Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak meriah - Randau Sarawak

Breaking

Thursday, September 1, 2016

Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak meriah


Kira-kira 10,000 masyarakat setempat di sekitar Sri Aman memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak yang berlangsung di Kompleks Sukan Bahagian Sri Aman semalam.
Terdahulu, majlis perasmian sambutan ini telah dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
Hadir sama pada majlis berkenaan, Ketua Menteri Datuk Patinggi Adenan Satem, isteri Yang di-Pertua Negeri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib, isteri ketua Menteri Datin Patinggi Datuk Jamilah Anu, Timbalan-Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Abang Johari Tun Abang Openg, Tan Sri Datuk Amar James Masing serta menteri dan menteri muda Sarawak yang lain.
Dalam pada itu, sebanyak 80 kontinjen daripada pelbagai agensi kerajaan, swasta, persatuan serta pertubuhan bukan kerajaan berserta 5,000 peserta telah mengambil bahagian dalam perarakan sambutan Hari Kebangsaan semalam.

Sambutan penuh warna-warni Hari Kebangsaan di sini turut dimeriahkan dengan gabungan persembahan para pelajar tiga sekolah menengah di Sri Aman iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simanggang, SMK Saint Luke dan SMK Sri Aman serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

No comments:

Post a Comment