PEGUAM NEGARA KETUAI PASUKAN PENDAKWAAN DI MAHKAMAH SESYEN PULAU PINANG 30 JUN 2016

PEGUAM NEGARA KETUAI PASUKAN PENDAKWAAN DI MAHKAMAH SESYEN PULAU PINANG 30 JUN 2016

DUA PERTUDUHAN PENDAKWAAN LIM GUAN ENG

1.  [#Seksyen 23 Akta SPRM 2009] Menggunakan jawatan/kedudukan untuk suapan pegawai badan awam

2. [#Seksyen 165 Kanun Keseksaan]

Berkaitan kesalahan mendapatkan barangan berharga tanpa balasan mencukupi daripada seseorang yang mempunyai #hubunganrasmi.

Terima kasih Peguam Negara kerana berani mengambil tindakan berlandaskan undang-undang

Read More

RBA DAP BUAT FITNAH BAGI MENIMBULKAN ISU PERKAUMAN KES ROGOL DAN BUNUH CHEE GAIK YAP

RBA DAP BUAT FITNAH BAGI MENIMBULKAN ISU PERKAUMAN KES ROGOL DAN BUNUH CHEE GAIK YAP

RBA mempermainkan sentimen perkauman secara meluas. Kes lama tahun 2006, Chee Gaik Yap di rogol dan dibunuh oleh anak seorang ahli perniagaan Melayu bergelar Datuk dan memfitnah kononnya pembunuh/perogol dibebaskan dari pendakwaan oleh mahkamah tanpa sebarang hukuman.

Kes sensitif kerana disensasikan kisah seorang gadis Cina yang cantik dari keluarga miskin miskin dan dirogol dan dibunuh dengan kejam oleh lelaki Melayu anak orang kaya dan kejam - sudah pasti atas dasar perkauman akan membuat orang marah.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=204622913271819&set=gm.1627962737520361&type=3

(Fakta sebenar: Kerajaan merayu hukuman itu dan telah mensabitkan pelaku atas kesalahan menyebabkan kematian dan dijatuhkan hukuman mati pada 9 Ogos 2015).
http://utusan.com.my/berita/mahkamah/bunuh-eksekutif-pemasaran-8232-anak-datuk-ke-tali-gantung-1.122642

Ada akal fikir dan ada otak pakai. Jangan terpengaruh dengan permainan DAP yang sentiasa menimbulkan isu perkauman.

* untuk rekod Red Bean Army DAP akan menggunakan akaun fake menggunakan nama Melayu terutamaa nama perempuan bagi mempernainkan sentimen perkauman. Menyebabkan Melayu bertelagah sesama Melayu diruangan komentar.

Yang akan share fitnah ini juga orang Melayu Islam yang tak ada sifat tabayyun dalam menerima sesuatu berita.

Read More

VIDEO: SAYA TETAP SETIA KEPADA PARTI WALAUPUN PERNAH JADI TAHANAN ISA - TPM

VIDEO: SAYA TETAP SETIA KEPADA PARTI WALAUPUN PERNAH JADI TAHANAN ISA - TPM
video

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengupas kisah hidupnya termasuk minatnya terhadap motosikal berkuasa tinggi, pendirian politik serta keluarganya dalam program 'Obviously Harith Iskander (OHI)' terbitan Astro Awani, malam ini.

Memasuki set rakaman dengan menunggang motosikal Harley Davidson, Timbalan Perdana Menteri berkongsi keghairahannya terhadap superbike bersama penonton dalam rancangan bual bicara bersantai selama sejam.

"Saya mula menunggang motosikal pada tahun 1973 ketika mendaftar di Universiti Malaya.

Motosikal pertama saya ialah Yamaha 250cc, hadiah daripada arwah ayah saya.

"Malah apabila tamat pengajian, saya tidak membeli kereta tetapi motosikal jenis scrambler.

Teman wanita yang kini isteri saya sangat berminat dengan kedua-duanya, ...motosikal dan saya," katanya, sambil menambah beliau adalah presiden Persatuan Superbike Malaysia (SAM).

Menjawab soalan Harith mengenai pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir daripada UMNO, semalam, Naib Presiden UMNO itu berkata ahli UMNO perlu setia kepada parti.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata beliau setia kepada parti walaupun pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1998.

"Saya sabar, ikut arus dan setia kepada parti dan kini saya berada di sini... kesetiaan adalah penting," katanya.

Menurutnya, arena politik masa kini lebih canggih dengan cabaran baharu perlu diberi perhatian terutama membabitkan generasi muda.

