Nama Sahaja Part Baru Tapi Agenda Lapuk Milik Mahathir. - Randau Sarawak

Breaking

Tuesday, August 9, 2016

Nama Sahaja Part Baru Tapi Agenda Lapuk Milik Mahathir.

Kenapa Tun Mahathir buka parti baru?

Jawapan nya mudah, kerana semua opsyen untuk tumbangkan Najib ikut cara haram dan kotor telah kehabisan.


Kenapa pada mula nya Tun Mahathir tidak buka parti baru dari awal?


Kerana Tun Mahathir underestimate DS Najib dan menyangka DS Najib sama dengan Pak lah yang boleh di ugut dan di singgkir cara kotor.


Tun Mahathir mungkin sudah terlalu tua sehingga dia terlupa Najib sudah ada dalam politik lebih 40 tahun dan melihat semua yang dilakukan oleh Tun Mahathir terhadap Presiden UMNO dan Timbalan  nya apabila merasa mereka perlu di singgkirkan.


Najib ada lah "hard nut to crack" kerana boleh membaca apa yang akan dilakukan oleh Tun Mahathir, dari mengguna dan peralat kan pegawai tinggi kerajaan sehingga lah ketua agensi agensi negara.


Maka itu sebab cubaan sama yang pernah dilakukan terhadap Pak lah gagal dengan Najib , termasuk lah fitnah fitnah yang dicipta.


Hari ini kata nya TS Muhyiddin Yassin akan mendaftarkan parti baru milik Mahathir and Son.


Seperti mana Tun sedia per alatkan siapa sahaja untuk agenda nya, kini Muhyiddin di perguna kan untuk mendaftarkan parti milik Mahathir.


Atas sebab Muhyiddin sudah tidak laku ditempat lain dan dalam keadaan desparate, maka dia ada lah watak sesuai untuk di gunakan.

Lagi pun "birds of a feather fly together"

Maka nanti jika Muhyiddin kena naikkan Mukhriz jika angan angan Mahathir parti nya ada hak tentukan siapa Perdana Menteri , maka dia hanya perlu kata "bukan saya yang lantik tetapi Muhyiddin yang lantik". Maka semua akan selesai.


Mahathir perlu tubuhkan  parti baru kerana pada awal nya berkira dia boleh tumbangkan Najib dalam sekelip mata dengan ugutan seperti Pak lah kena satu waktu dulu ketika menjadi Perdana Menteri.


Atas sebab semua cara sudah gagal, maka Mahathir akur , Perdana Menteri yang halal hanya boleh dinaikkan dengan pilihanraya. Selain dari cara pilihanraya , ia haram kerana sistem pilih Uli Amri negara Malaysia berdasarkan cara ini, ia itu pilihanraya.


Kekecewaan Mahathir berganda kerana banyak wang telah digunakan terutama nya membeli jiwa untuk menyokong perjuangan peribadi nya.


Wang paling banyak yang telah digunakan ada lah untuk menggunakan media asing untuk melaporkan cerita yang sudah dirancang tajuk nya.


Perbelanjaan ini dikata kan memakan ratusan juta untuk mengupah "rogue" journalist dan akhbar nya untuk berani melaporkan perkara tidak betul.


TS Muhyiddin yang konon berkata dia ibaratkan UMNO sebagai kereta buruk, mungkin terlupa dia sekarang ini sedang menaiki kenderaan berusia 91 tahun.


Umpama kereta buruk dengan cat baru, itu lah dia parti baru Parti Peribumi yang sedang Muhyiddin tumpang.


Agenda lapuk menggunakan parti baru, dimana memuaskan nafsu kroni dan di dana oleh kroni.


Jika pihak Tun enggan terima kenyataan dia mengguna kan dana kroni , maka tentu sekali dia kena mengaku menggunakan dana UMNO lama yang entah siapa bawa lari aset nya ketika di bubarkan.


Apa pun parti baru ini hanya silap mata untuk kabui mata rakyat, agenda nya agenda peribadi Mahathir, motif nya motif yang gagal didapati melalui UMNO kerana DS Najib enggan akur kepada permintaan peribadi dan penguasaan taikun perniagaan menggunakan Presiden UMNO seperti di era Mahathir jadi Perdana Menteri.


Muhyiddin ibarat kan UMNO kereta buruk, walau pun dia kaya raya melalui nya, orang UMNO juga menganggap parti baru ini seperti  kicap yang basi yang diletak kan dalam botol baru.


Yang untung Mahathir and Son, ahli ahli nya macam biasa hanya alat sahaja seperti mana Mahathir peralatkan UMNO sekian lama untuk memuaskan nafsu dan kroni nya.

Beruang Biru

No comments:

Post a Comment