- Randau Sarawak

Breaking

Wednesday, August 10, 2016

MAHATHIR TAHU SKANDAL MUHYIDDIN, ALASAN UNTUK MUKHRIZ GANTI MUHYIDDIN NANTI

Parti Pribumi Bersatu atau singkatnya Pribumi bakal hadapi masalah dimasa depan dalam masa terdekat jika Muhyiddin menjadi Presiden nya.

 
Ini kerana kes skandal Muhyiddin dengan isteri bekas pendakwa raya Stanley Augustine, Nika Gee bakal dibicarakan nanti.

http://www.malaysia-today.net/why-did-muhyiddin-block-the-court-case-if-he-is-innocent/

http://www.mynewshub.cc/2016/06/20/bicara-kes-cerai-skandal-muhyiddin-ditangguh/


Jika seseorang sudah lama study cara Tun mentadbir tentu dia akan tahu memegang sesuatu isu atau kes adalah salah satu cara menguasai orang itu.


Tun Mahathir sudah lama tahu akan kes membabitkan tanah oleh TSMY ketika menjadi Menteri Besar Johor dulu, lalu kemudian nya membawa Muhyiddin ke pentadbiran Pusat, ini seolah olah memegang tengkok Muhyiddin.


Tun Mahathir juga memerli Muhyiddin dengan panggilan "The richest MB"


Baca ini :-

http://www.kualalumpurpost.net/muhyiddin-yassins-scandal-exposed/


Dalam kes terbaru walau pun lama tetapi baru terbongkar, dipercayai Tun Mahathir sudah buat perkiraan "half way" dalam urusan mentadbir Parti baru nya, Muhyiddin akan berhadapan dengan kes Mahkamah , lalu kes ini akan menyebabkan Muhyiddin di suruh berundur untuk beri laluan kepada Mukhriz.


Maka nampak lah seolah olah Mukhriz naik mengganti  kerana Muhyiddin ada skandal.


Maka oang ramai tidak boleh menuduh Mukhriz dinaikan atas sebab sememangnya itu niat asal Tun M.


Kita anggap lah Muhyiddin sebagai boneka dan alat sahaja.


Ada setengah berpendapat pula bahawa Muhyiddin pun tahu akan hal ini, tetapi tetap teruskan kerana memikirkan "along the way' Tun Mahathir akan sakit atau lebih jauh akan  temui ajal lalu dia akan terus dapat berkuasa.


Dalam Politik tiada kesetian tetap, yang ada kepentingan yang tetap


Ia seperti kata Henry Kissinger, bekas Setiausaha negara Amerika  "America has No permanent friends or enemy, only permanent interest"


Secara terus bermaksud tiada kawan atau lawan yang tetap, yang ada cuma kepentingan yang tetap.


Ini juga terpakai kepada Tun Mahathir, tiada kesetian kekal kepada UMNO selagi dia dapat menggunakan nya, apabila UMNO sudah enggan jadi alat dan dipergunakan, Tun Mahathir bersahabat dengan DAP dan siapa sahaja yang boleh bantu dia capai kepentingan nya.


Ia sama juga kepada Muhyiddin , apabila melihat peluang menjadi Perdana Menteri tertutup akibat Najib bertambah kukuh , maka dia terpaksa cari alasan untuk menjatuhkan nya, memandangkan umur nya lebih tua dari Najib.


1MDB yang dijaja oleh TSMY hanya lah modal , anda perlu satu alasan untuk buat benda yang tidak senonoh seperti tumbangkan Presiden parti. 1MDB memenuhi kehendak ini.


Maka dalam konteks ini Tun menggunakan Muhyiddin, Muhyiddin mengguna kan Tun.


Masing masing berharap niat mereka tercapai dulu.


Musuh Mahathir yang menghalang ada 2, Allah dan umur, Najib Razak bukan penghalang.


Mahathir tidak ada masa lama untuk menunggu Perdana Menteri kegemarannya untuk naik sebelum dia pejam mata. Masa amat  terhad untuk Mahathir menunggu.


Bukan sahaja Perdana Menteri Idaman ini akan berlaku seperti Lee Hsien Loong membaca watikah ketika ayah nya dikebumikan, tetapi ada perkara yang dia mesti luluskan kerana 2 Perdana Menteri enggan luluskan.


Nyata sekali Parti Pribumi ini adalah balasan kepada ejekan Mahathir kepada Anwar satu masa lalu, dimana Mahathir menyatakan parti Anwar hanya satu satu parti politik untuk kepentingan peribadi Anwar menggunakan nama Rakyat untuk tujuan peribadi dan keluarga.


Malang nya parti Mahathir begitu juga, menggunakan nama Pribumi walaupun untuk memberi service kepada diri sendiri dan para kroni yang bukan Pribumi.


Pribumi dialatkan sebagai pencacai pemberi sokongan sahaja , sedangkan yang kaya nanti para kroni dan anak beranak.

No comments:

Post a Comment