"Perubahan minda berlaku dan emosi mereka juga berubah kerana golongan ini kini lebih cerdik, pandangan yang lebih kritikal, ...ini apa yang kita panggil Gen Y dan Z," katanya.

Semasa segmen itu, Ahmad Zahid dihadiah kek sempena sambutan Hari Bapa oleh tujuh cucunya kerana beliau tidak sempat menyambutnya pada hari berkenaan kerana sibuk dengan jadual tugasnya.

Rancangan bual bicara itu turut menampilkan artis komedi pentas, Butch Bradley dan Dasha Logan, anak perempuan vokalis kumpulan Alleycats, mendiang Loganathan Arumugam.

Read More

VAKSIN PERKARA ASAS MAQASID SYARIAH - JAKIM

VAKSIN PERKARA ASAS MAQASID SYARIAH - JAKIM


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersetuju dengan pandangan Mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengenai penggunaan vaksin dari pandangan fiqh dan maqasid syariah.

Ketua Pengarahnya Tan Sri Othman Mustapha berkata, penggunaan vaksin adalah satu daripada perkara asas dalam maqasid syariah iaitu menjaga agama; nyawa; akal; keturunan dan harta yang perlu diberi keutamaan untuk dipelihara.

"Suntikan vaksin adalah sejenis ejen yang bertindak untuk merangsang sistem pertahanan badan iaitu salah satu cara untuk memelihara nyawa dengan menjaga kesihatan.

"Malah kegagalan mengambil suntikan vaksin bakal mengundang kemudaratan yang lebih besar pada masa akan datang," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Katanya, individu yang tidak mengambil vaksin akan terdedah kepada pelbagai penyakit berjangkit yang merbahaya malah ia juga berpotensi membahayakan orang lain dan akhirnya bakal mengancam 'kekebalan kelompok' atau herd immunity yang dibina selama ini.

Dr Zulkifli Mohamad sebelum ini dipetik berkata, beliau menegaskan hukum suntikan vaksin sebagai harus sama ada untuk merawat penyakit atau bersifat pencegahan daripada dijangkiti penyakit.

Beliau dilaporkan berkata, ia selaras dengan pendapat ramai tokoh ulama, namun ia perlu menepati beberapa kriteria, iaitu berlakunya keperluan yang mendesak dan kedua, testimoni mengatakan ia dapat memberikan kesan yang baik.

Memetik laporan itu, beliau berkata, mengelakkan bahan bersifat najis kecuali jika dalam keadaan terpaksa dan keempat, sifat sebagai pengawalan daripada penyakit adalah terbukti.

Read More

CINA MENGGUNAKAN UNDI MEREKA UNTUK MENGAJAR DAP PENGAJARAN

CINA MENGGUNAKAN UNDI MEREKA UNTUK MENGAJAR DAP PENGAJARAN

Petikan dari akhbar berbahasa Cina Kwong Wah Daily...

Apabila saya berkempen untuk BN dengan rakan-rakan Gerakan saya di kawasan Cina Kuala Kangsar dan perkampungan nelayan Sungai Besar, ramai pengundi Cina secara peribadi memberitahu saya bahawa mereka bosan dengan DAP dan Pakatan Harapan dan mereka mahu menggunakan undi mereka untuk mengajar DAP dan DAP yang disokong Parti Amanah Negara (PAN) perlu di ajar.

Orang Cina tempatan memberitahu saya bahawa DAP telah menggalakkan budaya kebencian dan tentera siber "red bean" mereka telah memburukkan pemimpin negara kita. Mereka menang gilang-gemilang pada pilihanraya umum lalu apabila orang cina memberikan mereka undi tetapi mereka hanya tahu bagaimana untuk mempromosikan budaya kebencian dan tidak melakukan apa-apa untuk pembangunan tempatan. Pengundi mengharapkan betapa perlunya untuk meningkatkan ekonomi negara dan tidak hanya dengan perang mulut dan menggalakkan budaya kebencian.

Apabila saya berjalan dalam kawasan tersebut, saya mendapati bahawa keinginan kaum Cina untuk perubahan adalah kuat; mereka mahu kembali kepada BN dan tidak mahu menyokong DAP. Mereka melihat BN sebagai sebuah parti yang benar-benar prihatin kepada rakyat. Ada juga yang memberitahu saya yang mereka menyesal kerana telah ditipu oleh DAP ke dalam mengundi PAS dalam pilihanraya umum ke 12 dan 13 yang lalu.

