada bekerjasama dengan Mahathir dan Pribumi. Mereka percaya bahawa Najib tidak akan teragak-agak untuk mengingatkan masyarakat Cina tentang dosa-dosa yang Mahathir telah lakukan terhadap Cina dan DAP yang kena bekerja keras untuk menjawab perkara tersebut. Malahan kerjasama yang telah dilakukan DAP bersama Mahathir dalam kempen 'Selamatkan Malaysia' dan 'Deklarasi Rakyat' telah memberikan impak negatif kepada DAP.

16. Lim Kit Siang menjelaskan kepada Anwar dan memberi amaran kepada beliau yang Pakatan Harapan akan bermasalah kerana pengundi Cina akan menghukum Pakatan Harapan sekiranya mereka dilihat berada dibawah telunjuk Mahathir dan Pribumi menerajui Pakatan Harapan bukan lagi diketuai oleh DAP.

17. Dalam tahun 2013, Mahathir menyerang Najib kerana memberi muka berlebihan kepada masyarakat Cina dan tidak fokus kepada pengundi Melayu yang merupakan penyokong setia UMNO. Masyarakat Cina juga tidak akan lupa apa yang telah Mahathir lakukan kepada sekolah Cina yang mengakibatkan berlakunya Ops Lalang pada tahun 1987. Kemudiannya mengenai Dasar Ekonomi Baru yang sepatutnya berakhir pada tahun 1990 dan disambung oleh Mahathir.
Pada November 1999 Mahathir mengugut masyarakat Cina dengan peristiwa '13 Mei' sekiranya Barisan Nasional hilang majoriti dua per tiga (2/3) di Parlimen, itu sebabnya pengundi Cina rasa takut dan mengundi Barisan Nasional.

18. Semua ini masih menjadi persoalan yang memeritkan kepada majoriti masyarakat Cina, sekiranya DAP bekerjasama dengan Mahathir ianya menjadi sesuatu yang tidak boleh dimaafkan. Anwar menjawab, Lim Kit Siang tudak perlu risau kerana dia tahu dengan apa yang dilakukan. Anwar juga berkata, dia juga mengkaji strategi Sun Tzu dan biarkan dia bermain pilitik dengan Mahathir dan bersukaria seperti kucing mempermainkan tikus. Akhirnya nanti Anwar akan menendang keluar Mahathir dan mengucapkan 'Adios Mahathir" sama seperti Jeff Ooi mengucapkan "Adios Haron Din" terhadap Almarhum Tuan Guru Ketua Dewan Ulama PAS.

No comments:

Post a Comment