1MDB : DOJ Tarik Balik Perintah Sekatan Terhadap Red Granite Pictures (video) 📹

video

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat menarik balik perintah sekatan yang dibuat 20 Julai lalu berhubung tuntutan saman sivil bagi membekukan aset anak tiri kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak iaitu Riza Aziz yang diperolehi menerusi Red Granite Pictures.

Dengan keputusan itu, Red Granite dibenarkan beroperasi seperti biasa, dan DOJ telah memerintahkan pihak bank untuk terus berurusan dengan syarikat terbabit.

Riza juga dibenarkan kembali ke Amerika Syarikat untuk pembikinan filem.

DOJ juga bersetuju untuk membebaskan tanpa syarat ke atas rakan kongsi dan vendor Red Granite dari sebarang tindakkan undang-undang.

Pendapatan semasa daripada filem "Friends With Kids: dan "The Wolf Of Wall Street" yang sangat berjaya itu juga boleh digunakan untuk memenuhi komitmen sedia ada atau membayar vendor dan pinjaman.

Bagaimanapun pendapatan masa hadapan daripada kedua-dua filem itu akan disimpan dalam Escrow, sementara menunggu keputusan daripada tuntutan saman sivil oleh DOJ  itu.

Setakat ini gabungan filem Red Granite telah menjana lebih AS$800 juta termasuk AS$400 juta hasil filem "The Wolf Of Wall Street".

Pendapatannya terus meningkat berjuta ringgit setahun, hasil jualan kepada kabel tv dan perkhidmatan sewa dvd dalam talian.

Riza sebelum ini dituduh oleh DOJ mengambil dana AS$200 juta yang berkaitan dengan One Malaysia Development Berhad, 1MDB.

Bagaimanapun Riza memaklumkan bahawa wang berkenaan adalah pinjaman, di mana "The Wall Street Journal (WSJ) juga melaporkan sebelum ini bahawa sebahagian besarnya telah dibayar.


Facebook Comment