Orang Cina tempatan memberitahu saya DAP menabur janji manis mereka untuk mempercayai bahawa tidak ada rasa takut hudud jika mereka tidak melakukan apa-apa kecurian atau rompakan. Jika tidak, mereka tidak akan menyokong PAS dalam dua pilihan raya lepas dan PAS kini begitu kuat dan mereka kini telah membentangkan rang undang-undang hudud persendirian di Parlimen. Mereka kesal mendengar DAP dan hasilnya, negara ini sedang diislamkan secara beransur-ansur.

Oleh itu, orang Cina mahu menggunakan undi mereka untuk memberi pengajaran kepada DAP. DAP tidak mengambil bahagian dalam pilihan raya kecil, tetapi kerana PAN adalah parti serpihan PAS, mereka juga enggan menyokong PAN.

Orang Cina tempatan memberitahu saya bahawa dari apa yang mereka ketahui melalui media, mereka telah kecewa dengan DAP kerana kerajaan negeri Pulau Pinang menjadi kacau-bilau. Oleh itu, mereka tidak akan menyokong mana-mana pihak yang dikaitkan dengan DAP, termasuk PKR dan PAN.

Dari Teluk Intan, pilihan raya negeri Sarawak dan pilihan raya kecil Sungai Besar serta Kuala Kangsar, kita boleh membezakan sokongan yang jelas undi Cina kepada BN. Tanpa kekuatan sokongan Cina, BN tidak akan menang begitu cemerlang.

Ramalan saya berikan kerjasama parti-parti komponen BN; ia bukan lagi khayalan bagi BN untuk menawan semula Pulau Pinang dan Selangor pada pilihan raya umum akan datang. Oleh itu, parti-parti komponen BN Pulau Pinang jangan berputus asa. Mereka harus memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat untuk memenangi sokongan mereka. Saya percaya, selagi kita bekerja keras berkhidmat untuk mereka, mereka boleh melihat dengan mata mereka sendiri. Saya juga percaya pilihan raya boleh diadakan bila-bila masa dan kita perlu bersedia untuk menghadapi cabaran di hadapan. Hanya menunggu masa untuk menawan semula Pulau Pinang!

Read More

RAFIZI BUKTIKAN SPRM BERSEKONGKOL DENGAN PEMBANGKANG SELAMA INI

RAFIZI BUKTIKAN SPRM BERSEKONGKOL DENGAN PEMBANGKANG SELAMA INI

RAFIZI BUKTIKAN SPRM BERSEKONGKOL DENGAN PEMBANGKANG SELAMA INI

1. Bukti dan tindakan beberapa pegawai kanan SPRM yang bias bukanlah baru. Banyak perkara dan tindakan SPRM pro kepada pembangkang sebelum ini. Tindakan pegawai SPRM membocorkan maklumat kepada pihak luar sehingga melibatkan penahanan polis jelas membuktikan SPRM bersekongkol dengan pembangkang.

2. Hari ini terbukti apabila Tan Sri Abu Kassim memendekkan kontraknya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM. Hakikat sebenarnya juga bukan lagi rahsia Abu Kassim mahu bersara awal begitu juga dengan Dato' Sri Shukri yang sudah memohon cuti sejak Februari. Abu Kassim yang menamatkan khidmat Rafizi pula yang angin.

3. Kenyataan Media Rafizi dan Akmal melalui National Oversight & Whistleblowers (NOW) pada 23 Jun jelas dan terang Rafizi mengaku betapa Pegawai Kanan SPRM sentiasa bersekongkol dengan pembangkang. antaranya;

"Saya bersama Akmal Nasir atas kapasiti National Oversight & Whistleblowers (NOW) telah dihubungi dan berjumpa secara sulit dengan seorang pegawai SPRM #berhubung tekanan yang dihadapi oleh badan tersebut pada awal tahun ini."

"Kami berdua telah dihubungi dan berjumpa dengan seorang pegawai kanan SPRM kira-kira 5 bulan yang lalu dan beliau memaklumkan bahawa kedua-dua pimpinan tertinggi SPRM telah dipaksa meletak jawatan dan jawatan mereka akan digantikan dengan 'orang luar' SPRM.

Nampak tak?

Read More

Tiada siasatan dakwaan rasuah terhadap pemimpin PKR

Tiada siasatan dakwaan rasuah terhadap pemimpin PKR

Agaknya Wan Azizah yang upah SPRM buat semua tu?

Tiada siasatan oleh SPRM terhadap Manikavasagam dan Zuraida?
SPRM kantoi?

Bukan boleh harap sangat.  Ada otak fikir ada akal pakai, ada tembolok besar2kan.

Alasan teknikalnya TIADA KES.

