KEJAYAAN AZIZUL, PERSATUAN BECA PULAK BUAT LAPOR POLIS HARI INI


Kejayaan Azizul Hasni Awang meraih gangsa awal pagi tadi dalam acara pecut basikal di Olimpik Rio, membawa maksud dia akan mendapat wang sebanyak RM 100,000 disamping pencen seumur hidup sebanyak RM 2,000 sebulan.
Sama seperti tindakan seorang bekas anggota tentera payung terjun yang membuat laporan polis mempertikaikan ganjaran yang diterima atlit terjun Pandelela Rinong minggu lepas (pencen RM 3,000 dan wang RM 300,00), sebuah persatuan beca di Melaka juga akan membuat laporan polis yang hampir  sama hari ini.
Amatlah tidak adil mereka yang berkayuh ada yang sehingga berpuluh tahun, tidak terbela nasib mereka dalam bentuk pencen dan sebagainya oleh kerajaan seperti yang dinikmati Azizul Hasni sekarang.  Azizul Hasni hanya berkayuh tidak sampai 5 minit tapi berjaya dapat pencen dan wang beratus ribu.
Ini sangat tidak adil dan dengan itu laporan polis pun dibuat.
Kalau pingat emas boleh faham, ini pingat gangsa, adilkah kejayaan yang tidak seberapa ini dibalas dengan ganjaran yang begitu besar?
NPR

Facebook Comment