VIRAL!!! SARAWAKIANS BANTU CARI DERRONA SAMPAI DAPAT


Viral sampai dapat, tak dapat bantu Share pun dah memandai. Doakan anak selamat pulang ke pangkuan keluarga.
mohon hubungi Polis Daerah Miri di talian jika ada sebarang maklumat 085-433400 atau 085-433730,
Rabu, 17 Ogos 2016
Kehilangan Derrona Kes Culik
MIRI: Polis Miri mengklasifikasikan kes kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun sebagai kes culik.
Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Junaidi Bujang ketika dihubungi berkata, seorang kanak-kanak perempuan Derrona Joylyn Joseph, 11 dilaporkan hilang selepas pulang dari sekolah tengah hari semalam.
“Dalam kejadian yang berlaku tengah hari semalam mangsa dikatakan mengikuti seorang lelaki dengan menaiki sebuah kereta Perodua Viva berwarna putih dan mangsa gagal dikesan sehingga sekarang.” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Hasil siasatan awal mendapati lelaki yang menjemput mangsa balik dari sekolah adalah merupakan abang ipar mangsa yang dikenali sebagai Julian Sabong, 36.
Kedua-duanya dilaporkan gagal dikesan sehingga hari ini.
Sementara itu, Junaidi juga memberitahu bahawa kenderaan yang digunakan untuk menjemput mangsa telah ditemui terbiar di sebuah tanah lapang Jalan Miri Bypass.
Kes kini disiasat dibawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik dan melarikan seseorang dengan niat hendak mengurung dengan sulit dan salah.
Sehubungan itu, polis menyeru agar orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini boleh menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat kes iaitu Insp. Chalart Cinda Eh Nem di talian 017-9825150 atau menghubungi terus ke Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Miri di talian 085-433400 atau 085-433730

Facebook Comment