NASIB KAMULAH PAKATAN HARAPAN, MAHATHIR BAKAL HANCURKAN PAKATAN PRU14


Walaupun parti Pribumi Mahathir baru ditubuhkan dan masih menunggu “greenlight” dari pihak berkuasa, namun kesan penubuhannya akan mendatangkan impak yang besar dimasa akan datang.

Jika ditanya kepada para pentaksub Mahathir tentu sekali pendapat mereka tidak boleh digunapakai lagi untuk menilai sesuatu perkara kerana penilaian mereka berpaksikan pemujaan idola dan bukan atas sebab kebenaran sesuatu perkara.

Parti Pribumi yang cuba diketengahkan sebagai parti Bersatu tetap akan dipanggil parti milik Mahathir anak beranak.

Ia terlahir atas sebab kekecewaan dan atas sebab plan A sampai Z sudah gagal untuk menjatuhkan Perdana Menteri DS Najib Razak.

Walaupun parti ini boleh dianggap sebagai “New kid in the block” ataupun “Johnny come lately” namun ia dipenuhi oleh orang orang tua zaman Jurasik seperti Tun Mahathir , Muhyiddin Yassin, Tun Daim dan Sanusi Junid dibelakang nya.

Ketika parti Mahathir ini di tubuhkan ia di sambut sebagai satu kejayaan oleh ProTun dan Pro-anarki atas sebab konon nya untuk “Selamatkan Malaysia” dan hapuskan UMNO.

Ketika pemimpin UMNO membuat penjelasan berkenaan parti baru ini mereka menyatakan tidak akan terjejas dengan kelahiran parti orang kecewa ini, ramai pentaksub dan Protun mencemeh dan menjadikan ia bahan lawak jenaka.

Namun apabila dikaji semula, ataupun on second thought, apa yang pemimpin UMNO nyatakan adalah amat betul dan tepat.

Baru sahaja bermula, pembangkang sudah kehilangan 2 kerusi yang mereka tidak boleh tanding milik Mukhriz dan Muhyiddin,jika tidak pada kerusi sama , maka tetap rugi juga jika 2 individu ini lari ke kerusi lain, dan tentu sekali kerja negotiasi dijalan kan untuk tidak ganggu kerusi Shafie Apdal.

Maka ini membuktikan awal awal lagi Pakatan sudah kehilangan 3 kerusi.

Bukan terhad pada 3 kerusi ini, bahkan demi mahu anak nya mewarisi kuasa supaya dapat meluluskan banyak perkara sulit yang tersekat, tentu sekali Tun Mahathir akan mencari helah untuk bertanding lebih kerusi lagi.

Kerusi siapa kah yang akan terkorban yang selama ini menjadi pesaing kepada kerusi UMNO?

Maka kek yang sama perlu di kongsi dengan kawan baru , dan banyak perundingan terpaksa dilakukan demi untuk mengelak dari pertandingan 3 atau 4 penjuru.

Maka yang nyata ada lah kerugian kepada DAP, PAN, dan PKR.

UMNO tetap bertan ding dengan tidak kira siapa pun yang dicalonkan dari pihak Pakatan, tetapi pakatan akan terpaksa berunding siapa yang akan menghadapi UMNO.

Maka, bala  bukan untuk UMNO tetapi untuk Pakatan.

Dengan berkobar kobar nya individu tertentu dari PERKASA misal nya dan mereka mereka yang memuja Tun M, tentu mereka juga mahu diketengahkan menjadi calon dan wakil Parti Pribumi. Persoalan , kerusi siapa yang bakal terkorban untuk beri laluan kepada Pribumi? PKR? DAP? Atau PAS? Jika masih mahu bersama Pakatan.

Jadi inilah dikatakan bala untuk Pakatan, dan kelahiran Parti Pribumi Tun Mahathir hanya bakal kucar kacirkan Pakatan sahaja dan menjadi advantage kepada UMNO.

Tidak perlu dengar pendapat dari mana mana pihak ProTun kerana hidup mereka didalam penafian. 

Mereka menafikan Tun sudah mecium kaki DAP, mereka menafikan PERKASA akan jadi NGO Mak Nyah yang tidak b era nis entuh perkauman DAP sebab mahu jaga hati, seperti mana Tun Mahathir  bertukar dari harimau kepada kucing belaan apabila takut menegur rasuah Guan Eng dan DAP.

Politik jaga hati terpaksa diamal kan oleh Tun Mahathir dan kuncu nya kerana sudah terjebak dengan DAP untuk menjatuhkan kaum sebangsa seagama nya UMNO.

Benar lah juga pendapat setengah orang , dimana ada Mahathir di situ akan ada kerosakan dan kucar kacir , kerana politik Mahathir adalah politik agenda peribadi.

Ketika dalam UMNO dulu kerana semua kehendak peribadi nya dilayan sendiri sehingga lah datang Presiden parti yang enggan melayan kehendak peribadi nya.

Kesetian Mahathir  hanya lah kepada kehendak peribadi sahaja, tidak pernah kepada parti, selama dapat menggunakan kan UMNO selama itu lah dia setia.

Sama juga di waktu ini, dia setia kepada DAP, Azmin PKR dan PAN kerana ada motif peribadi boleh dicapai melalui mereka, lihat dan tunggu apabila tidak dapat nanti.

Parti Yang 22 tahun jadikan dia PM yang kayakan dia pun dia boleh campak begitu sahaja apa lah sangat gang baru ini, bila dia tidak dapat jumlah kerusi yang dia mahu pada PRU14, lihat lah nasib kamu Pakatan Harapan.
Jangan cakap kami tidak pernah pesan.
www.tv14.my/

Facebook Comment