Rakan niaga anak Mahathir didakwa kes ‘insider trading’ Kenchana Petroleum - Randau Sarawak

Breaking

Saturday, July 30, 2016

Rakan niaga anak Mahathir didakwa kes ‘insider trading’ Kenchana Petroleum

Seorang bekas pengarah eksekutif Kenchana Petroleum Bhd mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap pertuduhan mempunyai maklumat yang tidak boleh didapati secara umum atau 'insider trading' manakala dua lagi dikenakan tuduhan bersubahat dengannya.

Bekas Pengarah, Yeow Kheng Chew, 64, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan memperoleh 1.159 juta unit saham Kenchana Petroleum melalui akaun sistem depositori pusat Paulene Chee pada sekitar 8 Julai 2011.

Ini berikutan cadangan penggabungan Kumpulan Kenchana Petroleum Berhad dan Kumpulan SapuraCrest Petroleum Berhad.

Chee, 56, dan Tan Yee Chee, 46 dituduh bersubahat dengan Yeow, bekas rakan niaga, Datuk Mokhzani Mahathir, anak kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Suruhanjaya Sekuriti diwakili oleh Roz Mawar Rozain.

Jika sabit kesalahan ketiga-tiga mereka berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda tidak kurang daripada RM1 juta.

Hakim mahkamah sesyen Zulqarnain Hassan membenarkan permohonan suruhanjaya sekuriti untuk perbicaraan bersama.

Beliau juga membenarkan ikat jamin RM1 juta kepada Yeow dengan dua penjamin dan RM800,000 setiap satu untuk Chee dan Tan.

Zulqarnain juga menetapkan 11 Ogos sebagai tarikh pengurusan kes.

No comments:

Post a Comment