Empangan Hidroelektrik Murum dibuka secara rasmi - Randau Sarawak

Breaking

Tuesday, September 27, 2016

Empangan Hidroelektrik Murum dibuka secara rasmi

BELAGA - Loji Hidroelektrik (HEP) Murum bernilai RM4.1 bilion yang dapat membekalkan sehingga 944 MegaWatt (MW) tenaga boleh diperbaharui mapan dan berpatutan kepada Sarawak terutama kawasan Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (Score) dirasmikan hari ini.


HEP Murum merupakan projek pembangunan tenaga hidro Sarawak Energy Berhad (SEB) di bawah Score dan kedua selepas pengoperasian HEP Batang Ai di Lubuk Antu sejak 30 tahun dahulu.


Majlis tersebut telah dirasmikan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud.


Yang turut hadir, Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem; Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Tan Sri Dr. James Jemut Masing; Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani; Pengerusi SEB, Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Torstein Dale Sjotveit.

No comments:

Post a Comment