Tujuh Tahun Pertama Mahathir Menjadi Perdana Menteri - Randau Sarawak

Breaking

Monday, July 4, 2016

Tujuh Tahun Pertama Mahathir Menjadi Perdana Menteri

Tujuh Tahun Pertama Mahathir Menjadi Perdana Menteri

Bandingkan tujuh tahun pertama Mahathir menjadi PM berbanding Najib

Mahathir menjadi PM tahun 1981

Pada 1981 melalui Malaysian Mining Corp.,  Mahathir cuba menguasai pasaran timah dunia dan pada tahun 1986 berlaku skandal Makuwasa. RM1.6bilion lesap dan untuk menampung kerugian syarikat RM2 Makuwasa ditubuhkan dwngan tujuan mendapat pinjaman dari Bank Bumiputera. Dah bayar balik? Bayar guna duit rakyat?

1985-86 negara mengalami kegawatan ekonomi dan berlanjutan sehingga 1988.

1987 Mahathir ditentang oleh Ku Li dalam pemilihan Presiden UMNO dan Ku Li kalah dengan 46 undi, sebab utama kerana Najib selaku Ketua Pemuda bersetuju menyokong Mahathir bersama perwakilan dari kalangan Pemuda UMNO.

1988 UMNO di isytihar haram dan UMNO berpecah kepada Team A dan Team B. Tidak pernah berlaku sebelum itu UMNO berpecah sedemikian teruk. Team B di anggotai oleh Almarhum YTM Tunku Abd Rahman dan Allahyarham Tun Hussein Onn juga Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Musa Hitam.

1988 Ketua Hakim Negara dipecat kerana kes pengharaman UMNO. Turut dipecat 2 hakim Mahkamah Agong.

Itu yang berlaku sepanjang 7 tahun pertama Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Belum lagi cerita Bank Bumiputra hampir bankrap dan bailout oleh Petronas kerana skandal BMF dsbnya.

Selain dari diatas hanya melaksanakan slogan seperti Bersih Cekap Amanah dan seragamkan waktu Malaysia Timur dan Semenanjung.

Tiada yang menguntungkan rakyat.

8 tahun DSN sebagai perdana menteri
#RespectMyPM
#saluteMyPM

1.  Projek Lebuhraya Pantai Timur LPT2. Patut disiapkan di Zaman Tun Mahathir. Diberhentikan kerana PAS menawan Terengganu. Disambung oleh Pak Lah, terhenti kerana kenaikan melambung harga bahan api diesel dan petrol. Berjaya disambung semula dan disiapkan oleh Najib walaupun dikatakan Malaysia mahu bankrup.

2. Projek Lebuhraya Persisiran Pantai Barat dari Banting, Selangor ke Taiping, Perak sedang giat dilaksanakan.

3. Projek Lebuhraya Pan Borneo 1000 km lebih tanpa Tol sedang giat di bina.

4. Terminal Bus Selatan mengantikan Terminal Bus Puduraya yang cukup moden dan sistematik. Ini menggantikan projek Plaza Rakyat yang dihentikan sejak zaman Mahathir kerana bencana ekonomi 1998 dan sekarang dalam proses dipulihkan oleh kerajaan Najib.

5. KLIA 2 siap walaupun dituduh Malaysia tiada wang.

6. LRT 2 siap dan sudah beroperasi walaupun di tuduh Malaysia akan Bankrup. 

7. Pembinaan Menara Tertinggi di Malaysia iaitu KL 118 sedang berjalan.

8. Projek Bandar Moden Malaysia dan TRX termasuk keretapi laju dari Kuala Lumpur ke Singapura.

9. Kelulusan pembinaan Lebuhraya dari Terengganu ke Kelantan.

10. Kelulusan projek keretapi Laju dari Kuala Lumpur ke Pahang ke Terengganu dan Kelantan yang menelan kos kira kira 70 billion.

11. BRIM pun rakyat dapat.

12. 840 mangsa banjir dapat rumah percuma.

13. Banyak pembinaan cawangan cawangan UITM yang baru.

14. Banyak pembinaan MRSM yang baru.

15. Bandar Universiti Pagoh yang terdiri daripada 4 buah universiti.

16. Apartment baru untuk polis, dulu cuma rumah flat sahaja.

17. Banyak Hospital, Pusat Kesihatan dan Klinik 1 Malaysia yang baru.

18. Kenaikan gaji minimun kepada RM 900.00, pencen tentera, skala gaji kakitangan awam.

19. Penstrukturan semula Malaysia Airlines System daripada terus menanggung rugi berbillion ringgit.

20. Baucer buku pelajar kolej dan universiti swasta dan kerajaan RM 250.00 setahun.

21. Menghapuskan beban subsidi berbillion ringgit oleh kerajaan terhadap proton melalui penswastaan.

22. Menghapuskan subsidi IPP berbillion ringgit kepada syarikat syarikat besar.

23. Rumah percuma bagi rakyat miskin bernilai RM 25,000 ke RM 30,000.

24. Rumah mesra rakyat RM 60,000 dengan bayaran bulanan sekitar RM 200.

25. Perumahan Prima.

26. Membantu penstrukturan semula pengurusan air Kelantan yang dah berpuluh tahun mengalami masalah.

27.  Lebuhraya baru Kuala Lumpur ke Kota Bharu Kelantan melalui Merapoh Pahang sedang giat berjalan .

28. Keratapi laju Kuala Lumpur ke Ipoh ke Padang Besar, Perlis dah siap beroperasi

29. MRT line 1 dah nak operasi, MRT line 2 dan LRT line 3 dah nak mula pembinaan.

30. Bangunan Signature tower di TRX setinggi KLCC yang sedang dalam pembinaan dan dijangka siap tahun 2018.

No comments:

Post a Comment