AZMIN ALI TIDAK PERLU 'DOUBLE STANDARD'. #BeStrongPM #KekalNajib - Randau Sarawak

Breaking

Tuesday, July 26, 2016

AZMIN ALI TIDAK PERLU 'DOUBLE STANDARD'. #BeStrongPM #KekalNajib

KENYATAAN MEDIA

YB DATUK AB AZIZ KAPRAWI,
AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO.

UNTUK EDARAN SEGERA

26 JULAI 2016
aziz-kaprawi

AZMIN ALI TIDAK PERLU 'DOUBLE STANDARD'.
#BeStrongPM #KekalNajib

1. Merujuk kepada kenyataan media Azmin Ali pada 21 Julai 2016, saya ingin melahirkan rasa kesal dan ingin menggesa supaya Menteri Besar Selangor, Azmin Ali untuk memohon maaf atas kenyataan jijik beliau.

2. Jelas disebut di dalam kenyataan media Peguam Negara (AG) AS, Loretta E. Lynch bahawa prosiding yang diwartakan oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) AS merupakan satu saman sivil terhadap sebuah syarikat penerbitan filem berpangkalan di Amerika.

3. Saman sivil bukanlah satu prosiding jenayah dan ia dilakukan atas laporan 'individu' tertentu kepada DoJ tentang kemungkinan berlaku penyelewangan atau penggubahan wang haram berkaitan urus niaga 1MDB dengan beberapa rakan niaganya.

4. Kenyataan media Lynch hanya menamakan empat (4) orang sahaja iaitu Riza Aziz, Jho Low, dan dua orang pegawai tinggi Aabar Investments PJS tanpa menyebut nama Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak.

5. Kenyataan media oleh Azmin Ali dianggap sebagai menjelekkan dan bersifat 'double standard'.

6. Rakan pembangkang Azmin Ali, Lim Guan Eng dari parti DAP secara jelas telah didakwa di mahkamah pada 30 Jun yang lepas atas dua pertuduhan rasuah membabitkan penyalahgunaan kuasa berhubung isu permohonan pengezonan semula status tanah dan pembelian banglo di Jalan Pinhorn.

7. Malahan, tidak ada satupun kenyataan yang Azmin keluarkan untuk menuntut supaya Lim Guan Eng tampil ke hadapan dan mengaku akan kesalahannya seperti mana yang beliau lakukan terhadap Perdana Menteri Malaysia yang telah dipilih melalui sistem demokrasi.

8. Sekiranya Azmin mempunyai sifat mengutamakan keadilan, tidak prejudis, dan ikhlas, sudah tentunya beliau tidak akan mengeluarkan kenyataan media terhadap Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak pada 21 Julai tersebut yang mencadangkan bahawa wujud satu konspirasi untuk menutup skandal yang melibatkan 1MDB.

9. Saya menggesa agar Azmin Ali segera menarik semula Kenyataan Media beliau bertarikh 21 Julai 2016 yang lalu dan memohon maaf dan menyatakan kekesalan beliau secara terbuka kepada YAB Perdana Menteri dengan kadar yang segera.

No comments:

Post a Comment