Video: Lebih 100 Helai Jersi Tiruan Pasukan Bola Sepak Sarawak Dirampas 📹

Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan,KPDNKK,merampas lebih 100 helai jersi tiruan pasukan bola sepak Sarawak.

Menurut Timbalan Pengarah Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK Sarawak, Abdul Hafidz A.Rahim, serbuan di bahagian Serian itu disertai enam anggota penguatkuasa membabitkan rampasan bernilai hampir RM800.

Pihaknya percaya premis yang diserbu telah menjual serta membekalkan jersi tiruan untuk diedar sekitar Serian, Kuching dan Kota Samarahan sejak saingan Liga Malaysia bermula.

Bagaimanapun, tiada tangkapan dilakukan.

Keterangan pekerja di premis berkenaan telah diambil bagi tujuan siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8(2)(B) Akta Perihal Dagangan 2011.

Sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM10,000 bagi setiap barangan.


Facebook Comment