Jaja cerita buruk kerajaan, Muhyiddin jilat balik ludah - Randau Sarawak

Breaking

Sunday, September 4, 2016

Jaja cerita buruk kerajaan, Muhyiddin jilat balik ludah

Dendan kesumat Tan Sri Muhyiddin Yassin jelas dilihat apabila beliau mula mengikut jejak langkah Tun Mahathir Mohamad mengadakan jelajah bagi menceritakan keburukan kerajaan terhadap rakyat.

"Sekarang Muhyiddin pun dah lebih kurang sama dengan Tun Mahathir, dulu mengata pembangkang tapi sekarang dah boleh duduk semeja, dah ludah jilat balik, inilah mereka.

"Hari ini boleh duduk sekali mengutuk kerajaan, dimana akal mereka dan tak fikir kah yang rakyat akan kembali mengata merekam dilabel pula sebagai pemimpin yang tidak ada pendirian?" kata Ahli Majlis Tertinggi Datuk Abdul Aziz Kaprawi kepada BNBBC.my portal pada Ahad.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Muhyiddin yang menghadiri acara malam tadi di Sabak Bernam bersama-sama dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Datuk Seri Azmin Ali.

Pada malam tersebut, Muhyiddin turut menekankan pentingnya menyatukan pembangkang sekaligus memastikan pertandingan satu lawan satu menentang BN dalam pilihan raya akan datang.

"Macam mana nak menentang satu per satu kalau PAS sudah mengambil pendirian untuk tidak bersama PH?masalah perebutan kerusi antara DAP, PAN dan PKR juga belum tentu selesai, lagi pula ditambah dengan PRIBUMI.

"Mereka memang selalu yakin tapi sampai masa mereka kecundang juga, kalau tak percaya lihat sahaja apa yang saya katakan ini betul atau tidak," ujarnya.

No comments:

Post a Comment