Dua Laporan Polis Dibuat Terhadap Pemilik FB 'Kapak Sarawak' - Randau Sarawak

Breaking

Thursday, September 29, 2016

Dua Laporan Polis Dibuat Terhadap Pemilik FB 'Kapak Sarawak'

BINTULU: Dua laporan polis dibuat semalam ke atas pemilik laman sosial Facebook, 'Kapak Sarawak (Anthony Bakit)' yang di­dakwa menghina penung­gang motosikal berkuasa tinggi.

Di Bintulu, Pengerusi Bintulu Bikers Community (BBC) Club, Ahmad Lato bersama beberapa ahli kelab­nya tampil membuat laporan polis di Pusat Sehenti Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu untuk meminta tindakan di­ambil terhadap pemilik akaun tersebut.

Ahmad Lato memberitahu, laporan polis itu dibuat se­bagai tanda protes dan tidak puas hati ahli-ahli kelab sekali gus kesal dengan catatan pe­milik akaun laman sosial itu yang disifatkan menjatuhkan maruah penunggang mo­tosikal berkuasa tinggi.

Tidak menafikan ada seg­elintir penunggang motosikal tidak berhemah di jalan raya, Ahmad Lato berkata tidak semua seperti mana yang dinyatakan dalam 'posting' FB tersebut.

Jelasnya, laporan tersebut bertujuan meminta Suru­hanjaya Komunikasi dan Mul­timedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan terhadap pemilik akaun berkenaan.

Sementara itu di Betong, ahli-ahli Betong Bikers Mo­tor Club (BBMC) Betong turut membuat laporan sama terhadap terhadap pemilik akaun FB berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong.

Presiden BBMC Betong Abdul Rahim Jaini mem­beritahu, sebagai ahli pemilik motosikal berkuasa tinggi dalam kelab yang berdaftar, mereka berasa terpanggil untuk tampil membuat satu laporan polis atas kenyataan 'biadap' itu.

"Kami pemilik dan wujud dalam kelab yang berdaftar berasa tidak puas hati dan kurang senang dengan ayat-ayat penghinaan yang di­gunakan oleh beliau selain sumpahan yang ditujukan kepada pemilik motosikal berkuasa tinggi.

"Kenyataannya juga seo­lah-olah membangkit api kemarahan setiap pemilik motosikal yang dilabelkan beliau sebagai 'hantu' di jalan raya, menunggang tidak ikut peraturan dan banyak lagi kenyataan negatif merujuk kepada penunggang mo­tosikal ini.

"Kami tidak mahu peng­hinaan ini menimbulkan situasi negatif menyebabkan masyarakat memandang se­rong terhadap kami sebagai kelab yang berdaftar dan sah di sisi undang-undang," kata Abdul Rahim yang turut meminta pihak SKMM men­gambil tindakan sewajarnya terhadap pemilik akaun terbabit.

No comments:

Post a Comment