DEMO AMAN PROTES PETRONAS , JANGAN TERKELIRU



Demo Aman protes Petronas di Miri Sarawak yang berlangsung dengan aman dan tenang tepat jam 11:20 pagi selama 20 minit di hadapan pintu masuk utama bangunan Sarawak Operations, Petronas Carigali Lutong Miri, Sarawak sedikit sebanyak telah memberi presepsi negatif orangramai yang berada di sekitar kawasan perhimpunan terhadap kerajaan khususnya kerajaan negeri Sarawak.



Perhimpunan yang menyasarkan kehadiran seramai dua ratus orang bagaimanapun tidak menepati sesaran dan hanya dihadiri kurang dari lima puluh orang .Diantara yang menghadirinya adalah kumpulan yang semuanya  pro pembangkang seperti Sarawak Independent Alliance (CIA) Miri yang di pimpin oleh Fong Pau Teck. Sarawak 4 Sarawakian yang di pimpin oleh Hanim Jaraiee dan PEDAS yang di terajui oleh Dennis Along.

Walaupun perhimpunan ini disifatkan mereka sebagai satu usaha untuk menyokong hasrat kerajaan
Negeri bagi memperolehi semula hak Sarawak khususnya memberikan kelebihan kepada penduduk Sarawak bekerja dalam sektor O&G namun ianya tetap mengundang imej negatif bila imej 'West Malaysia' yang diketengahkan berdasarkan elemen penolakan pekerja Petronas yang dikatakan dimonopoli oleh orang Semenanjung.

Namun begitu hasrat dan usaha YAB Ketua Menteri untuk mendapatkan hak dan autonomi Sarawak mendapat sokongan pihak S4S seperti kenyataan dikeluarkan oleh Hanim Jaraiee, peneraju S4S Miri. Ini membuktikan bahawa, BN Sarawak di bawah pimpinan YAB Ketua Menteri mendapat sokongan total tanpa mengira kefahaman politik dan latar belakang sesuatu Pertubuhan.

Untuk itu sebarang usaha kerajaan Negeri untuk mendapatkan semula autonomi dan hak Sarawak perlu diberikan penekanan dan pendedahan sewajarnya untuk mengelak sebarang kekeliruan berhubung usaha ini.

Pemantauan daripada pihak berwajib juga hendaklah dibuat secara berterusan terhadap kumpulan ini agar mereka tidak menjejaskan sokongan pengundi kepada Kerajaan Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum Ke-14 yang akan datang



Facebook Comment