KENYATAAN MEDIA

AHLI PARLIMEN AMPANG PERLU JAWAB DAKWAAN DAN ISYTIHAR HARTA

Satu Malaysia hari ini telah digegarkan laporan berita di media sosial yang mendakwa Ahli Parlimen Ampang mampu memiliki 9 kenderaan mewah.

Antara senarai kenderaan yang dimiliki Ahli Parlimen Ampang setakat ini seperti yang didakwa adalah:-

1. No kenderaan : WRL 575No enjin : B5254 T2 A027402Model : VOLVO XC90 2.5 TTarikh daftar : 01.07.2008Pemilik : Zuraida Bt KamaruddinKP : 580314 71 5206Harga kenderaan : RM 355,000.00

2. No kenderaan : BLR 9680No enjin : 1129 1331 8818 93Model : Mercedes Benz E240Tarikh daftar : 24.05.2012Pemilik : Zuraida Bt KamaruddinKP : 580314 71 5206RM 133,000.00

3. No kenderaan : WNA 276No enjin : 1KD687 8384Model : Toyota Hilux Double Cab 3.0 ATTarikh daftar : 03.11.2011Pemilik : Zuraida Bt KamaruddinKP : 580314 71 5206Harga kenderaan: RM 107,000.00

4. No kenderaan : WTY 1547No enjin : 2KD650 8915Model : Toyota Hilux Double Cab 2.5 ATTarikh daftar : 31.05.2010Pemilik : Zuraida Bt KamaruddinKP : 580314 71 5206Harga kenderaan: RM 99,000.00

Dan juga beberapa buah kenderaan yang difahamkan milik Ahli Parlimen Ampang tersebut.

Ahli Parlimen Ampang tidak punyai pilihan dan tidak boleh berdolak-dalik. Beliau wajib mengeluarkan satu respon serta-merta yang khusus dan boleh dipercayai mengenai dakwaan yang teramat serius ini.

Ahli Parlimen Ampang juga wajib membuat satu kenyataan bersumpah untuk mengisytiharkan harta dan aset-aset yang beliau miliki.

KEADILAN menggesa agar satu badan siasatan bebas ditubuh secepat mungkin untuk menyiasat dakwaan-dakwaan ini, dan jika perlu akan berusaha mengenalpasti mekanisme untuk membolehkan badan siasatan bebas ini diwujudkan.

Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia

21 Jun 2016

Read More

Tokong #LGErasuah Kantoi Lagi Mengenai Bayaran Kepada Kajian Pembinaan Terowong

Tokong #LGErasuah Kantoi Lagi Mengenai Bayaran Kepada Kajian Pembinaan Terowong
video

Tokong kantoi lagi. Wartawan menyedari dan kantoikan pembohongan Tokong.

Tokong berkata jika laporan dikontrakkan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak dapat dilaksanakan maka Kerajaan Pulau Pinang tidak perlu membayar satu sen pun.

Tetapi wartawan itu menegaskan bahawa ini bukan apa yang Lim Hock Seng jawab dalam kenyataan rasmi menjawab soalan Rahman Dahlan sebelum ini. Lim Hock Seng berkata "adalah janggal Syarikat yang dilantik oleh Kerajaan Negeri perlu menanggung Kos sekiranya kerajaan mengambil pemutusan hukum untuk TIDAK meneruskan sesuatu Projek.

Jawapan Tokong ini adalah lebih banganh. Beliau berkata "Oh ini adalah untuk bahagian 3 jalan raya dan bukan bahagian Terowong" - walaupun ini merupakan sebahagian daripada kontrak yang sama! Langsung tidak masuk akal.
-----
Ini adalah maklumbalas YB Lim Hock Seng (soalan 4) pada 9 Mei mengesahkan bahawa jika projek itu tidak diteruskan jika kajian mendapati ia tidak dapat dilaksanakan, Kerajaan Pulau Pinang masih perlu membayar.

Soalan 4:
JIKA Kajian kebolehsanaan mendapati Projek TIDAK sesuai diteruskan, apakah Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang Akan memperolehi Kembali RM139 JUTA Yang sudah dibayar.

Jawapan 4:
RM135 JUTA Adalah sebahagian yang Pembayaran Bagi Kajian Kebolehlaksanaan dan Rekabentuk Terperinci Bagi 3 Projek Jalan-jalan Utama Yang Telah diluluskan Oleh Kerajaan Negeri dilaksanakan Untuk. Kajian Kebolehlaksaan dan Rekabentuk Terperinci Mesti disiapkan Sebelum Kajian Impak Alam Sekitar dijalankan.

