TABAYYUN SEBELUM MEMPERCAYAI SESUATU. - Randau Sarawak

Breaking

Monday, July 25, 2016

TABAYYUN SEBELUM MEMPERCAYAI SESUATU.

Arab Saudi pun pernah dituduh terlibat dalam siri serangan 911 oleh U.S Department of Justice.

Malah dalam laporan '911 commission report' terdapat 28 muka surat yang 'diharamkan untuk diterbitkan' selama 14 tahun, yang mana menjadi 'modal' pelobi dan pembenci negara Islam untuk mengaitkan negara Islam berkenaan dengan serangan pengganas 911.

Mereka memfitnah Arab Saudi dengan bermacam-macam fitnah sehingga Arab Saudi terpaksa melaporkan setiap transaksi kewangan amal mereka (a.k.a Derma) secara terbuka (Satu perkara yang tidak gemar dilakukan oleh Arab Saudi adalah mengumumkan sumbangan mereka secara terbuka. Sila rujuk buku berjudul "A Country and A Citizen for Happy, Decent Life, terbitan Kementerian Penerangan Arab Saudi m/s : 40).

Ternyata, 28 muka surat tu dah 'declassified', baru-baru ini tidak membuktikan sebarang perkaitan Arab Saudi dengan serangan 911.

Justeru itu..sebaran berita dari Amerika Syarikat ini harus dipertimbangkan terlebih dahulu sebelum mudah mempercayainya. Ingatlah dulu, mereka pernah tuduh Iraq mempunyai 'weapon of mass destruction - (WMD)'. Namun apabila negara itu  musnah, barulah mereka akui bahawa mereka tersilap.

Apa-apa pun berhati-hatilah dalam menilai berita. Terutama sekali dari Amerika Syarikat.

Firman Allah swt dalam surah Al Hujurat, ayat 6

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

No comments:

Post a Comment