Seperti Amalan Biasa Dalam Pelaksanaan Kajian dan kerja-kerja Kontrak, Bayaran Perlu dijelaskan Untuk Kajian dan kerja Yang Oleh dijalankan Syarikat YANG dilantik Oleh Kerajaan. Ini Adalah kerana Kerajaan Negeri Sendiri Ingin Menunaikan Terlibat Projek-Projek dan Telah Menjemput Syarikat-syarikat Untuk mengambil Bahagian Dalam tender Atau RFP. Adalah janggal Syarikat YANG dilantik Oleh Kerajaan Negeri Perlu menanggung Kos sekiranya Kerajaan mengambil pemutusan hukum Untuk TIDAK meneruskan Sesuatu Projek.

https://www.facebook.com/cmlimguaneng/posts/1271312476232184

Tokong masih nak spin. Nampaknya wartawan Malaysia juga tidak boleh dikelirukan dengan konsep dan boleh ingat apa yang dikatakan sebelum ini.

Read More

Hutang negara: Dengar cakap Bank Dunia bukan pembangkang

Hutang negara: Dengar cakap Bank Dunia bukan pembangkang

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat tidak mendengar cakap pemimpin pembangkang yang mendakwa kononnya hutang negara terus meningkat dan kerajaan tidak mampu menanganinya.

Katanya, pembangkang terutama pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) tidak memberi fakta tepat mengenai perkara itu sedangkan kerajaan ditahap mampu menangani hutang negara.

"Jangan dengar cakap ketua ranting PAN atau calon pembangkang sebaliknya percaya kepada kenyataan Bank Dunia bahawa negara mampu menguruskan ekonomi dan hutang dengan baik," katanya di majlis penyampaian khas kejatuhan harga getah di Kuala Kangsar, Jumaat.

Menurut Najib, sudah tentu kenyataan Bank Dunia lebih tepat kerana mereka pakar ekonomi berbanding dakwaan pembangkang atau pemimpin PAN.

"Jika ekonomi kita menguncup, mana boleh kita beri pelbagai bantuan kepada rakyat seperti bantuan hari raya RM500 kepada penjawat awam semalam," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, kerajaan BN yang mentadbir negara bukan hanya bercakap tetapi mampu menunaikan janji-janji.

"Pembangkang hanya bercakap tetapi belum tunjuk kemampuan termasuk di negeri yang ditadbir mereka namun masih menerima bantuan Pusat," jelasnya.

Perdana Menteri kemudian mengumumkan bantuan khas RM500 kejatuhan harga getah kepada 307,770 pemilik kebun dan 80,341 penoreh membabitkan bayaran RM194 juta.

Beliau menegaskan bahawa bantuan itu diberikan bukan kerana ada pilihan raya kecil tetapi kesinambungan bantuan yang diberikan pada 2013 dan 2014.

Hadir sama di majlis itu Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Ismail dalam sidang media selepas majlis itu mengarahkan Risda menyelesaikan bayaran bantuan khas itu selewat-lewatnya Ahad depan memandangkan sambutan Hari Raya Aidil Fitri tidak lama lagi.

Katanya, bantuan diberikan kepada pekebun dan penoreh yang layak berdasarkan kad perakuan masing-masing.

Bantuan itu sebagai bantuan kos sara hidup berikutan kejatuhan harga komoditi itu berikutan kesan kejatuhan ekonomi China menyebabkan pengurangan penjualan kenderaan yang memberi kesan kepada pengeluaran tayar.

Read More

Singapura ketawakan orang yang bodoh percaya kepada pembohongan RBA DAPig.

Singapura ketawakan orang yang bodoh percaya kepada pembohongan RBA DAPig.

Singapore ketawakan orang yang bodoh percaya kepada pembohongan RBA DAPig.

Today there is a story of a journalist Chu Jingyi supposedly from the East Asian Tribune being executed by North Korean agents in a restaurant in Jalan Ampang, KL. - supposedly being shot at least 20 times.

This story is now being widely shared and the RBA is now saying... "u see how unsafe KL is!"

Well, this is the same bullshit portal (which you should treat as entertainment news or parody news) that gave you such fantastic stories like

"Geylang Brothel Bans 'CIM' After Tragic Drowning Accident"

and

"Singapore Family Insist On Observing Son Make Love For The First Time".

Now the Singaporeans are laughing at us Malaysians for believing East Asian Tribune.

Please stop believing in "East Asian Tribune" and allowing the Kiasu Singaporeans reasons to laugh at us.



If you want, you can read (and laugh at) the comments from Malaysians on this sensational news here: https://www.facebook.com/EastAsiaTribune/posts/1736512783262999
Read More